Esok bertarikh 11/10/2021 adalah hari penentuan CL setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Adakah cita cita sedari kecil untuk menjadi seorang pendidik bakal dicapai atau tidak, kita serahkan pada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang Allah takdirkan, sudah tentu itu adalah yang terbaik insha-Allah.
CL bukanlah graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari mana-mana IPT. CL hanyalah seorang graduan ISM Kejuruteraan. Tapi, minat mendalam dalam bidang pendidikan tak pernah padam, tak pernah lekang di jiwa. Ia sentiasa membara dan meluap-luap seperti lava di dalam kerak bumi di gunung berapi Sinabung.
Peluang untuk temuduga esok hari perlu CL manfaatkan sebaiknya supaya beroleh peluang untuk berkhidmat dan menumpahkan bakti buat nusa bangsa.
Selepas berhempas pulas menyambung pengajian dalam DPLI UniSZA, mungkinkah ini bakal menjadi titik permulaan suatu sejarah baharu? Kita tunggu dan lihat nanti.
CL masih ingat mutiara kata seorang pensyarah yang amat CL segani dan hormati ketika berkuliah di UniSZA suatu ketika dahulu. Nak kaya, nak berharta, kerjaya guru bukanlah tempatnya. Tapi, seorang guru itu boleh jadi seorang JUTAWAN AKHIRAT! Hebat kan? Intinya, kita kena ikhlas menyampaikan ilmu-ilmu Allah kepada pelajar kita. Asbab dari aplikasi ilmu yang pelajar kita guna dan sumbang kembali pada masyarakat, itulah yang akan menjadi saham berganda ganda buat kita selaku pendidik. Allahurabbi, hebat sungguh..
"Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu"
Salam sayang. Semoga berjaya buat semua calon One-Off DG41.
Comments
Post a Comment