Skip to main content

Part Time Cleaner

Alhamdulillah hari ni CL dah dapat lagi satu kerja part-time. Sebagai cleaner ataupun BM-nyer 'tukang cuci'.
antara tools yang diperlukan..

Okayh, actually, nervous bkn main lagik sebab tak biasa buat part-time sbg cleaner sblm nih. Sebelum ni CL dah pernah jadik:-
~Kerani syarikat pangkalan pasir; lepas SPM sementara tunggu panggilan masuk matrik.
~Pembantu kedai makan; masa cuti semester zaman degree dulu.

Sekarang duk jadik:
~Guru tuisyen Matematik Tambahan (2 tahun jugak la pengalaman) sampai sekarang.
~Bakal jadi cleaner plak, hehe..

CL dapat info pasal keje ni di Mudah.my [http://www.mudah.my/]. Bagus site nih. Banyak info pasal kerja, jualan, servis dll. 
Kalau nak beli barang murah, leh try sini,
Kalau nak cari kerja, leh try sini,
Kalau nak cari perkhidmatan homestay, servis apa2 pun leh try sini gak..
inilah rupanya screen-capture Mudah.my tue..
Actually, CL apply kerja kat kedai 24hrs; my-Kiosk. Dah pergi interview. Tapi sementara nak tunggu keputusan dari pihak kedai tu, ada kawan2 CL bg pendapat ttg implikasi kalau CL keje kat situ:-

1. Kena keja shift. Kalau kena shift malam (11malam-7pg), CL akan digandingkan dgn pekerja lelaki untuk tujuan keselamatan. Bad effect is, CL akan jadi berdua dgn pekerja laki tu kalau time takde customer masuk kedai. Shift kita tak leh mintak ikut suka sebab management yg akan bagi schedule..

2. Kerja 8 jam. Mungkin la CL rasa mampu nak buat tu. Tapi, 8 jam bukan masa yg sekejap bagi sorang student Master. Masa tang mana lagi nak celah nak buat research oii... Tang mana plak nak buat kerja-kerja dakwah oii.. Masa mana pulak untuk diri sendiri oii.. Tak pasal2 jadik terlalu penat, terus apa2 pun takleh nak buat..huhu, naya.

"Hm...betul jugak apa yg diorang cakap nih? Nak kena carik kerja lain nih."-CL monolog.

So, lepas search situ sini. Dapat la keje part-time cleaner. CL kena keja 6 hari seminggu. Setiap hari 5 jam. Dia akan bayar mingguan. RM120.. Ok la tu, RM20 utk 5 jam. Tadi gi ikut Kak B tengok tempat yg nak kena maintain tue. Mula2 ni diorang akan bg CL cover homestay jer dulu. Suasana kat homestay tu mmg subhanallah cantek sangat.. Nanti ada masa CL akan update. Jalan nakKalau dah terer baru boleh dihantar ke rumah orang yg mintak cleaning service plak. Syarikat yg CL akan keje ni mmg banyak buat homestay. Ni diorang punya blog: http://homestayperlis.blogspot.com. So, lepas ni kalau nak mai Perlis, boleh la tempah kat sini. Ok jugak la diorang punya servis. Insya-Allah, I'll..

"Hurm.. nak keja sampai bila yer?" itulah soalan cepumas Kak B bila dia tau CL masih student dan bukan asal Perlis.

"Insya-Allah, taun depan saya masih kat Perlis kak.. Masa saya buat research pun fleksibel. Memang takde kelas. Cuma, kadang-kadang tu ada seminar atau conference, boleh ke saya minta cuti kak?" CL jujur ajela dgn Kak B tu.

"Boleh... nanti yg tu kita bincang lain.. Nanti hari Ahad ni kita start ok?" Kak B.

"Alhamdulillah, terima kasih kak.. InsyaAllah jumpa hari Ahad nih." CL.

So, hari Ahad ni CL akan mulakan kerja sebagai seorang Cleaner. Excited pun ada sebab nak teroka bidang baru. Biasanya tengok aje akak atau mak cik yang datang buat keje cleaning kat ofis, kat kelas. Kali ni, CL plak yg akan buat dan rasa. Nervous pun ada sebab takot orang tak puas hati dgn servis kita nanti. 

#
Apasal yang CL sibuk sangat nak buat part-time teruk-teruk gini? Nak cari duit la.. Sebab biasiswa yg dapat tak berapa nak menampung perbelanjaan CL dan keluarga di kampung. Keje sebagai guru tuisyen masih tak cukup sebab dapat plg tinggi pun RM200 je sebulan. B'coz CL ajar satu subjek je. Lagi pulak, bila dah budak-budak ni start exam SPM, CL dah tak leh mengajar dah. Pusat tuisyen dah tutup. So, income tu dah takde. Tu yg nak kena carik  kerja instant part-time tu. Alhamdulillah dapat.. Harap-harap my beloved Ummi tak susah hati, hehe..

Nak buat bisnes, modal tak cukup lagik. Hehe, coming soon insyaAllah.. InsyaAllah cuti ni pakat dengan kawan-kawan nak buat kelas tuisyen intensif sempena cuti sekolah. Moga-moga adalah sambutannya, amin..

Jom! Sesiapa yang berminat nak daftar jom!

Lensa Che Long: Hidup ini lebih indah jika mensyukuri nikmat Tuhan. Kerja apa pun takpe, asalkan halal kayh..!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang