Skip to main content

SAMSUNG service~~ DAEBAK!!

First of all, maksud daebak! = amazing! = mengagumkan!. Daebak ni glosari Korea. 

Minggu lepas, mesin basuh auto jenama Samsung (fuzzy tech) rosak. Bahagian water inlet tu patah. Patah sebab cuai penggunaan (org Kelate sebut gasea..). So, air tak leh nak dimasukkan ke mesin secara auto, kena buat manual, angkut guna baldi @ salur guna paip getah biasa. Bertambah sakit jugak la bahu yang dah memang sedia sakit. Mesin basuh ni CL beli tahun lepas (2011) guna duit hadiah Anugerah Latihan Industri. RM500 untuk muatan 7kg, ok la harga gitu, standard la.. 
ginilah bentuknya mesin basuh Samsung yang comel tu

Agak sayang jugak la mesin tu sebab first time beli barang sebesar tu guna duit sendiri (target boleh tahan  sekurang-kurangnya sampai 5 tahun). Tapi, nak buat macam mana.. Tangan yang menggunakannya ramai, so standard la kerosakan terjadi jika tak berhati-hati. Sebab terkilan (CL pun manusia yang masih ada penyakit al-wahan) punya pasal, bersungguh CL cari maklumat untuk beli sparepart tang yang patah tu. So, dapat kontek Samsung Careline kat internet, terus call.

Fokusnya:::
Bila CL call, selepas machine operator jawab, at the end, ada sorang staf lelaki (Chinese rasanya) jawab panggilan CL. Sopan betul cara layanan dia. Memang betul-betul mengamalkan prinsip 'Customer is always right'. Terharu betul CL dengan layanan dia. Dah lama CL tak mendapat layanan dari mana-mana company yang sebagus itu. Bahkan syarikat Celcom  yang CL setia sejak dulu lagi pun tak sebagus tu bila CL call tanya tentang apa-apa masalah.

PALING MENARIK LAGI~~!
Hari ini. CL dapat call dari sorang Samsung staf (tak tau la dari jabatan apa kan..). Kali ni perempuan Melayu dan Islam sebab dia bagi salam. 
1) Dia tanya betul ke nama penuh CL yang disebutnya tu.
2) Dia tanya betul ke CL ada buat panggilan ke Samsung HQ minggu lepas bertanya tentang washing machine.
3) Dia tanya boleh tak dia nak buat survey tentang tahap perkhidmatan ejen yang bertanggungjawab melayan panggilan CL tempoh hari. ~~CL jawab okay. Terpegun sampai terhenti dari makan (tengah lunch).
4) Dia tanya pulak samada CL puas hati atau tidak dengan layanan staf diorang tempoh hari. Dia tanya antara rate 1 hingga 5 (1: paling puas hati, 5: paling tak puas hati), berapa CL nak bagi. ~~CL jawab 1, memang puas hati..
5) Dia tanya samada CL puas hati dengan penantian sementara (masa machine operator jawab) ejen nak menjawab call CL tu. ~~Oleh kerana agak lama sikit masa menanti tu, CL cakap terus terang je la..
6) Dia tanya pulak CL pernah tengok ke Samsung website dan samada puas hati ke tak dengan performance website tu. ~~CL jawab everything seems okay until now. 
7) Last sekali, dia ucap terima kasih kat CL sebab sudi meluangkan masa untuk jawab survey diorang. 
8) Sebelum berganjak dari perbualan tu pun, dia masih tanya CL lagi samada CL ada apa-apa lagi nak ditanya pada dia dan apa yang dia boleh bantu CL.. ~~oh, so sweet..
9) Dia bagi salam 'Assalamualaikum' dan terima kasih sekali lagi, dan end of conversation.. ~~CL jawab salam dengan senyuman terukir penuh di bibir. Betul-betul cakna dengan budi bahasa.

Mainpoint yang CL nak cakap di sini adalah, SAMSUNG, U'RE DAEBAK!!
Macam ni la, baru pelanggan suka. Layanan yang MANTOP sekali. Sejak CL lahir kat dunia ni (sejak duk negara Malaysia ni, tak pernah lagi hidup di overseas), nilah kali pertama dalam hidup CL dipertemukan dengan layanan dari syarikat yang begitu menghargai pelanggannya. Memang patut la pun, produk Samsung mencanak-canak naik popularitinya sekarang. Gud job!

Apa yang CL harap sangat-sangat.., layanan staf-staf di jabatan kerajaan terutamanya boleh mencontohi syarikat Samsung ni. Sebab apa CL cakap camni? Sebab setiapkali CL kena berurusan dengan mana-mana Jabatan Kerajaan atau Badan Berkanun, layanan staf begitu menghampakan. Memang sakit hati tahap gaban. Tak tahulah kenapa jadi gini.. Padahal, kalau tengok iklan kat TV tu dah berlambak pesanan tentang senyuman dan kemesraan staf melayan klien atau pelanggan, tapi seolah-olah tak diambil endah pun. Kiciwa betul~~!
Iya, mungkin saja ada syarikat yang lebih baik, tapi setakat pengalaman CL yang seciput ni, SAMSUNG la yang paling terbaik setakat ni. "Two thumbs up!"

Semoga SAMSUNG terus sukses dengan perkhidmatan. Semoga boleh menjadi contoh yang baik untuk orang lain juga. Cewwah, cara CL cakap macam penasihat yang ada komisyen 25% plak..hehe..
Anyway, lets check it out : http://www.samsung.com/my/#latest-home

Lensa Che Long: Hati ini mudah cair dengan layanan mesra dan jujur. Budi bahasa budaya kita, amalkan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi...

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belak...

TEMUDUGA ONE OFF SPP JAWATAN DG41

Esok bertarikh 11/10/2021 adalah hari penentuan CL setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Adakah cita cita sedari kecil untuk menjadi seorang pendidik bakal dicapai atau tidak, kita serahkan pada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang Allah takdirkan, sudah tentu itu adalah yang terbaik insha-Allah. CL bukanlah graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari mana-mana IPT. CL hanyalah seorang graduan ISM Kejuruteraan. Tapi, minat mendalam dalam bidang pendidikan tak pernah padam, tak pernah lekang di jiwa. Ia sentiasa membara dan meluap-luap seperti lava di dalam kerak bumi di gunung berapi Sinabung. Peluang untuk temuduga esok hari perlu CL manfaatkan sebaiknya supaya beroleh peluang untuk berkhidmat dan menumpahkan bakti buat nusa bangsa. Selepas berhempas pulas menyambung pengajian dalam DPLI UniSZA, mungkinkah ini bakal menjadi titik permulaan suatu sejarah baharu? Kita tunggu dan lihat nanti. CL masih ingat mutiara kata seorang pensyarah yang amat CL segani d...