Kadangkala kita rasa hidup kita amat malang. Pelbagai dugaan dan cabaran melanda hidup kita. Kita rasa kita sudah diuji hebat oleh Allah. Padahal, kita tak tahu ada lagi yang lebih hebat diuji Tuhan..
Kenapa Che Long cakap cenggini?
Sudah dua hari Che Long demam. Tak larat betul rasanya nak ke kluster (tempat buat research). Kepala jadi pusing. Hingus dan kahak membanjir. Batuk dan bersin betul-betul menyeksa. Kepala membengkak panas rasanya. Lemah saja badan, asyik terbaring dan tidur. Bangun sekadar untuk solat dan bersihkan diri. Kemudian ke tilam lagi. Hairan betul Che Long dgn kesihatan diri sendiri. Kalau org lain, demam itu pasti ada, tapi tidaklah seperti Che Long yang pastinya setiap bulan akan demam. Rasa malang betul diri ditimpa ujian sebegini. Handphone dicampak ke tepi, malas betul rasanya melayan segala panggilan dan sms yg masuk. Akaun FB sesekali saja dijengah, menanti apa-apa berita yang mungkin penting.
Ya, benar!
Selepas zohor, Che Long buka akaun FB. Memang benar, ada berita penting dan tergempar. Sahabat Che Long, seorang ustaz namanya H di sebuah sekolah agama yg ditahan polis sebelum ini, akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah pada hari ini "PENJARA 18 TAHUN". Kalau sebelum ni, sahabat Che Long ini disiasat di bawah Kanun Keseksaan 302 (boleh dihukum mandatori gantung sampai mati), dan semalam selepasa perbicaraan, mahkamah menukar pula ke 304 (penjara maksimum 20tahun-membunuh tanpa niat). Allahuakbar, hebat sungguh ujian yang Allah timpakan buat H ni.
H adalah seorang sahabat yg sungguh baik hati dan berhati mulia. Jauh berbeda dari apa yg sering media laporkan di dada-dada akhbar dan tabloid mereka. Laporan berita amat berat sebelah dan hanya mencedok isi-isi yang mereka kira boleh melariskan jualan akhbar mereka sehingga sanggup meletakkan headline berita mereka seperti "Ustaz Syaitan", "Guru Kejam" dan sebagainya. Setelah itu, laporan yang sepatutnya berbunyi lain, lain pula kedengarannya dilaporkan mereka yg tak bertanggungjawab ini. Mereka menulis langsung tidak menghiraukan perasaan ahli keluarga yang terlibat. Benarlah kata umi Che Long dulu waktu Che Long masih muda remaja. Che Long beritahu umi yg cita-cita Che Long adalah untuk menjadi wartawan atau pemberita. Umi melarang. Kata umi,
"Selagi sistem media di negara ini masih sekular, usahlah kau tanam cita-cita itu. Tak pasal-pasal engkau pun jadi penyampai berita-berita fasiq."
Cita-cita untuk Che Long jadi peguam pun umi melarang. Katanya, sistem perundangan di negara ni masih sekular. Susah kalau kita tak kuat, tak pasal-pasal jadi boneka sistem sahaja. Tak pasal-pasal nanti jadi peguam dan hakim yang menjatuhkan hukuman yang tak setimpal dan tidak adil kepada rakyat. Berdosa tu..kata umi Che Long.
Berbalik kepada cerita H tadi. H ditahan dan disiasat kerana dituduh melakukan pembunuhan kepada muridnya sendiri. Malas Che Long nak cerita di sini, kalau sesiapa nak tahu kes ini, silalah ke sekolah tempat beliau mengajar di Perlis ini. Takut pula Che Long, kalau-kalau cerita Che Long ni tak betul. Apapun, Che Long dah dengar cerita yang versi tepat, bukannya baca dari berita di akhbar-akhbar saja. Kesimpulannya yg Che Long boleh buat dalam isu sahabat Che Long ni adalah, H mungkin saja tidak bersalah sepenuhnya. Kerana apa? Kerana kanak-kanak yang dikatakan telah dibunuhnya itu, sebenarnya adalah yg plg disayanginya berbanding yg lain. Masakan mungkin, seorang yg amat dikasihinya, sanggup pula dibunuhnya kan?
Apapun, Che Long rasa amat terharu dan terkesan dgn ujian yg menimpa H ini. 18 tahun di dalam penjara! Berbanding Che Long yang hanya demam setiap bulan, apalah sangat.. Kebebasannya direnggut tatkala usianya masih muda. Tapi, sembang-sembang dgn kawan2 Che Long pula. Kata mereka, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Mana tahu, dgn perginya H ke penjara, mungkin ini pula platform dakwahnya. Dakwah kepada penghuni penjara di Tapah sana. Pesanan ulamak kepada H sebelum ke penjara pula, "Harapnya, sepanjang enta berada di penjara, selesailah hafalan Quran.."
H redha dan dan berserah kepada Allah atas segala keputusan mahkamah.
Aduh.. ngilu menikam lubuk jantung Che Long membayangkan keadaan H kini. Keluarga dan kawan-kawan ditinggalkan. 18 tahun! Bukan tempoh yang sekejap. Jika belajar Medic yang 7 tahun itupun kita rasa penat dan terseksa, inikan pula 18tahun di penjara. Tapi, benarlah kata pujangga, ujian yg hebat itu utk org yg hebat!
H, kami bersamamu. Kami insyaAllah pasti sentiasa di belakangmu. Semoga semua ini bisa menjadikanmu lebih kuat dan tabah mendepani segala ujian selepas ini. Kami tahu, kau bukan pembunuh seperti yg mereka katakan.
Lensa Che Long: Demam? Apalah sangat ujian Allah ni kan.. Ini sebenarnya salah satu cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kecilku, alhamdulillah..
Comments
Post a Comment