Ini sambungan kisah Che Long zaman kecik-kecik dulu..
::EPISOD: LARI DARI RUMAH::
Ada satu kali tu, Che Long kena penangan 'tali pinggang' sebesar 3 jari orang dewasa oleh umi Che Long.
Belt tu yg pak sedara Che Long punya. Alkisahnya, sebab Che Long dan adik telah mematah-duakan katil mak sedara Che Long.. Huiyoo, dahsyat! Masa tu, Che Long darjah 3 rasanya. Biasalah budak-budak kalau jumpa katil, suka lompat-lompat atas katil tue. Tambah plak, tilam jenis spring, lagilah mantop daya lompatan tue.
Pagi hujung minggu. Umi tengah basuh kain kat bilik air. Tok Mek (nenek) tengah buat apa tah.. Abah tgh 'taking nap'-letih baru keluar hutan, kerja kontrak. Kami dua beradik memang syok la duk lompat-lompat atas katil tu. Katil tu actually katil baru beli untuk majlis perkahwinan Che Pah (our aunties). Sebab Che pah dah balik umah suami dia, so katil tu jadi macam milik kami berdua la, hehe.. Punya la syok dapat katil, sebab sebelum ni tidur atas tilam biasa jer..
Lompat punya lompat, tiba-tiba PRAKKKK!!! Gedegang!! Bunyi katil tu terpatah dua. Katil jenis kayu tu. Terperosok kami dua kat tengah-tengah katil tu. Terkejut. Panik. Bising satu rumah dengar. Apalagi, Tok Mek pun menjengul ke pintu bilik dengan cerlungan mata yang tajam. Abah bangun dari tidur. Umi naik dari bilik air dengan tergesa-gesa, cekak pinggang, mata tajam macam kena dirasuk syaitan dah (huhu..gambaran budak-budak time tue). Che Long dan adik tak tahu nak buat apa. Tok Mek mula membebel tak berenti, marah dan salahkan kami sambil suh kami baiki balik katil tue bagi jadi seperti asal (panik betul time tue..riuh satu rumah). Adik Che Long dah celabok lari ke mana tah. Tinggal la Che Long sorang diri menanggung segala amukan diorang. Abah pulak jenis tak boleh dengar orang membebel kat anak die, amik hammer la konon nak baiki. Tapi abah bukan jenis terer tukang-menukang nih. Katil lagi roboh ada la.. Umi memang tak tahan amarah dah time tu. Hu...amukan umi la yg Che Long plg tak tahan. Time tu pasrah ajer apa hukuman. YEP! Hukuman memang dah sedia menanti. Tali pinggang tu la bahana Che Long pagi tue. Zapp, zass..! Tali pinggang hitam tu hinggap di paha dan betis Che Long. Lebam biru jadiknya. Menangis sampai selak kendiri dibuatnya.
Sampai esoknya, rungutan demi rungutan masih tak berenti. Che Long betul-betul takde mood. Macam-macam dalam kotak fikiran Che Long time tue. Antaranya..
''Aku ni anak pungut ke sampai teruk gini kena marah?''
"Aku tak layak jadi ahli keluarga ni sebab selalu sangat menyusahkan diorang.."
"Aku tak sepatutnya ada dalam keluarga ni.."
Then, keputusan yg pendek akal yg Che Long buat time tu adalah, Che Long akan lari dari rumah! Tapi, kalau Che Long nak lari, kena buat plan yg bijak bagi famili semua tak sedar tentang kehilangan Che Long. Sepanjang pagi, Che Long duk memerap dalam bilik pikir plan nak lari dari rumah. Sarapan pun idak sebab malas nak bertemu muka dgn famili di dapur (diorang pun tak ajak makan, huhu..). Rumah Che Long ada dua pintu saja. Satu pintu depan yg berhadapan dgn rumah jiran dan satu lagi pintu dapur yg berhadapan dgn kebun Tok Mek. Kalau Che Long nak keluar dari pintu depan susah, sebab Abah dan pak sedara selalu lepak kat depan. Kalau pintu dapur pulak ada Umi dan Tok Mek. So, pikir punya pikir, Che Long wat keputusan akan terjun dari jendela bilik. Hehe.. Tapi, setentang dgn bilik Che Long tu pun ada rumah jiran, so kena pastikan takde org lepak kat depan umah jiran tu baru boleh terjun dan lari. Plan nih, Che Long tak bagitau kat adik pun. Che Long nak lari sorang diri jer. Serious, time tu Che Long betul-betul tensyen duk kat umah, dats why rasa nak kuar jer dari rumah.
Lalu, tibalah masanya. Time tu Umi dan Tok Mek tengah masak kat dapur utk mkn tgh hari. Che Long kunci pintu bilik dari dalam. Intai ke luar jendela samada ada orang atau tidak di rumah jiran tue. Che Long intai juga ke ruang tamu dari dinding bilik yg ada lubang rahsia untuk tgk samada Abah atau pak sedara kat luar tue. Yes! Line clear! Che Long panjat jendela bilik. Tinggi jendela ke tanah lebih kurang 2.5meter. Agak tinggi bagi budak-budak yg masih kecik time tue. Zupp! Che Long terjun dari jendela rumah, mendarat perlahan ke atas tanah berkaki ayam. Cepat-cepat menyusup ke bawah rumah untuk ke tangga depan, amik selipar jepun dan berlalu meninggalkan rumah.
Dalam kepala masa tu, pikir tak mau tertangkap saja. Jalan laju-laju sambil maintain muka supaya tak nampak suspicious. SERIOUS! Che Long tak tahu nak gi mana. Che Long nak ke jalanraya, tapi baru perasan tak ada duit sekupang pun kalau nak naik bas. Pendek cerita, Che Long ronda jer satu kampung tu. Tempat yg biasanya Che Long tak pernah sampai dalam kampung tu, semua Che Long jelajah. Sungai, kaki bukit, hujung kampung, surau lama, tapak perkuburan. Tapi takde satu tempat pun yg Che Long rasa sesuai untuk tempat persembunyian. Last-last, Che Long boring, letih dan lapar.. Hari dah senja. Che Long pun berenti tempat budak-budak kampung duk main getah dan guli. Tenaga betul-betul dah habis. Che Long mula rasa sayu dan pilu. Takde pun kelibat pak sedara ke, Abah ke, jiran ke yg nak cari Che Long ni. Rasa macam tak berguna betul plan nak larikan diri dari rumah ni.. Frust dgn planning sendiri (huhu..).
Alunan ayat-ayat suci al-Quran dah bergema dari corong pembesar suara dari surau berdekatan. Dah nak maghrib dah. Che Long jadi takut la pulak. So, Che Long pun gagahkan kaki jugak balik umah sambil rasa malu menebal dalam hati. Mesti famili ejek plan lari dari rumah yg tak menjadi ni. Sampai je umah, Che Long tengok tenang je suasana. Tak kecoh pun. Macam takde apa-apa yg berlaku. Che Long pun pelik. Che Long ke pintu dapur, nak masuk dari sana sebab nak basuh kaki yg berdebu kotor. Tengok-tengok, semua orang ada kat dapur tengah minum petang. Semua buat derkk.. jer masa Che Long masuk tue, macam diorang tak perasan jer kehilangan Che Long dari rumah sehari suntuk tu. Che Long dgn perasaan frust, masuk bilik air, basuh kaki dan naik ke bilik. 'Eh, bilik dah tak kunci!'. Padahal, sebelum lari dari rumah tadi, Che Long dah kunci dari dalam, macam mana boleh bukak. Jendela bilik pun dah tutup. Che Long syak, pak sedara Che Long dah panjat bilik tu bukak selak pintu yg Che Long kunci tu. Maksudnya, diorang dah tahu Che Long plan Che Long tgh hari tadi!! Che Long malu sebab plan dah terbongkar...!!!
Sampailah Che Long sekolah menengah, Che Long tak pernah share cerita tu depan famili. Lepas dah pindah umah sendiri, barulah Che Long berani tanya Umi macam mana diorang tahu plan Che Long utk lari dari rumah tu. Rupa-rupanya, aksi Che Long terjun dari jendela bilik tu dah dilihat oleh jiran sebelah rumah. Che Long je yg tak perasan kat dia sebab ada rimbunan pokok sikit yg melindungi. Jiran tu dah bagitau pun aksi berani Che Long tu kat Umi dan Tok Mek. Tapi, sebab saja nak ajar skit anak dia yg nakal ni, saja Umi tak mahu bagi Abah cari Che Long yg duk me'rendek' dalam kampung tu. Sengaja dibiarkan berlapar sehari suntuk tu sebab nak ajar skit anak dia yg degil ni (teringat kata2 Ustaz, jiwa lebih mudah dididik tika perutnya lapar).
Hehehe.. Malu betul ingat kisah ni.
::EPISOD: TIPU SOLAT::
Che Long ingat lagi masa kecik-kecik dulu, liat betul Che Long nak solat. Puas kena berleter, barulah pegi semayang. Suruh mengaji pun malas. Tok Mek guru ngaji kat kampung masa tu, tapi cucunya sendiri malas ngaji. Tapi, malas-malas pun, alhamdulillah Darjah 5 dah khatam Quran. Ingat lagi masa tu, kalau ngaji ngan Tok Mek, kalau tak menangis memang tak sah. Rotan kat tangan Tok Mek memang menggerunkan. Silap baca skit je, zupp!! bunyi desingan rotan hinggap di lantai (tak pernah kena tubuh lagi la..). Hujung rotan selalu kena sua ke bijik mata kalau silap baca dengung, makhraj atau fasahah. Uih, gerun...
Balik pada bab solat plak. Abah biasanya balik dua minggu sekali jer sebab kerja dalam hutan. So, yg biasa jadi imam solat time maghrib dan Isyak adalah Umi. Tok Mek pulak selalu ke surau. Semayang jemaah dah jadi kebiasaan time maghrib dan isyak jer, waktu lain biasanya mengelat nak semayang sendiri-sendiri. Kalau hari sekolah, zohor dan asar dah solat kat sekolah. Time tu wajib solat kat sekolah sebab ada kelas fardhu ain pada waktu petang. So, insyaAllah selamatlah zohor dan asar. Yang tak selamat dikerjakan adalah time hujung minggu sebab tahap kemalasan yg amatlah dahsyat! Masa tu dah umur 10 tahun dah, kalau tak solat lagi, memang patut kena rotan dah.
Ada satu hujung minggu tu, Che Long terkantoi. Biasanya, kalau Umi suh solat, Che Long selalu lambat-lambatkan. Kalau tahap iman tgh tinggi, semayanglah walaupun tunggang-langgang macam 'ayam patuk padi'. Kalau time tahap iman low giler...lepas amik wudhuk, Che Long masuk bilik, kunci dan baring atas katil selama 10 minit lebih kurang, then keluar bilik cakap dah siap semayang. Tak mau bagi Umi cam la kononnya, sejadah dan kain semayang diubah-ubah kedudukan supaya nampak macam dah solat. Padahal tak semayang pon!! Astaghfirullah al-aziim.. Sampailah satu kali, duk buat kerja syaitan ni, Che Long terkantoi! Masa ni iman tgh rendah, malas betul nak semayang sebab kononnya letih baru habis basuh kasut sekolah. Buat projek macam biasa. Amik wudhuk, masuk bilik kunci, dan baring atas katil. Tengah duk syok termenung tgk siling tu, tiba2 ada bunyi sok-sek kat bilik sebelah (bilik Umi). Che Long buat derk jer, anggap bunyi cicak ke gitu la. Tiba2..terjengul muka Tok Mek dari atas dinding mcm scene P.Ramlee gaduh dgn pompuan sebelah dalam cerita Masam-Masam Manis tu... Ha, gitulah lebih kurang Tok Mek duk mengintai Che Long yg tgh terbaring atas tilam time tue. "Ha!!!! Dok semaye ko??" Sergah Tok Mek garang kat Che Long. Panik Che Long nak cover, konon baru nak semayang la apa la.. Tok Mek cakap, dah lama dia duk intai Che Long. Dia suh bukak pintu. Huhu...habis kena bebel dan rotan Che Long pada zohor itu.. Merah tapak tanganku. Ingat lagi ayat-ayat Tok Mek masa tu. Kecut perut bila ingat balik.
"Mung nok nipu sapo Nurul? Mung nok nipu aku nge Umi mung ko? Tak dok guno mung nipu kami. Mung nok nipu Allah pun takdok guno! Allah Maha Melihat! Hok dok semaye tu mung. Hok dapat dosa pun mung. Dua dosa mung dapat hari ni. Kalu lamo doh buat kijo ni, lagi la banyok dosa mung.. Dosa nipu dan dosa dok semaye!"
Lebat jugaklah tangisan Che Long pada zohor itu. Rasa menyesal sangat. Sejak hari tu, Che Long dah tak berani menipu doh. Solat pun betul-betul dah.
#Memori masa kecik-kecik yg nakal ni memang sampai bilapun Che Long takkan lupa sebab ia kekal bersama parut dan bekas (takdelah teruk sangat pun kena sebenarnya, cuma fear factor tu je yg lebih). Kadang-kadang, Che Long terfikir jugak, adakah sebab didikan famili yg kasar ginilah yg menyebabkan Che Long jadi tak reti bila bab-bab sentimental dan romantika de amor macam kawan-kawan yg lain.
#Apapun, didikan famili yg garang dulu terhadap Che Long dan adik-adik sebenarnya memberi kesan yg baik pada kami semua. Setidak-tidaknya, kami TIDAK menjadi anak-anak manja yg tak ambil berat bab agama, adab dan budaya mcm sesetengah anak muda kini. Che Long rasa, didikan sebegini sebenarnya membuatkan Che Long menjadi diri Che Long yg lebih baik kini. Ada kemungkinan kalau Che Long dan adik-adik dimanjakan dulu, pasti kami tak akan jadi 'orang'.
#Anyway, zaman dah berubah. Ibu bapa pun kena tahu 'the best way' untuk didik anak-anak mereka bersesuaian dgn zaman sekarang. Kalau dulu, mungkin susah nak lari dari rumah sebab duit tak cukup, tapi sekarang zaman moden yg membolehkan anak-anak buat lebih dahsyat dari lari dari rumah. Kalau dulu, mungkin anak-anak boleh menerima apa sahaja bentuk didikan ibu-bapa terhadap mereka, tapi tidak zaman sekarang kerna kita berhadapan dgn generasi moden yg tak terjangka tindakannya. So, the best way untuk didik anak-anak adalah semestinya mencontohi cara Rasulullah s.a.w mendidik anak-anaknya. Banyak bahan bacaan yg bagus boleh dibaca oleh parents skang kan..So, keep reading and practice it! (^_^)v.
Lensa Che Long: Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan.
Comments
Post a Comment