Bukanlah kata-kata ku itu,melarang untuk kau mempunyai rasa ‘cinta’.Bahkan,Allah telah mencipta dirimu dengan penuh rasa cinta dan mengurniakan rasa ‘cinta’ ke dalam hati mu.Tidak perlu engkau membuang perasaan ‘cinta’ itu,kerana ia adalah anugerah Allah untukmu.Tapi, perlulah kau kawal gelora cinta di hatimu agar tidak menimbulkan fitnah suatu hari kelak.Peganglah sabda Baginda,yang bermaksud :
“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya, Hingga kematian datang menjemputnya , Maka dia adalah seorang yang syahid.”
(Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami,dan lain-lain)
Menurutmu,mengapa Rasulullah saw,bersabda seperti itu?
Sahabatku,cinta itu fitrah,bukan fitnah.Justeru itu,kerana mahu memelihara kesucian cintamu itu,Baginda menyarankan agar kau menyembunyikannya.Dikhuatiri apabila,kau menyatakan perasaan ‘cinta’ itu,kan timbul pelbagai fitnah dan umpat keji dari orang lain. Fitnah bagaimana yang akan timbul?Orang lain akan menyebarkan cerita palsu atau gossip panas antara kau dan ‘si dia’.Adakah kau bangga diperlakukan seperti itu?
Sahabatku,ingatlah jika dia adalah jodohmu,sejauh manapun jarak memisahkan dirimu dan dia,suatu hari nanti Allah akan tetap menemukan kalian,samada di dunia atau di akhirat.Justeru sahabatku,peganglah janji Allah,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
~dipetik dari facebook seorang sahabat ambo~
Comments
Post a Comment