Teringat kata-kata Umi CL suatu ketika dulu ketika kami adik-beradik merungut Umi dan Abah tak boleh memenuhi kemahuan materialistik kami walau sekadar sebuah alat mainan terkini, atau beberapa hari percutian keluarga, atau beberapa sampul duit raya, atau set persekolahan baru di setiap musim baru buka sekolah. "Anak-anak ni gini la.. Dia ingat senang ke nak cari duit? Dia ingat buat duit tu macam cabut daun di pokok ke?" Mom & Dad whom never stop loving and caring for ya~~ Masa tu, selaku anak sulung CL cuba sedaya upaya untuk memahami kata-kata parents. Tapi CL hanya sekadar faham bahawa cari duit memang susah. Setahap mana susahnya CL tak dapat gambarkan. Ada juga terlintas soalan bodoh CL masa tu, 'Apa yang susahnya cari duit? Kerja je la.. Sesukar manapun kenalah usaha memenuhi keperluan anak-anak.. Tu kan memang tanggungjawab ibu-bapa? ' Alhamdulillah.. nasib baiklah juga tidak disuarakan secara lantang. Kalau tidak, tentu CL menyesal.
Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itu kampung abadi. Blog ini mengandungi nukilan pengalaman hidup penulis, perkongsian pendapat, karya seni dan petikan tazkirah. Semoga nukilan-nukilan ini memberi manfaat kepada semua lantas menjadi saham akhirat buat penulis. Amin!