Skip to main content

Setiap amal itu dengan niat

Minggu ini, minggu lalu, dua dan tiga minggu nan lalu, ambo betul-betul tak bersemangat nak menjalani hidup ambo. Ambo mencari-cari apakah niat sebenar di sebalik apa yang ambo tengah buat sekarang ni. Ambo tulis paper, ambo buat slide presentation, ambo tulis progress report, ambo ke kluster, ambo buat research. Ambo buat semua perkara yang sepatutnya ambo buat, TAPI ambo tetap lost! Ambo tak tahu apa target sebenar ambo dalam bidang nih! Puas ambo fikir niat di sebalik amal/perbuatan yang ambo buat dalam 3 bulan kebelakangan ini.

Dalam Diskusi Ilmiah (DI) dengan kawan2 ambo, ambo sering bagi penekanan kepada kwn2 ttg hadis pertama seperti yg terkandung dalam buku Hadis 40 tulisan Imam an-Nawawi
Tentang "setiap amal mestilah disertai dengan niat. Niat kerna Allah dan Rasul, itulah yg kita dapat. Niat kerna dunia, maka dunia sajalah yg kita dapat." 
"Bila niat belajar kerna Allah dan Rasul, pasti kita akan dapat berkatnya." 

Dan bila sampai di rumah, ambo mula termenung atas katil letak tangan di kepala memikirkan kata2 ambo sendiri yg tak tercapai dek pemikiran ambo sendiri. Ambo tahu yg ambo perlu sandarkan niat ambo sekukuh2nya kpd Allah dan Rasul, tp ambo tak temui di manakah tiang asas sepatutnya dipacakkan.

Alhamdulillah...
Berkat bangun awal pagi, frekeunsi otak ambo berjalan lancar bagai "motosikal yg baru lepas fully-service". Ambo masih pikir benda yg sama. Mencari suatu solusi pada keserabutan yg ada dalam kepala ni. Dan, alhamdulillah..Allah pun bagi ilham.

Tuberculosis (TB) atau biasa dikenali awam sebagai penyakit batuk kering adalah suatu penyakit yg menyerang penduduk seluruh dunia terutama di negara membangun dan mundur. Setakat ini, statistik yg dikeluarkan World Health Organization (WHO) menunjukkan TB adalah antara TIGA pembunuh terbesar selain daripada HIV/AIDS dan Malaria. Ia membunuh manusia lebih kurang 2 juta setahun. Bayangkan kegawatan politik, sosial dan ekonomi sesebuah negara yg menghadapi masalah ini. 

  • Oleh kerana itulah, WHO telah melancarkan 'Stop TB Strategy' pada 2006 dengan mensasarkan pengurangan 50% kematian disebabkan TB, pd tahun 2015 kelak.

  • Dan pada 2050 pula disasarkan bahawa TB bukan lagi isu kesihatan global dengan kes 1:1000000 penduduk.

Jika kita imbau kembali sejarah kegemilangan Islam pada zaman Rasulullah dan para sahabat dulu, kita melihat kestabilan sesebuah negara merangkumi dari segenap aspek politik, ekonomi dan sosial. Kemiskinan dibasmi habis-habisan. Masalah penyakit ditangani sehingga tiada tercatat dalam sejarah tentang rekod  buruk kesihatan penduduk. Apakah punca sebenar kegemilangan tamadun Islam ini yang masih belum dapat digapai oleh umat Islam pasca-moden ini? Ambo pasti, selain dari keberkatan kerana menunaikan syariat Allah dengan seikhlas hati dari pemerintah hingga rakyat; tidak akan mereka berjaya tanpa USAHA yang gigih dan berterusan demi mewujudkan sebuah masyarakat yg bertamadun dari segenap sudut. Para sarjana dan ilmuwan Islam terus-menerus mengolah kreativiti dan mendalami ilmu-ilmu Allah yang luas demi kebaikan masyarakat. Semuanya demi Allah dan Rasul. Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa menggalakkan kemajuan dan pembangunan ummah dari segenap sudut? Kalau tidak, masakan Mekah dan Madinah di bawah pemerintahan Islam lebih maju dan makmur daripada zaman jahiliyyah. Di bawah Islam juga, peluasan wilayah ke seluruh pelosok dunia bukan menjurus ke arah keruntuhan sesuatu tamadun, bahkan satu demi satu rekod kecemerlangan dicipta di setiap bumi yang dijengah cahaya Islam.



Setelah menelusuri sejarah ini, maka timbul suatu rasa tanggungjawab di hati untuk mengembalikan legasi kegemilangan Islam ini. Strategi 'Stop TB' perlu ambo dokong bersama. Persoalannya, bagaimana? Ambo bukan pakar dalam bidang kesihatan mahupun perubatan untuk mencari penawar bagi penyakit TB. Ambo orang teknikal.

Yep! I got it!

TB merebak dengan cepat sekali. Bagaimana mahu memperlahankan kadar jangkitan? Tentunya dengan kepantasan diagnosis bagi mengesan kehadiran bakteria dalam badan suspek. Ini boleh diatasi dengan mencipta sistem pengesan yang tepat dan cepat. Orang teknikal juga ada peranannya. Jika diharapkan orang perubatan, bagaimana mungkin mereka mampu mencipta sistem mahupun alat pengesan ini. Ini tanggungjawab ambo dan orang teknikal yang lainnya. 

Yep, I can do this! By developing an automated diagnostic system for tuberculosis bacilli. 
So, now get up! Move yourself! 

Lantas, segala amal/perbuatan dalam penyelidikan ini bermula dari A hingga Z, sudah ambo temui matlamat utamanya. Tiang sudah jumpa tempat pacaknya. Tinggal saja proses pembinaan yang sedang dalam proses.



Jom, bekerja kerana Islam! Demi mencapai redha Allah! Demi menuruti sunnah Rasulullah tercinta!


Ambo kata: SHIFT YOUR PARADIGM!!! Letakkan dunia di tangan, bukan di hati.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang