Skip to main content

Mari bercinta

30 Julai 2014 bersamaan dengan 3 Syawal 1435H, secara rasminya CL menyandang gelaran isteri kepada seorang pemuda yang baik berasal dari negeri Terengganu Darul Iman.
Beberapa detik sebelum akad

Setelah segala hempas pulas proses membina masjid (taaruf, merisik dan tunang), akhirnya dengan sekali lafaz, sahlah CL menjadi sang isteri. Alhamdulillah.. Wali CL adalah adik lelaki tunggal sendiri (sedih sebenarnya sebab arwah Abah tiada bersama). Waktu lepas akad, sempat CL kerling Umi, nampak matanya merah, hampir menangis tapi ditahannya. CL pun tahan rasa, malu nak keluarkan air mata. Hehe..


Perasaan selepas akad?
Takut dan cemas. Dan syukur.

Takut kalau-kalau tak mampu menjalankan amanah Allah ini dengan baik.
Cemas kalau-kalau CL bukanlah yang terbaik untuk dia.
Bersyukur kerana Allah memberi rezeki jodoh.
Berharap agar dengan ikatan ini akan membawa CL dan keluarga lebih dekat kepada redha Allah yang didambakan selama ini.

Orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan adalah proses untuk mengenali pasangan masing-masing. CL setuju kerana masih terlalu banyak tentang diri masing-masing yang perlu dikenali dan difahami. Seumpama marhalah usrah yang terdiri daripada taaruf, tafahum dan takaful.

Apapun, CL rasa seronok kerana dah ada Best Friend Forever (BFF) baru! Kenapa BFF?
Bagi CL, kita kena anggap suami kita macam BFF kita selain daripada unsur respek dan setia tu tak boleh digoyah sama sekali. Bahagia, sedih, kecewa, letih, rahsia, pendapat, nasihat, humor semuanya dikongsi bersama BFF kita kan.. Begitulah suami dan isteri, insyaAllah rumahtangga harmoni.


Kehidupan berumahtangga?
Tiada yang berbeza melainkan CL harus meletakkan prioriti teratas adalah suami selepas Allah dan rasul.

Kalau di zaman bujang sebelum ini, CL boleh buat apa saja sesuka hati, kini pandangan, pendapat, izin sang suami adalah perlu. Tidak sukar pun, bahkan lebih teratur dan kemas rasanya hidup. Jadual hidup tidak lagi berterabur dan caca merba. Tarbiah diri semakin diperkemas, insyaAllah.

Amal jamaie masih berjalan seperti biasa. Bahkan lebih indah rasanya kerana mendapat dokongan dari BFF. Jika ada kekusutan dalam organisasi dan pergerakan, boleh dianalisis dan mencari solusi bersama-sama.

Apa yang CL boleh katakan, itulah pentingnya peranan Baitul Muslim ini. Sehinggakan, CL rasa tak sabar-sabar nak bantu sahabat-sahabat lain supaya cepat-cepat menikah. Nikah cepat anak muda sekalian!! Hehe~

Dalam melayari bahtera rumahtangga ini juga perlu kita ingat bahawa kita menikah dengan manusia. Bukannya dengan malaikat. Jangan terlalu mencari kesempurnaan kerana diri kita sendiri penuh dengan kekurangan. Dosa, noda, maksiat lalu dan kini, tersurat dan tersirat kita terlalu banyak. Hiduplah dengan saling melengkapi di antara satu sama lain. Toleransi di antara satu sama lain.

Perselisihan faham selesaikan dengan perbincangan. Kalau nak merajuk pun, sekejap-sekejap sudahlah. Banyak lagi agenda penting ummah yang nak dibuat daripada melayan rajuk kita itu. Banyakkan doa, zikrullah dan selawat, semoga rumahtangga kita tidak kacau bilau dengan hasutan syaitan laknatullah.

Jom bercinta dalam rahmat dan berkat Allah!! Hindari bercinta sebelum nikah sesegera mungkin. Carilah yang Allah suka walaupun prosesnya mungkin pahit seperti jadam. Di sana ada kemanisannya.


Lensa Che Long: Usia pernikahan kami masih mentah. Banyak lagi dugaan dan cabaran yang belum dihadapi. Doakan kami teman-teman yang budiman sekalian. Doa baik kalian semoga menjadi sumbu pelita kebahagiaan kami hendaknya. Buat suamiku, terima kasih di atas segalanya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang