Skip to main content

Posts

Bagaimana mahu bermotivasi?

Alamak, sayu la pulak hati Che Long malam ini. Baru balik dari ngajar tuisyen Sains, Tingkatan 2. Penat. Tidur sekejap di rumah. Hidupkan motosikal Suzuki, rempit ke kluster di tengah kesejukan malam. Sekarang berada di kluster semula, menyambung perjuangan yang tak sudah-sudah. Che Long tenung lama folder kerja Master yang berpuluh-puluh folder lagi terkandung di dalamnya. Penat. Letih. Bosan. Bingung. Bengang. Tiada semangat. Hampir putus asa. Lalu, Che Long buka blog ini meluah rasa di hati. Nak berbicara dengan Tuhan, uzurlah pulak.. Nak berbicara dengan suami, tak ada la pulak (opss...sempat lagi tu!). Nak mengadu dengan umi atau naqibah disayangi, tertinggal handphone kat rumah la pulak. Huhu.. sedihnya cenggini.. Status frust dan putus asa Che Long di fb dah mencanak-canak naik bilangan komen dari kawan-kawan. Che Long bukan saja-saja nak update status kat situ mengharap perhatian dari siapa-siapa. Target Che Long cumalah, daripada Che Long bengang kemudian meletopp sendir...

Nasi Lemak Umi

Hari tu balik kampung waktu cuti sekolah jap, teringin plak nak buat Nasi Lemak. Dah lama tak buat.. Senang jer nak buat. Kena la start belajar memasak. Dah tua bangka ni pun tak reti lagi masak tak tahu la nak cakap apa lagi..Hehe.. Nampak je simple gini, tapi sedap nih..hehe. um..yummy, yummy. tambah 3 pinggan makan ni.

Teringat zaman dulu kala yang nakal.. Part II

Ini sambungan kisah Che Long zaman kecik-kecik dulu.. ::EPISOD: LARI DARI RUMAH:: Ada satu kali tu, Che Long kena penangan 'tali pinggang' sebesar 3 jari orang dewasa oleh umi Che Long.  Belt tu yg pak sedara Che Long punya. Alkisahnya, sebab Che Long dan adik telah mematah-duakan katil mak sedara Che Long.. Huiyoo, dahsyat! Masa tu, Che Long darjah 3 rasanya. Biasalah budak-budak kalau jumpa katil, suka lompat-lompat atas katil tue. Tambah plak, tilam jenis spring, lagilah mantop daya lompatan tue.  Pagi hujung minggu. Umi tengah basuh kain kat bilik air. Tok Mek (nenek) tengah buat apa tah.. Abah tgh 'taking nap'-letih baru keluar hutan, kerja kontrak. Kami dua beradik memang syok la duk lompat-lompat atas katil tu. Katil tu actually katil baru beli untuk majlis perkahwinan Che Pah (our aunties). Sebab Che pah dah balik umah suami dia, so katil tu jadi macam milik kami berdua la, hehe.. Punya la syok dapat katil, sebab sebelum ni tidur atas tilam biasa...

Kita rasa kita malang??

Kadangkala kita rasa hidup kita amat malang. Pelbagai dugaan dan cabaran melanda hidup kita. Kita rasa kita sudah diuji hebat oleh Allah. Padahal, kita tak tahu ada lagi yang lebih hebat diuji Tuhan.. Kenapa Che Long cakap cenggini? Sudah dua hari Che Long demam. Tak larat betul rasanya nak ke kluster (tempat buat research). Kepala jadi pusing. Hingus dan kahak membanjir. Batuk dan bersin betul-betul menyeksa. Kepala membengkak panas rasanya. Lemah saja badan, asyik terbaring dan tidur. Bangun sekadar untuk solat dan bersihkan diri. Kemudian ke tilam lagi. Hairan betul Che Long dgn kesihatan diri sendiri. Kalau org lain, demam itu pasti ada, tapi tidaklah seperti Che Long yang pastinya setiap bulan akan demam. Rasa malang betul diri ditimpa ujian sebegini. Handphone dicampak ke tepi, malas betul rasanya melayan segala panggilan dan sms yg masuk. Akaun FB sesekali saja dijengah, menanti apa-apa berita yang mungkin penting. Ya, benar! Selepas zohor, Che Long buka a...

Ombak Rindu

Putaran roda, bingit enjin, asap kotor, ketukan besi, Kebisingan buat mereka, tapi tidak aku, Menggamit rinduku padamu, Mana mungkin aku di sini tanpa kamu, Ya Wadud, sampaikan salam kasihku padanya. Terkadang aku hanyut dalam alunan mimpiku, Akan nostalgia kasih dari sepasang tangan kasarmu, Yang pernah dulu aku cemuh, Kini sesalku berpanjangan, Ya Wadud, sampaikan salam rinduku padanya. Pelana buruk itu yang menghantarku setiap pagi, Menuju ke sarang ilmu, Yang pernah dulu aku malu, Kini rinduku tiada sadaran, Ya Wadud, sampaikan salam cintaku padanya. Dulu, tika namamu menyala di kotak kecil, Ragu dan bimbang pasti menyergah hatiku, Jauh jarak kita bagai tiada makna, Suaramu bagai tiada nilai bagiku, Ya Wadud, alangkah ruginya aku kini. Pondok buruk nan kecil, Naungan kasih kami bersama, Darah muda tiada menghargai nilainya, Kini, pusara sempit jua pusaka rinduku, Ya Wadud, sampaikan salam ampunku padanya. Ombak rinduku pa...

Institut Memandu Manakah Lebih Baik??

Ok, hari ni Che Long nak cakap pasal institut memandu mana yang lebih baik di Perlis. Kita selaku pengguna yg bijak seharusnya memilih yg terbaik untuk diri kita sendiri. Begini ceritanya.. Dulu, masa Che Long zaman pengajian ijazah di sebuah universiti di Perlis ni, Che Long nak ambil lesen motosikal. Jadi, Che Long pun daftarlah dengan sebuah institut memandu ni yang namanya, Ilmu Pandu Sdn Bhd. Ramai student univ Che Long ni yg daftar dgn company nih. Sebabnya..kat dalam univ tu, hanya ada wakil syarikat tu saja, so we got no choice . Padahal kat Perlis ni hanya ada DUA company jer yg buat institut memnadu ni iaitu:- 1)   Ilmu Pandu Sdn Bhd (IP) ( http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_sobi2&sobi2Task=sobi2Details&catid=16&sobi2Id=128&Itemid=130&lang=en )  dan,  2) Institut Memandu IKMP Sdn Bhd (IKMP). ( http://www.facebook.com/pages/Institut-Memandu-IKMP-Perlis-Sdn-Bhd/155172851177958  ) ::Tahun 2009-2010:: Nak...

SEDANG BAHAGIA ATAU DERITA SEBENARNYA KITA INI?

??BAHAGIA?? Apa itu bahagia? Adakah seperti dalam gambaran-gambaran dalam drama atau filem yg sering kita tonton di TV- ada bunyi muzik yg indah-indah.. ada visual bunga-bunga mawar merah dan pink yg mengelilingi wajah aktor/aktres yg tersenyum indah dengan *blink-blink* bintang berkelipan? adakah gitu gambaran bahagia seorang manusia yg bahagia? Entah la, Che Long pun tak pasti sebenarnya macam mana sebenarnya bahagia itu.. Mungkinkah bila dada terasa lapang dan otak tak berserabut dari masalah duit itu bahagia? Mungkinkah bila dapat makan kenyang makanan feveret Nasi Kerabu yg sedap itu bahagia? Mungkinkah bila ada lelaki hensem/perempuan cantik mengurat itu bahagia? Mungkinkah bila ada orang belanja makan Secret Recipe itu bahagia? Mungkinkah bila dapat selesaikan masalah coding programming itu bahagia? Mungkinkah bila dapat beli iPad, iPhone edisi terbaru itu bahagia? Mungkinkah bila dapat pakai kereta BMW/Mercedez/FairLady/Ferrari/Lamborghini itu bahagia?...