-SEKOLAH-
Dulu..
Kalau pegi sekolah, umi bagi duit 50 sen sebagai duit belanja. Waktu rehat, pegi kantin, beli nasik lemak sepinggan 30sen, yg kuantitinya sama macam sebungkus nasi lemak RM1 sekarang. Lagi 20sen, ambo beli air sirap. Dan, ambo pun makan dengan hepinyer..
Naik darjah 6, ada dua adik yang ambo kena jaga, Kak Ngah (Djh 3) dan Abe Chik (Djh 1). Umi pun bagi la duit lebih sikit. Rm2.00. Boleh beli nasi lemak dua pinggan yang harganya 50sen sepinggan, kedua-duanya untuk adik-adik ambo. Beli air sirap tiga bungkus yg harga 20sen sebungkus. Pastu beli kuih-muih dua biji untuk ambo sendiri, 20sen satu. Tapi, saiz kuih zaman tu macam saiz kuih-muih yg harga 50sen sebiji zaman sekarang.
Kini..
Kalau pegi sekolah, mesti bawa paling kurang RM2.00. RM1.00 tu baru boleh lepas lepas. Tapi, adik ambo yg masih sekolah katanya, nasi dah naik harga. Sekarang sudah RM1.20 sebungkus. Air sirap ke, oren ke, paling murah harga 50sen sebungkus. Baki duit, samada bawak balik masuk tabung, ataupun buat bayar yuran kelas.
-LEPAS SEKOLAH-
Dulu..
Sebelum sampai rumah, ambo dengan kawan-kawan singgah beli ABC kat kedai Mak Cik Yah. Harga satu mangkuk, 5osen je. Kalau nak sangat makan ABC, waktu rehat tadi, simpan duit sanggup tak beli kuih demi ABC. Kadang-kadang, singgah di kedai runcit Pak Lah, beli mainan Tora-tora, yg kotak warna biru. Dalamnya ada mainan dan biskut bersalut cokelat. Tapi, biasanya, ambo dengan kawan-kawan pakat beli.
Jalan balik rumah, biasanya kami menyelinap di tepi atau belakang rumah jiran. Waktu tu, ramai jiran kami yg pelihara kera di belakang rumah. Kera tu biasanya diikat dengan rantai besi kat tengkuk die dalam panjang 1 meter gitu. Tapi, walaupun die diikat, dia masih boleh naik turun tempat pokok atau palang yang die diikat tu. Ambo suka berhenti tengok kera tu. Tolong bagi buah belimbing atau nasi putih kat die. Ambo panggil kera tu Nyek. Baling makanan dari jauh je sebab takut dikokaknya. Hehe.. Pastu, Nyek sambil makan, sambil tengok ambo. Die tengok ambo, ambo angkat kening, Nyek lawan angkat kening jugak, siap nganga lagi. Ha! Ha! Sergah Nyek kat ambo. Ambo gelak je tengok Nyek. Dah puas tengok Nyek makan, garu-garu dan cari kutu kat badan die sendiri, ambo pun sambung perjalanan balik ke rumah.
Kini..
Yang ambo tengok adik-adik zaman sekarang. Habis je waktu sekolah, semua pakat serbu kat gerai-gerai tepi jalan. Beli keropok, beli cekedis, beli air anggur, beli goreng pisang, beli lokceng, beli nugget dan lain-lain. Bila gerombolan kanak-kanak sekolah ni balik, bunyi bising betul. Al-maklumlah, semua kebanyakannya beg beroda. Kalau dulu, nak tengok beg beroda ni kat airport je. Wah mewahnya mereka..
Sampai rumah, baling beg kat ruang tamu, berlari-lari masuk dapur, bukak peti sejuk, togok air macam sebulan tak pernah jumpa air. Glup, glup.. Bukak saji, tengok lauk-pauk, apa kata mereka: "Ala..lauk ikan je ke? Tak selera la nak makan gini.. Umi, nak duit, nak gi beli nasi lauk ayam kat kantin." Kata adikku yg bersedia nak ke kelas petang Fardhu Ain pula..
-WAKTU PETANG-
Dulu..
bestnyer main congkak-rumah hangus's style.. |
Masa waktu sekolah pagi lagi, dah janji ngan kawan-kawan nak main bersama petangnya. Main ramai-ramai halaman rumah. Kadang-kadang main ting-ting. Kadang tue, main polis sentri. Main tali getah. Main tudung botol. Main batu seremban. Main congkak tanah (korek tanah buat lubang congkak). Main biji getah. Main baling selipar. Main sembunyi-sembunyi. Main layang-layang kertas.
Kadang-kadang ikut Tok Mek (nenek) ke kebun sayur di seberang sungai. Naik rakit galah. Duk sila atas rakit, sambil tangan seluk dalam air. Seluar baju habis basah langsung tak kisah. Sampai di kebun, Tok Mek bagi tin susu yg dah ditebuk lubang kat dasar tin. Cedok air dari tepi sungai, lari naik ke batas untuk jirus tanaman. Ada lada, petola, jagung, bayam, kacang panjang, kacang buncis, serai, tebu dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu, jumpa tahi gajah liar yg sesat masuk kebun orang. Nak tahu liar ke tak, biasanya tahinya warna hitam kekuningan. Haha..betul nih, tak tipu. Dah penat berkebun, minta kebenaran dgn Tok Mek nak mandi kat sungai. Kecebur!! Masuk dalam air. Berani-berani takut, ambo ke tengah sungai, ke pulau kecik. Kat situ ada banyak etok (bentuk macam kepah, tapi kulitnya warna hitam, kutip banyak2 wat masak lemak cili padi sodap tue...) Adik-adik yg kecik, mandi kat tepi je. Bila lapar, keluar dari sungai makan bekalan yg dah dibawa. Bihun goreng lauk ikan bilis dan sayur sawi. Makan ala-ala picnic.
Sampai rumah, dah nak dekat maghrib, masuk mandi bersih diri. Bersiap untuk solat dan mengaji Quran. Tok guru ngaji adalah Tok Mek jugak. Ramai yang datang ngaji di rumah. Abah kerja jauh waktu tu, seminggu atau dua minggu sekali baru balik. Umi pulak sibuk menyiapkan urusan rumah tangga dan jahit baju yang orang tempah. Kadang-kadang umi ambil juga upah menyulam, mengait dll.
Dah siap solat Isyak semua, buat kerja sekolah sampai habis. Gosok baju sekolah. Kapur kasut. Nak tengok TV pun kejap je boleh, waktu tu popular cerita Golden Roses. Pastu, apalagi..jam 10mlm dah light out. Sambil nak tunggu mata terpejam masa dalam kelambu tu, biasanya ambo guna masa tu untuk menghafal sifir. Kalau tak ingat sifir, nanti esok cikgu marah. Kena rotan depan kelas. Malu..tak mahu kena rotan.
Kini...
erk, ana tada paham ini game's style..hoho |
Ambo tengok adiik-adik kita sekarang. Balik dari sekolah dah jam 4 atau 5 petang. Lepas solat, dengan baju sekolah masih tak tukar, terus menghadap laptop. Yang tak dapat laptop, pasang TV tengok cerita drama Indon atau Cina. Nasib baik tak pasang Astro, kalau tak, entah apa la jadi. Lepas dah berbuih mulut umi membebel, barulah bergerak ke bilik air, berebut nak mandi.
Pukul 6petang, kalau boring main games di laptop atau telefon, barulah keluar dari rumah. Ambil batang raket dan bulu tangkis, lalu main badminton. Kalau boring lagi, start motor round ke situ-sini dalam kampung. Tak pun, bergerak ke CC, lepak di sana.
Kadang-kadang, jam 7malam pun batang hidung tak nampak lagi. Dah nak rapat dgn Isyak, baru balik mandi dan solat Maghrib. Lepas Isyak, buka laptop lagi. Tengok movies yang dah download atau copy dengan kawan-kawan. Berebut pulak nak tengok FB masing-masing. Kerja sekolah entah ke mana. Baju sekolah esok pagi, baru kalut nak gosok dan lain-lain.
-SECRET ADMIRER-
Dulu...
Biasa la benda gini. Budak laki zaman dulu, kalau lagi die minat atau suka dengan budak pompuan, bukan lagi romantik tapi mesti die lagi suka mengusik atau buat jahat.
-Kadang-kadang, seluk tangan dalam laci meja nak ambil buku, tiba-tiba rasa tersentuh benda lembik. Argh..!!! Rupa-rupanya die letak cacing tanah. Kadang-kadang belalang mati.
-Kadang-kadang diconteng gelaran yg buruk-buruk di meja tulis ataupun kerusi.
-Ada lagi jahat, bila die tengok kita nak duduk, ditariknya kerusi dari belakang. Gedebuk! Jatuh. Sakit bukan main. Tapi, die pakat gelak dengan kawan-kawan die.
-Ada yg teramat nakal, bawak penajam pensel yg belakangnya ada cermin kecil tu, dia letak bawah kerusi budak pompuan, kononnya nak mengintai, padahal bukannya nampak apa pun, dah nama pun org duduk atas kerusi. Sudut pantulan pun salah, mana la nampak.
-Lagi jahat, bila die tahu kita lapor kat cikgu die suka buat nakal dalam kelas..selepas je cikgu keluar, dia datang dekat kita, bagi sebiji penyepak kat kita. Kadang-kadang kena penampar tawar. Adus..jahat betul.
-Bila sakit hati sangat kena buat macam tu, tak mampu lawan dah dengan mulut, masuk tandas menangis la puas-puas. haha..kelakar betul.
-Tapi, bila dah hujung tahun masa Darjah 6, masa pakat tulis kata-kata perpisahan di buku biografi masing-masing, pasti ada catatan-catatan istimewa dari si nakal, Kononnya nak romantik, tapi salah eja dan tatabahasa pulak..haha..
main tulis surat layang jer masa tue.. |
Kalau budak perempuan minat kat budak laki pulak, lain ceritanya. MALU tu perkara paling asas. Nak bergosip sesama kawan pompuan tentang budak lelaki yg diminati cukup sukar. Rahsia terbesar jiwa tue..haha.. kononnya aku tak minat die tu..aku tak minat die nih.. tup, tup, bila terbocor rahsia, mula la bermasam muka, tak mahu makan ABC bersama-sama petang tu. esok baik kembali punyer..haha..
-Kadang tue, budak laki yg diminati duk sekampung je, rumah pulak dekat2.. Bila dengar bunyi enjin motor cabuk dia nak lalu depan rumah, cepat-cepat cari lubang kat dinding, nak mengintai.
-Kadang tu, bila emak menyuruh hantar lauk pauk ke rumahnya atas dasar jiran tetangga, mula la hati dup, dap, dup, dap sebab berdebar jumpa direct dengan yg diminati.. sampai rumahnya, bagi salam, kontrol ayu, hulur lauk, pusing nak balik jalan slow-slow. dah jauh sikit dari rumahnya, berlari-lari pulang sebab excited, gubra dan malu bercampur-aduk habis..haha
-Ada jugak budak pompuan yg style, sanggup tunjuk rajin buat kerja sekolah dekat beranda rumah waktu tengah hari panas ceng-ceng, semata-mata nak tunggu tengok buah hati lalu depan rumah. Haha..
-Ada jugak style yg bila hujung minggu je, mesti rajin nak sapu sampah depan rumah, semata-mata nak ditegur org yg diminati. bila ditegur walaupun sebaris ayat "hai, rajinnya die..", mula la merah pipi, malu.. pastu masuk bilik air, basuh muka yg malu panas-merah.. haha..
-Ada jugak style sanggup disuruh berkali-kali buang sampah, semata-mata biar boleh terserempak dan kerling budak laki yg diminatinya.
-Ada jugak yg style advance, sanggup hantar surat layang kat budak yg die minat. Tahu-tahu, pagi esok dah kecoh dalam kelas, si lelaki dapat surat tak bernama pengirim. Budak-budak pompuan yg minat org yg sama, mula buat pakatan utk menyiasat si pengirim surat. Tapi, sampai ke sudah tak tahu siapa orangnya. Al-maklumlah, takkan nak ngaku bila budak2 pompuan yg jeles tu dah naik hantu semuanya..haha..takut kena ganyang agaknya.
**Semuanya masih ada sifat-sifat ketimuran waktu zaman itu..**
Kini...
guna sms jer.huh, tak romantik! |
Wuish, zaman sekarang, berbeza sungguh situasinya. Istilah MALU bagaikan dah pupus. Sifat MALU seolah-olah hanya boleh ditemui Muzium Negara saja. Kalau dah berkenan, terus mintak kontek nombor. Malamnya, sibuk reply mesej si anu, si fulan, si mamat dan ramai lagi. Yg mana menyangkut, esok janji ke pekan bersama. Kononnya nak shopping barang-barang sekolah bersama-sama. Bila dah sampai pekan, tempat kedua selepas mall dan kedai makan adalah CC. Maklumlah..nak sambung chatting yg tak habis lagi pada malam tadi.
Mengorat situ, mengorat sini. Yang laki bila mengorat pompuan, Brad Pitt punyer style, miang sungguh. Yang pompuan mengurat laki pulak, kalah Angelina Jolie..Haha..
Tak cukup berkepit sorang, nak cari spare part. Laki tak kalah. Pompuan pun tak kalah.
Kalau dulu, terpandang mata yg diminati pun, terus tunduk MALU.
Kini takde dah budaya MALU tu, bila bertentang mata, siap boleh kenyit mata lagi. Sengih bukan main lagi nmpk gigi, excited sungguh,..tak lama lepas tu, dah boleh tonggek motor sesama dah. peluk itu, peluk ini. Ish..apa nak jadi la dunia zaman sekarang ni..
Ambo kata: Dunia semakin kiamat. Apakah kita masih mahu menunggu tanda besar kiamat muncul dulu barulah kita nak bertaubat? Waktu itu, pintu taubat sudah tertutup.
Comments
Post a Comment