Skip to main content

Posts

Mari bercinta

30 Julai 2014 bersamaan dengan 3 Syawal 1435H , secara rasminya CL menyandang gelaran isteri kepada seorang pemuda yang baik berasal dari negeri Terengganu Darul Iman. Beberapa detik sebelum akad Setelah segala hempas pulas proses membina masjid (taaruf, merisik dan tunang), akhirnya dengan sekali lafaz, sahlah CL menjadi sang isteri. Alhamdulillah.. Wali CL adalah adik lelaki tunggal sendiri (sedih sebenarnya sebab arwah Abah tiada bersama). Waktu lepas akad, sempat CL kerling Umi, nampak matanya merah, hampir menangis tapi ditahannya. CL pun tahan rasa, malu nak keluarkan air mata. Hehe.. Perasaan selepas akad? Takut dan cemas. Dan syukur. Takut kalau-kalau tak mampu menjalankan amanah Allah ini dengan baik. Cemas kalau-kalau CL bukanlah yang terbaik untuk dia. Bersyukur kerana Allah memberi rezeki jodoh. Berharap agar dengan ikatan ini akan membawa CL dan keluarga lebih dekat kepada redha Allah yang didambakan selama ini. Orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan adal...

Melawan hawa nafsu

Bismillah... Seorang murabbi yang CL hormati dan kasihi pernah sebut begini, "Syaitan ni dah tarbiyah anak didik dia 11 bulan dah sebelum tibanya Ramadan. Jadi, syaitan iblis tak risau untuk tinggalkan anak-anak didiknya untuk sebulan saja (kena ikat dalam bulan Ramadhan)." Lucu bunyinya perumpaan murabbiku ini, tapi benar. Amat benar! Syaitan tinggalkan kita dalam bulan Ramadhan ini dengan hawa nafsu yang gemuk-gemuk... Sebagai bekalan membuat kemungkaran di sepanjang Ramdhan yang mencabar ini, heh! Buktinya, 1. Pakaian Bila kita ke bazaar Ramadhan, aurat para gadis, wanita bahkan ibu-ibu tak kalah daripada bulan2 lain. Bahkan lebih menggoda lagi. Tergugat iman para lelaki yang memandang. Kesian diorang, datang ke bazaar sebab nak beli makanan untuk berbuka Maghrib nanti. Tup-tup, dah dapat berbuka free dengan halwa mata sejak jam 5 petang lagi, huhu.. Oh, wanita... 2. Makanan Waktu bukan Ramadhan, masing-masing makan seperti biasa saja. Tapi bila dah Ramadhan,...

10 Malam Terakhir

Sedar tak sedar... dah pun tinggal 10 malam terakhir Ramadan. Kejap je masa berlalu meninggalkan diri. Dalam tempoh yang sekejap ini jugaklah, macam2 hal jadi sekarang ni. Tak hilang lagi sedih isu MH370 hilang, MH17 pulak terhempas sebab ditembak di ruang udara. Tak cukup dengan itu, gendang perang di Gaza sudah berbunyi. Berderet tank2 menuju ke Gaza. Umat Islam semakin dizalimi, negaranya semakin ditindas kuasa-kuasa jahat dan ghaib. Isu sosial usah cerita. Berlambak bagaikan kulat di tepi bangunan2.. Membusuk bagai di tempat pelupusan sampah. Dunia semakin hampir ke hujungnya.. Tak kurang jugak, dosa yang dihimpun sekian lama oleh diri ini. Entah dapat, entah tidak keampunan dan keredhaan dari Allah sebelum berakhirnya Ramadhan kali ini. Sungguh, aku gerun! Masakan tidak, terlalu sibuk mengejar duniawi.. Bagaimana mungkin hati mahu terpaut dengan janji-janji Allah.. Allahurabbi.. "Pangkal segala maksiat, kelalaian da syahwat adalah redha terhadap nafsu. Dan pang...

in need of sleep

I'm a Degree Holder with great result. Well, 3 pointer above, I suppose that I will have a great future in my career and life. With my excellent achievement in education, I hoped and still hoping.. But, life is so hard. World is killing me from each angles. I don't even know why I am so stranded like this. Until now, I still searching for my finite destination. My life right now, feels like I am in a long and dark tunnel. There's light, but seems blurred and too far to grasp. Along the tunnel, there's lots of branched-tunnel that I don't even know which one should I take. The scariest thing is, I'm with so many people in that tunnel but feels alone. They also like me, searching for their own destination. There's laughter and joy in my life, but I feel not complete. Never. People said to me, don't hope too much. Don't imagining things too much. Don't be sad too much. I don't know. Maybe He also don't like me, not His favorite....

Si Tempang

Riuh rendah suara bocah, Mengalun lantunan mulia, Bergema terowong pendengaranku, Memutar filem suram, Panas haba yang menyelati diri, Dihembus angin silam, Aku terpenjara dosa pengap, Menghidu wangi yang menghilang, Mengintai cahaya nan luntur, Harapan masih wujud, Cuma aku terlalu mengah. Kelelahan menelusuri usia picisan ini, Memutus benang sarafku, Meretak tulang kudratku, Mergastua berkicau, mengherdikku garang, Belantara kelam mengkaburi diri, Si tempang ini akhirnya rebah, Diterajang permainan duniawi. Apokalips bakal menjelma, Sang penyelamat memberi harapan, Syurga dan neraka jadi pertaruhan, Namun, Pilihan hanya diri yang menentukan.

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belak...

Felixia Yeap berhijab? Its okay lah..

Ada satu hari, CL bukak FB, tengok orang duk kecoh pasal Felixia ni bertudung. Chinese yang non-muslim bertudung. Comel orangnya. Putih melepak, mata besar. Gambar yang di post kebanyakannya selfie. Ada macam-macam komen tentang dia ni. Contohnya.. "Comel sangat awak bertudung, teruskan.." "Apa ni pakai tudung? Nak persendakan Islam ke?" "Ala..pakai tudung saja nak carik publisiti la ni..Dah tak laku.." "Bagus Felixia nak bertudung, tak salah pun.." Hurm..Macam2 fatwa dah keluar. Pakat nak jadi mufti belake.. I'm juz wondering, sape si Felixia ni sampai depa duk havoc sangat? Sampaikan Benz Ali pun suka quote pasal Felixia ni dalam post-post 'bajet hot' dia tu. Apa masalahnya kalau dia non-muslim nak try pakai tudung dan tutup aurat. Tak salah langsung pun.. Bahkan ada satu FB nama World Hijab Day (worldwide) yang promote non-muslim supaya support hijabbist all around the world. Berlambak kat luar sana espec...