Skip to main content

Tarbiyah Seorang Kuli Kedai Makan

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Tarbiyah. 
Sebuah tarbiyah tidak semestinya didapati dan dipraktis di dalam sebuah usrah atau halaqah. Ia ada dalam kehidupan seharian kita, bergantung kepada bagaimana kita mahu mengolah hasil tarbiyah tersebut. 
Siapa setuju? 

****
Sebagaimana pembaca semua sedia maklum, CL ni bekerja part-time di sebuah kedai makan jual nasi Arab [rujuk sini]. Selepas habis waktu office hour (8am-5pm) di kluster tempat CL buat research untuk MSc, CL akan masuk kerja di kedai ini pulak. Tak dinafikan, memang penat yang teramat.
-Di kluster, perah otak buat research.
-Di kedai, perah kudrat seluruh tubuh sebagai kuli.
-Kena bijak juga kawal emosi bila berurusan dengan pelanggan, majikan dan rakan sekerja.
Sekadar gambar hiasan. Ehsan dari mr.Google.

**
Bab kudrat diperah tu satu hal. Betul-betul menguji CL tentang '10 Muwasafat Tarbiyah' yang selalu CL duk bentang dalam usrah dan halaqah bersama dengan adik-adik dan sahabat tu. Kan antara muwasafat tarbiyah adalah 'sihat tubuh badan'? Kalau tak sihat tubuh badan, mau pengsan jugak CL nak manage masa dan tenaga CL untuk belajar dan kerja pada masa yang sama ni. Pernah sekali CL cakap kat sorang sahabat yang membebel hairan macam mana CL boleh buat banyak kerja dalam satu masa..,

"Untung jugak saya kerja kat kedai tu. At least, practice untuk lepas kahwin. Katakan dah kahwin nanti, sedangkan saya seorang isteri bekerjaya. Bila dah sampai rumah waktu petang walaupun sudah penat di tempat kerja; tanggungjawab memasak, layan suami dan anak-anak dan urus rumah tangga tetap kena buat juga. Sama la konsepnya kerja di kedai tu. Walaupun dah penat di kluster, bila sampai di kedai tanggungjawab melayan pelanggan dan urus kedai tetap kena jalankan dengan penuh amanah."

Sahabat CL akhirnya diam dan mengangguk setuju.. (^_^)~hehe..


**
Bab emosi memang letih nak cerita semua. Tapi, bab yang inilah paling menguji segala teori yang CL dapati dari usrah, halaqah dan kuliyyah. Kadang tu, apa yang CL pernah tazkirah selaku naqibah usrah sebelum ni, Allah baling tepat ke batang hidung CL. Antaranya...

Ego/Amarah
Setiap manusia ada ego. CL pun ada ego. Tinggi juga ego CL ni. As you all know, I'm MSc student, in Engineering-field pulak tu. So, faham-faham sajalah, egonya boleh tahan jugak la. Tapi, dengan penuh rendah diri, bila dah start sarung apron ke tubuh tu, automatically CL akan turunkan ego CL yang menggunung tu ke tahap paling rendah sekali. Anggap diri selaku pacal yang hina saja.  Tapi, bila sesekali Allah nak uji tu, mau menggeletar jugak kaki tangan dibuatnya. Gigi dikacip rapat jugak dibuatnya.

Ada satu insiden melibatkan pelanggan yang betul-betul mencabar ego CL. Seperti biasa, bila ada pelanggan masuk ke kedai, CL akan maju ke meja yang mereka duduki untuk ambil order. Sebatang pen murah dan sekeping kertas nota kecil sedia untuk dicatat. Kali ini, sepasang suami isteri dan seorang anak kecilnya.

"Ye encik, nak order apa?" begitulah CL akan memulakan sambil senyuman ikhlas dihulurkan.
"Saya nak teh arab dan mandhi ayam." si suami menjawab.
"Kak pulak nak order apa ye?" CL beralih tanya pada si isteri. Yang peliknya, tidak dijawab soalan CL tapi dijelingnya CL seperti tak puas hati. Atas, bawah dipandangnya dengan kerek. 'Apahal pulak ni?' CL dah pelik tapi masih senyum walaupun hati dah mula rasa panas. Iyelah, tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak hangin kat kiter kenapa pulak kan..
"Bandung dan mandhi ayam." Jawab beliau pendek. CL mencatat order.
CL bergegas masuk ke dalam kedai, menyampaikan dan menyiapkan order. Bila dah siap, bawa ke meja pelanggan suami-isteri tadi semula.
"Eh, awak ni tak faham bahasa ke? Kan saya nak mandhi kambing tadi. Ishh!" Si isteri memarahi CL sejurus diletakkan makanan di depan mereka. Mukanya memang ketat dan kelat. Si suami diam saja, mungkin bersabar juga dengan kerenah isteri.
Aikk! Tadi memang jelas dia order mandhi ayam, tiba-tiba dikatanya CL silap pulak dah..Aduhai, sabar sajalah hati. Dah la kena bambu tak pasal-pasal walaupun kita tak salah. CL minta maaf saja, dan masuk buat order baru.

Fuh! Kalau CL tak sabar dan ikutkan panas baran dan ego CL ni, dah berjaya syaitan menghasut suruh bertikam lidah tadi. Aduhai, sabarlah hati... Pelbagai lagi kerenah pelanggan yang kadang-kadang tak boleh diterima akal. Tapi, alhamdulillah itu semua mengajar CL untuk lebih bersabar dan tabah. Karma dunia ini semakin CL fahami.

**
Bab dakwah pun ada jugak. Kalau di kampus dulu, CL berdepan dengan warga berpendidikan tinggi. Mudah pick-up apa yang kita nak sampaikan. Di luar kampus ini, CL terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis peringkat manusia. Ada yang jenis tak cukup solat. Ada yang jenis suka mengorat dan mengayat. Ada yang jenis suka bergurau senda tanpa batas antara bukan muhrim. Ada yang jenis tak mengaji tinggi.

Semua ini, sentiasa melatih CL untuk mencari idea-idea fresh dan kreatif untuk menyampaikan dakwah yang tidak membosankan dan melekat di hati. Macam mana nak berdiskusi bab hukum-hakam tanpa menyinggung hati dan perasaan orang lain. Macam mana nak menyebarkan kefahaman yang CL ada di dada kepada orang lain yang tak pernah dengar tentangnya.

Pendek kata, dakwah bil hal yang pernah CL belajar di kampus dulu memang betul-betul perlu dipraktikkan di alam kerja ini. Alhamdulillah, CL masih dicampakkan rasa ingin berdakwah oleh Allah s.w.t.


**

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang