Hari ni Che Long kena pegi kluster awai skit sebab semua student Prof Y kena terlibat dgn project's presentation. Sampai kluster dah kul 8.40am. Patutnya, kul 8.30am dah nak mula. Tapi, nasib baik Prof Y tak sampai lagi. Kawan2 seangkatan lain pun duk tgh sembang lagik. Lega skit.
"Prof Y dah ada kat bawah..!!" Cik Tun laung dgn sora kuatnya itu. Semua pakat kalut turun tingkat bawah, Bilik Mesyuarat A kami reramai pakat tuju..
aCtually, bukan Che Long punya turn pun. Hari ini, 2 org senior akan bentang diorang punya project's progress. Sorang MSc's student dan sorang lagik PhD's student. Dua-dua pasal Image Processing. Mantopp dah presentation depa.. Cuma kdg2 tu ada gak la timing Che Long berzikir kuat skett. Maklumlah..semalam tidor lambat (ha, sape suh tido lambat? padan muker..). Lepas habis bentang, sesi komen-mengomen pulak oleh Prof Y. Kami yg jadik audiens ni plak kena reka soklan bernas2 dan gempak utk tanya pada presenter.
-Bila Che Long ngantuk..~
Kata Prof Y, "Ha, kamu semua kena la pakat tolong dia. Tanya soalan banyak-banyak sikit. Barulah dia tak ketaq lutut nanti viva yang betul nanti." Pandai jer Prof Y nak pujuk kami suh tanya soklan. Kami pun nanyer ler.. Ha, bila dah start sorang yg tanya, yg lain pun sibuk gak la nak tanya. Maklumlah, bakal pensyarah semuanya, mesti ler pakat banyak mulut nak tanya. hehe...
Bila dah selesai semuanya, tetiba Prof Y bersuara. "Ok, next presenter saper?"
Aduyai, ingatkan dah habis.. Ingatkan bila semua batch senior dah habis presentation, maka habislah musim penyeksaan itew..rupanya tidakk. Batch baru pulak kena present..aduhai.. neves tuu.. dalam hati 'janganlah aku dulu, janganlah aku dulu..'
Nasib baik, student PhD dulu kena present. Fuh, selamat.. Che Long prgram MSc/PhD. So, lepas semua PhD student, baru turn Che Long plak. Lega skit.
~Kalau Che Long present, suwwitt jer..~
Lalalalala...semua hepi jer leh kuar dari bilik kelam tu. Semua pakat kemas2 nak balik kluster masing2. Yg rajin skit, duk pakat ngadap Prof Y, tanya itu ini. Macam semut hurung gula, gitulah Prof Y dihurung studentnya..
"Eh, cincin sayer tu..meh bagi balik." Cik Cma cakap kat Che Long. "Hehe, tak nak bagi.." Cincin Cik Cma kat jari Che Long, sajer nak tryy..kempunan.
Hari ni Cik Cma pakai cincin tuu.. Perak belah kanan, emas belah kiri. Wowow..! Maksud apakah? Adakah ada progress selepas balik cuti chinese new year??
*ada org tue kena interview dgn bakal mak m..tua dan pak m..tua.* Syok ler tue.. sengih jer manjang.. Kalau bubuh sengih tu dalam air kopi cap Kapal Api tu mesti manis punyer. Hehe.. Che Long teringin nak pakai cincin jugak boleh tak? hahahaha...
Neway.. apa yg Che Long nak share rini adalah: Che Long TAKUTTTTT bangat!!! nak tau naper? sebab banyak lagi progress projek yg tak siap. Apabenda yg Che Long nak present kat Prof Y nanti 3 minggu lagik?? Aduyai.. Oleh kerna STRESS ittu menggangu jiwa itulah, Che Long tulih blog ptg ni. Blh kew alasan gitue??
So, kesimpulannya, jgnlah menangguh kerja-kerja anda. Silalah urus dan atur masa anda sebaiknya kerna setiap detik yg berlalu tanpa diisi perkara yg berpekdah adalah CUKUP SIA-SIA!! Camner nak buat setel prob ni yer??
-paling penting: SILA solat di awal waktu dan rajin2 baca Quran yer.. *baik, puan..*
-jangan main FB banyak sangat. *seb baik FB kena virus, xleh bukak skang..hulalala..*
-jangan tidur banyak sangat. *uiks!*
-jangan layan movie banyak sangat. *korea tak layan dah..gud job! kartun and malay's drama jer..*
-silalah lipat kain baju selepas dah diangkat dari jemuran. *apa kaitannya?*
-tolonglah seterika siap2 baju anda itu! *barulah tak selekeh manjang..mcm org mati laki je..*
Lensa Che Long: Sajer suker2 nak tukar nama blog dan style blogging? Salah ker?? (^_^)
Comments
Post a Comment