??BAHAGIA??
Apa itu bahagia? Adakah seperti dalam gambaran-gambaran dalam drama atau filem yg sering kita tonton di TV- ada bunyi muzik yg indah-indah.. ada visual bunga-bunga mawar merah dan pink yg mengelilingi wajah aktor/aktres yg tersenyum indah dengan *blink-blink* bintang berkelipan? adakah gitu gambaran bahagia seorang manusia yg bahagia?
Entah la, Che Long pun tak pasti sebenarnya macam mana sebenarnya bahagia itu..
Mungkinkah bila dada terasa lapang dan otak tak berserabut dari masalah duit itu bahagia?
Mungkinkah bila dapat makan kenyang makanan feveret Nasi Kerabu yg sedap itu bahagia?
Mungkinkah bila ada lelaki hensem/perempuan cantik mengurat itu bahagia?
Mungkinkah bila ada orang belanja makan Secret Recipe itu bahagia?
Mungkinkah bila dapat selesaikan masalah coding programming itu bahagia?
Mungkinkah bila dapat beli iPad, iPhone edisi terbaru itu bahagia?
Mungkinkah bila dapat pakai kereta BMW/Mercedez/FairLady/Ferrari/Lamborghini itu bahagia?
Mungkinkah bila dapat pakai baju jenama Polo/Gucci/Prada/CKNY itu bahagia?
Mungkinkah bila dapat merasa tidur di President Suite Hotel Hilton 5 bintang itu bahagia?
Mungkinkah dapat melancong ke Hawaii/Paris/New Zealand/Korea/Jepun itu bahagia?
Mungkinkah bila ada orang memuji kehebatan dan keistimewaan kita itu bahagia?
Mungkinkah bila orang menyokong pendapat kita itu bahagia?
Apa itu bahagia? Che Long tak tahu.. Terlalu kompleks sebuah 'rasa' itu. Bagaimana mahu gambarkannya pun Che Long tak tahu. Che Long percaya dan amat percaya bahawa ramai yang tak tahu apa sebenarnya bahagia yang bagaimana patut ada dalam hati dan jiwanya.
Kalau kita definisikan bahagia itu adalah semua perkara yg menggembirakan hati, jadi..
Tidak bahagiakah rakyat Palestin yg setiap hari diperlakukan seperti makhluk yg tiada nilai oleh Zionis?
Tidak bahagiakah rakyat Syria yg setiap hari diadili dgn kezaliman diktator kuku besi?
Tidak bahagiakah askar Taliban di Afghanistan yg lebih senang di pergunungan yg curam dan jauh dari kemodenan?
Tidak bahagiakah singa-singa padang pasir Libya yg tandus dan kering-kontang mencari erti kemerdekaan sebenar?
Tidak bahagiakah saudara-saudara baru kita di Eropah dengan istilah Islamphobia yg mendera jiwa dan raga di setiap ceruk dan penjuru?
Tidak bahagiakah umat Islam Sudan dengan ketandusan gurun dan air yg menghilangkan dahaga demi menjaga sebuah kesucian Islam yg diagungkan?
Tidak bahagiakah para mujahidin Islam dahulukala yg berpindah dari satu medan perang ke satu medan perang lain yg asyik bergelumang dgn bau hamis darah musuh dan sahabat?
Tidak bahagiakah para sahabat Rasulullah yg tidak henti-henti berpindah randah demi menyampaikan hanya satu sinar cahaya Islam kepada umat manusia di benua selain Jazirah Arab?
Tidak bahagiakah Rasulullah s.a.w yg sepanjang hidupnya hanya tinggal di rumah bertingkat satu, tidak punya apa-apa harta pusaka buat ahli keluarga tika wafatnya baginda, dan pakaiannya setiap saat adalah zuhud demi untuk menyampaikan sebuah QUDWATUL HASANAH bakal diSUNNAHkan dalam kehidupan setiap jiwa umat Islam?
Adakah hidup susah, derita, miskin, papa, lapar, sejuk, kontang, itu tidak bahagia?
TIDAK!!
Bahkan, mereka sebenarnya lebih bahagia dari kita yg hidup dalam penuh kemewahan, kemudahan dan kesenangan ini. Mereka lebih mengenal apa itu bahagia abadi. Mereka tak perlu mengejar lagi bahagia duniawi kerana mereka sudah pun menghidu wangian bahagia syurga dari dunia yg fana ini lagi. Mereka lebih dahulu merasai indahnya HALAWATUL IMAN itu berbanding kita yg masih terkontang-kanting dan terawang-awang dalam penyakit AL-WAHNU (penyakit cintakan dunia, takutkan mati).
Tatkala mereka sudah merasai HALAWATUL IMAN, kita masih mencari-cari makna dan tujuan kenapa kita PERLU merasai itu. Alangkah malang dan ruginya kita!
Lensa Che Long: Hati makin keras, buktinya makin susah nak menangis khauf pada Allah walau didengarkan dgn ayat-ayat Allah yg suci. Mengapa?????
Comments
Post a Comment