Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

in need of sleep

I'm a Degree Holder with great result. Well, 3 pointer above, I suppose that I will have a great future in my career and life. With my excellent achievement in education, I hoped and still hoping.. But, life is so hard. World is killing me from each angles. I don't even know why I am so stranded like this. Until now, I still searching for my finite destination. My life right now, feels like I am in a long and dark tunnel. There's light, but seems blurred and too far to grasp. Along the tunnel, there's lots of branched-tunnel that I don't even know which one should I take. The scariest thing is, I'm with so many people in that tunnel but feels alone. They also like me, searching for their own destination. There's laughter and joy in my life, but I feel not complete. Never. People said to me, don't hope too much. Don't imagining things too much. Don't be sad too much. I don't know. Maybe He also don't like me, not His favorite.

Si Tempang

Riuh rendah suara bocah, Mengalun lantunan mulia, Bergema terowong pendengaranku, Memutar filem suram, Panas haba yang menyelati diri, Dihembus angin silam, Aku terpenjara dosa pengap, Menghidu wangi yang menghilang, Mengintai cahaya nan luntur, Harapan masih wujud, Cuma aku terlalu mengah. Kelelahan menelusuri usia picisan ini, Memutus benang sarafku, Meretak tulang kudratku, Mergastua berkicau, mengherdikku garang, Belantara kelam mengkaburi diri, Si tempang ini akhirnya rebah, Diterajang permainan duniawi. Apokalips bakal menjelma, Sang penyelamat memberi harapan, Syurga dan neraka jadi pertaruhan, Namun, Pilihan hanya diri yang menentukan.

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang

Felixia Yeap berhijab? Its okay lah..

Ada satu hari, CL bukak FB, tengok orang duk kecoh pasal Felixia ni bertudung. Chinese yang non-muslim bertudung. Comel orangnya. Putih melepak, mata besar. Gambar yang di post kebanyakannya selfie. Ada macam-macam komen tentang dia ni. Contohnya.. "Comel sangat awak bertudung, teruskan.." "Apa ni pakai tudung? Nak persendakan Islam ke?" "Ala..pakai tudung saja nak carik publisiti la ni..Dah tak laku.." "Bagus Felixia nak bertudung, tak salah pun.." Hurm..Macam2 fatwa dah keluar. Pakat nak jadi mufti belake.. I'm juz wondering, sape si Felixia ni sampai depa duk havoc sangat? Sampaikan Benz Ali pun suka quote pasal Felixia ni dalam post-post 'bajet hot' dia tu. Apa masalahnya kalau dia non-muslim nak try pakai tudung dan tutup aurat. Tak salah langsung pun.. Bahkan ada satu FB nama World Hijab Day (worldwide) yang promote non-muslim supaya support hijabbist all around the world. Berlambak kat luar sana espec

Kejap haram, kejap halal..Oh Cadbury,,

Sejak kecik lagi, kalau dapat makan cokelat Cadbury ni, rasa mewah sangat. Melompat kalau mak sedara atau pak sedara bagi hadiah cokelat ni. Tengok kawan makan je pun, dah nak mennagis kalau tak dapat jugak. Sejak zaman sekolah hingga universiti, kalau ada buat program Dedication to Someone, mesti Cadbury antara pilihan popular untuk dijadikan hadiah. Hadiah kat kawan-kawan, guru-guru. Da latest, diberitakan bahawa Cadbury feveretku itu tercemar dengan porcine. Ada DNA khinzir.. Paling sakit hatiku ini, kalau CL nak beli Cadbury untuk makan, takdelah pilihan lain kecuali yang ada Hazelnut dan Almond tu. Tup, tup, yang tu la dibuktikan ada DNA khinzir. Tak ke meletop nak marah????? Dah berapa keping dah CL telan benda tu. Dah jadi darah daging dah. Rasa marah tak terhingga. Bukan apa, sebab cokelat tu trang tang tang ada cop halal JAKIM kot.. Tetiba boleh pulak tercemar dengan unsur haram. Aduhai apalah nasib diri. Patut la agaknya mengaji tak berapa nak pick up. Rasa macam tak

Resepi Kuih Bunga

Ha.. Sape pernah makan kuih ni?? Rasa dia macam dobbukki (makanan orang Korea tu, liat2 skit..) yang disalut telur dan gula. Nak kata makanan orang Kelantan tak jugak sebab tak pernah tengok gerai2 atau bazaar Ramadhan jual kuih ni. CL hanya pernah makan sebab umi CL selalu buatkan masa kecik2 dulu.. Ok la, sebab ni resepi rare skit. So, CL akan share di sini. Mudah dan cepat je nak buat benda ni. But, dijamin sedap, insyaAllah. Bolehla kalau nak jamu hubby and anak2 makan waktu petang. Atau jamu kengkawan rumah sewa tu.. Jemput makan~~~ Sangat sedap kalau makan masa panas2 lagik. Kena guna pandan sebab dia ada aroma wangi sangat... Bahan-bahan:- 1. Tepung pulut -setengah kilo (ni boleh la kalau nak makan 5-7 orang) 2. Daun pandan 3. Garam secukup rasa 4. Gula 5. Telur (2-3 biji) 6. Esen vanila 7. Minyak masak (minyak zaitun lagi bagus) Cara-cara:- 1. Blender daun pandan. Air pandan yang hijau tu nanti akan digunakan untuk dimasukkan dalam doh nanti.

Aku Selaku Kerani NEC

Alhamdulillah CL jadi kerani pulak sekarang. Sampai lani cukup 5 bulan CL kerja kat sini. Menggantikan ex-clerk yg terpaksa balik kampung atas hal peribadi. Molek dah Allah atur semua ni.. Jadi kerani di Nisa Educare Centre ( NEC ) ni takde la susah manapun. Sebab waktu operasinya hanya dari Isnin-Rabu saja. 5.00 petang hingga 8.30 malam saja. Berpatutanlah dengan gaji. Masa untuk study Master pun takde la terganggu sangat dengan kerja ni. Dengan kerja KAFA tu lagi, alhamdulillah takde lagi clash setakat ni. NEC ni sebenarnya adalah salah satu bussiness yang NGO Nisa Perlis tubuhkan untuk membantu persatuan dari sudut dana dan juga memberikan khidmat untuk masyarakat yang nak belajar mengaji Al-Quran. Alhamdulillah, NEC sekarang makin mendapat tempat dalam masyarakat. NEC ni menjalankan perkhidmatan kelas mengaji Quran untuk kanak-kanak, remaja perempuan dan wanita dewasa. Tuisyen peribadi untuk subjek UPSR, PMR dan SPM pun ada. Kalau ada permintaan untuk buat kelas mengaj

Menjadi Muslimah Pembersih (Part I)

Kenapa muslimah? Kenapa tidak perempuan atau wanita sahaja? Sebab muslimah membawa suatu nilai yang lebih tinggi kerana ia membawa bersama mesej Islam yang akan disampaikan secara langsung atau tidak melalui setiap tindak-tanduknya. Setiap kelakuannya mestilah berpaksikan apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah.  So, nak jadi muslimah pembersih? Antara yang boleh dilakukan adalah.... Bilik tidur (bujang ataupun berkahwin) 1. Jangan sesekali duk buat kenduri (makan-minum) dalam bilik. Nasi ayam ke, nasi goreng ke, mee goreng ke, pisang goreng ke, instant mee, pizza etc. 2. Lepas bangun tidur(dah baca doa semua), terus kemas bantal dan cadar. Lipat selimut jangan lupa. Paling malas pun, lepas mandi pastikan tempat tidur anda kemas! 3. Almari baju tu janganlah disepahkan (silap-silap kucing, ayam ingat sarang untuk mereka). Yang mana perlu dilipat, lipat la.. Yang mana perlu disangkut, sangkut la. Susun kemas-kemas. 4. Meja solek! Ada pelbagai jenama

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng