Skip to main content

What a hectic day!

Penat siot..! Itulah kata-kata yg mungkin bebudak sekarang ni akan sebut bila duk di kondisi ambo nih.

Starting last month until now, I'm having hectic days! Dari hari ke hari amatlah penat..
Setiap hari isnin hingga jumaat (8.30pagi-5ptg): Ambo ke kluster untuk buat research..
(Ambo sambung MSc/PhD sekarang nih).

Setiap hari isnin hingga khamis (5.30-6.30ptg) : Ambo mengajar Quran untuk kelas wanita dewasa di NEC..

Setiap hari isnin hingga jumaat (7ptg-8.30mlm): Ambo meniaga kecil-kecilan untuk bebudak yg dtg ngaji Quran dan Fardhu Ain di NEC tue.. (NEC=Nisa' Educare Centre)

Setiap malam Ahad dan malam Isnin (8-9.30mlm): Ambo mengajar tuisyen Add Math di Tuisyen Yaqeen.

Setiap Ahad (10pagi hingga 12.30ptg): Ambo mengajar Quran dan Fardhu Ain di RKKA (Rumah Kanak-kanak Arau).

Setiap Isnin malam: Ambo ada wat discussion group dengan adik-adik. (Bincang bab akademik la..)

Setiap Rabu malam dan Khamis malam: Ada kuliah maghrib yang kalau tak join memang rasa rugi sangat..

Naseb baik la ada motor cabuk tue..walaupun bunyinya dah krek, krek, kriokk bila brek dengan tak ada lampu depan dan hanya ada side-mirror belah kanan jer, tapi alhamdulillah, its really helpful..Bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yg lain, itulah pengangkutanku.. Motor Suzuki warna biru.

Sekarang nie pon, alhamdulillah dapat sewa rumah yg amatlah mewah dan selesa nih. Actually, rumah yg ambo sewa nih adalah sebuah tempat orang2 yg datang mengaji Quran, Fardhu Ain dan lain-lain. Rumah banglo 4 bilik tidur, 2 bilik air, sebuah dapur dan ruang tamu yg amat luas. Laman rumah belakang depan boleh kalau nak buat main mini-futsal (wink!). Sewa mahal sebenarnya, RM800 total semua sekali. Dats why la, tuan punyer pusat ngaji nih bagi sewa bilik utk kami bertiga (housemates la) ni rm400 jer. So, kitorang bahagi sama sedas, ok la..alhamdulillah. Itu pun nak cari lagi org baru 2orang sebenarnya, boleh jimat kos lagik. (wink!)


Esok Nisfu Syaaban (15 Syaaban)..jom kita pakat puasa ek! Pastu malam tue nanti (lepas maghrib sebelum Isyak), pakat baca yasiin 3 kali, pastu bacalah doa2 yg baik.. (sebenarnya tak wajib pon buat benda nih cuma mungkin kita nak rasa buat ibadah reramai dgn org lain, boleh la..)

Papehal pon, sape yg tak puasa lagi bulan Syaaban nih, atau pon kalau yg muslimat yg tak habis ganti lagi puasa tahun lepas, sila la laksanakan tugas2 anda sesegara mungkin. Tak lama lagi dah nak Ramadhan nih!

Biler sebut bab Ramadhan nih, sedey la pulak..Huhuhu..Sebab tak dapat nak balik puasa lama2 kat umah macam dulu lagi dah. Bila dah kerja nih, cuti pon kena ikut timing bos..Balik rayer pon mgkin seminggu jer nih! Huhu..sedey..

Lagi sedey, inilah rayer pertama ambo tanpa Abah tercinta!!! Sedey sangat..Waktu abah meninggal, dah la tak sempat nk tatap dan cium dahi abah buat kali terakhir. Rasa terkilan sangat..hati nih macam disiat-siat..Sedey gak teringatkan adik2 ambo yg masih kecik lagi dah dah jadi yatim. Genap hari nih, cukuplah 1 tahun, 4 bulan, 15 hari Abah meninggalkan kami dan hidup di alam barzakh sana.. Moga tenang abah di sana. Moga nyaman abah di sana, tidak lah jadi panas dek perlakuan anak2 yg selalu degil dan lalai akan perintah Allah s.w.t. Amin!
~Abah tercinta, Wan Mustaffa Fikri~

Yang lagi sedey tue bile mengenangkan sikap sanak saudara sendiri yg tak paham2 masalah yg melanda keluarga kami. Sudah la tak paham, masih lagi mengutuk dan mengeji. Mentang-mentanglah kami nih orang susah, disepak-terajang ke sana ke mari ikut suka hati diorang jer! Argh, benci dengan semua ini yg asyik berulang2 berlaku!
Rasa macam nak nangis, tapi air mata macam dah kering.
Rasa bengkek sangat, tapi macam takde yang nak membelai perasaan bengkek nih! Entahlah, ambo jadi malas nak ambil pedulik ttg mereka.
Lantak la diorang nak buat apa pon.

Biasalah manusia nih kan..
Waktu kita susah, sejeling pandang pon tak sudi!
Waktu kita senang, tak usah ditanya, sudah berkerumun macam nyamuk kelaparan!
Cett, hipokrit!

Woi! sabarlah Weeda..apsal ko nih emo sangat malam2 gini hah?! hihi.. wink!

Lain kali, ambo citer pasal projek Master/PhD ambo puloks deh! Nih dah ngantuk dah..esok nak bangun sahur lagi..

Sayang u'all semua..
uhibbukum fillah abadan abada..
Maju Engineering Untuk Islam!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang