hurm..agak berat mahu menulis tajuk ini sebenarnya..
Apa yg ambo cuba nk highlight pada isu kali ini adalah tentang:-
"Kerenah birokrasi yg menyebabkan orang susah terasa seperti pengemis".
Sebagaimana pembaca semua tahu, ambo baru saja kehilangan abah pada Mac yg lalu. Jadi, secara tak langsung, famili ambo kini mengalami sedikit masalah dari sudut kewangan. Ambo adalah anak yg sulung. Adik-adik selepas ambo ada lima orang lagi.. Semuanya bersekolah lagi. Tiga sekolah menengah. Dua sekolah rendah. Ummi ambo asalnya ambil upah menjahit waktu abah masih ada dulu sebagai menampung perbelanjaan keluarga. Skang, ummi bertukar profesion dengan melibatkan diri dalam perniagaan MLM, HR Group. Sebabnya, pendapatan menjahit adalah pendapatan bermusim. Waktu musim raya dan cuti, banyak la sikit tempahan menjahit, kalau tak, kering je la.. Tapi, pendapatan melalui MLM boleh la cukup-cukup makan untuk menanggung perbelanjaan di rumah saja. Untuk adik-adik boleh la..
Ambo sebagai anak sulung, terpaksalah membebaskan diri daripada menjadi beban kepada ummi. Kesian ummi, letih membanting tulang seorang diri. Sayang ummi ambo nih..Huhu~~
Kini, ambo sedang di tahun akhir pengajian di sebuah IPT di utara semenanjung Malaysia. Pelbagai tugasan akademik seperti quiz, test, assignment, mini project dan yg paling kritikal Final Year Project (yg akan mencorakkan keputusan akademik ambo dalam sijil ijazah ambo nanti..), betul-betul menuntut seluruh jiwa dan raga ambo untuk fokus dalam akademik. Maka, tak sempat lagi dah ambo nak cari duit poket sendiri macam apa yg pernah ambo buat masa awal-awal masuk ke IPT.
Kalau dulu, waktu tahun 1, 2 dan 3. Macam-macam yg ambo buat untuk tampung perbelanjaan sendiri. Pernah jadi ejen jual top-up, pernah kerja sambilan di kedai makan waktu cuti semester, jual ais-krim atau jajan waktu cuti semester, jual nasi lemak (jual dari bilik ke bilik), jual kerepek dan keropok, ambil upah menjahit (jahit sembat tue..), ambil upah taip dokumen di pejabat dan pernah juga mengajar tuisyen untuk kanak-kanak sekolah rendah. Kadang-kadang, ambo tolong buat kerja sukarela dengan NGO tertentu, ada la jugak mereka hulur-hulur sikit. Pelik jugak kan? PTPTN yang dapat masih tak cukup ke? Memang tak cukup. Sebab dengan PTPTN yg dpt tu, setiap kali awal musim persekolahan ambo kena juga hulur sumbangan ke rumah. Tak kisah la. Kalau bukan ambo yang nak tolong famili, sapa lagi?
Kini, kekangan waktu cukup mencengkam, tak sempat langsung ambo nak fikir atau buat kerja part-time kerana TAHUN AKHIR PENGAJIAN menuntut ambo utk tumpu sepenuhnya pada pelajaran. Sikit demi sikit, pinjaman yg diberi oleh PTPTN semakin susut. Bukan kerana ambo berbelanja besar atau mewah. Tapi, kerana cengkaman ekonomi negara yg cukup zalim kini. Jika benar ambo berbelanja mewah, semester ini, baru dua kali ambo beli sabun basuh baju . Sabun mandi juga baru dua kali. Kertas A4 utk tujuan pengajian, juga baru dua kali. Telefon baru tak dibeli (beli waktu tahun 3 dulu pun sebab fon lama dah rosak, dan harganya hanya RM88-CSL). Kini telefon tu dah rosak, nasib baik kawan kasi pinjam. Buku-buku pengajian tak beli, fotostat sahaja (kan murah..). Perbelanjaan yg ada, mmg betul-betul untuk makan minum, study purpose, dan kadang-kadang pinjam motor kawan kena la bubuh minyak kan..
Segalanya bercatu..
Oleh kerana, IPT ambo ada menawarkan Tabung Zakat dan Tabung Khas untuk pelajar-pelajarnya, maka ambo dan beberapa kawan-kawan seangkatan pun ingin mencuba nasib. Asalnya, tak mahu isi kerana rasa malu nk meminta-minta. Setelah dipujuk kawan-kawan, ambo pun isilah juga. Borang pun diisi.. Setelah diisi, kena pula dapatkan pengesahan itu dan ini dari kampung. Setelah itu, ke sana dan ke sini mencari Dekan Pusat Pengajian untuk dapatkan cop pengesahan. Belum habis lagi.. Kena pula cari dan sediakan dokumen itu dan ini. Semua itu dibuat dalam keadaan masa yg cukup tersepit dengan agenda pengajian yg tak sudah-sudah. Dalam tak sedar, deadline utk hantar borang sudah tiba. Rupa-rupanya, masih ada ruang-ruang dalam borang yg belum lengkap diisi. Ada ruangan yg melibatkan Dekan Pengajian belum sempat diisi kerana beliau out-station ditempat lain. Timbalan Dekan juga tak sempat dicari kerana kekangan waktu dan jarak yg menghambat.
Lalu, ambo dan kawan-kawan membuat anggapan, bahawa Dekan Hal Ehwal Pelajar tentu memahami masalah kami. Setelah habis kelas sesi pagi pada pukul 12,kami bertolak balik ke kolej kediaman utk kemaskini dokumen yg dikehendaki. Tunggu sampai pukul 2ptg, barulah kami bertolak ke HEP, membawa borang yg belum lengkap diisi dengan harapan ada seseorang yg dapat membantu. Untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, jarak antara HEP dan Pusat Pengajian kami lebih kurang 60km. Kalau naik bas, mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai. Bukan dekat do...... Dah la tu, pukul 3ptg kami ada lagi kelas sesi petang. Kena bertolak balik ke pusat pengajian dengan naik bas pukul 2.30ptg. BAYANGKAN! Kami hanya ada masa untuk proses semua tu dalam masa setengah jam je. Itupun, setelah 1jam perjalanan pergi dan balik, serta 1/2jam penantian menunggu bas dibawah terik mentari yg membakar pigmen kulit.
Sampai di kauter HEP tepat pukul 2.14 petang, ambo dan kawan-kawan memberi salam..'Assalamualaikum..' tak ada orang pun kat kaunter tue.. Setelah 2,3 kali salam diberi..
Datang seorang staf wanita dengan wajah yg tidak bermaya, tanpa menjawab salam kami, lalu bertanya, 'Hurm?' ...erk! macam boring je tengok muka kami..kata ambo dalam hati..
'Kak, kami datang nak hantar borang utk Tabung Amanah Khas. Tapi, ada beberapa ruangan yg Dekan Pengajian kena isi, belum lengkap sebab tak sempat jumpa dia. Jadi, mungkin boleh tak kalau kami nak dapatkan pengesahan dari Dekan HEP saja?'
Jawab kakak tersebut, 'Tak boleh.. Dekan Pengajian tak sama dgn Dekan HEP. Macam mana pun, kamu kena dapatkan juga pengesahan dari Dekan kamu.'
'Kami faham tu kak, tapi kak, kami tak sempat jumpa dia. Dekan dah out-station ke KL. Kami cuba cari dia dari semalam lagi, tapi tak bernasib baik.'
'Tak boleh. Borang tak lengkap kami takkan proses. Kamu kena dapatkan pengesahan dari dia jugak.'
'Tapi, bukan ke tarikh tutup hantar borang adalah hari ni? Tak sempat la kami nak cari dekan.. Lagipun kejap lagi kami ada kelas, waktu ni je yg free nk urus permohonan ni.'
'Tak boleh nak buat apa la kalau macam tu..'. Itulah jawapan dari seorang staf HEP.
Dengan perasaan yg remuk redam, kami menjauh dari kaunter HEP mengutip sisa-sisa harapan yg hancur berderai.
Cukup MENGECEWAKAN. Terasa dilayan seperti seorang PENGEMIS yg tiada maruah!
Kami dihina di bumi sendiri, itulah yang ada di pemikiran ambo tika itu.
Teringat waktu zaman dulu-dulu..Waktu zaman Saidina Umar Abdul Aziz menjadi khalifah, beliau sendiri yg merayau-rayau mencari rakyatnya yang susah untuk dibantu. Beliau sendiri yang mengangkut guni gandum di pundaknya untuk memberi bantuan kepada rakyatnya yg susah. Beliau cukup gentar jika amanahnya tidak dilaksanakan dengan sebaiknya. Takut dengan murka Allah di akhirat kelak. Teringat juga waktu zaman sekolah dulu, cikgu-cikgu akan bertanya dalam kelas, siapakah anak yatim, lalu dicatat nama untuk dipertimbangkan sumbangan. Teringat juga, waktu di negeri sendiri (Kelantan), penghulu-penghulu kampung memujuk keluarga yg susah untuk datang mengambil sumbangan dari Kerajaan Negeri.
Kini? Di sebuah IPT yg sepatutnya menjadi tempat pengumpulan para intelektual, tempat org2 sepatutnya blh berfikir secara lebih bijak dan rasional, semua itu tidak wujud lagi.. Apa yg terjadi cukup memualkan. Penindasan dan kezaliman yg biasanya ambo dengar hanya berlaku di dunia luar kini telah menyerap masuk ke bumi intelek jugak. Nampaknya, hadis Nabi tentang 'tangan yg di atas lebih baik dari tangan yg di bawah', begitu pahit untuk manusia zaman kini menelannya.
Perasaan ambo pada waktu itu; 'Aku ni sudahlah susah, kena pulak susah-payah isi borang untuk mintak sumbangan yg memang diorang sedia untuk orang-orang susah. Bila dah berhari-hari susah-payah cari jalan nak cari timing untuk jumpa staf HEP untuk serah borang, dalam masa kurang dari 5 minit, aku dan kawan2 aku dah dihancurkan segala harapan. HAMPA! Memang betul2 rasa macam pengemis waktu tu. SADIS! Rasa macam diperbodohkan je. BODOH!' Tak ada ayat lain yang ambo dapat tulis di sini untuk menggambarkan perasaan ambo waktu tu melainkan perkataan "PENGEMIS YANG HINA LAGI BODOH!"
Memang kasar ayat tue, ambo tahu. Tapi, tu la hakikatnya.
Sejak kecil, ambo diajar oleh abah dan ummi, walau sesusah manapun kita jangan meminta kepada orang. Sabar dan berusaha untuk cari jalan untuk selesaikan masalah dengan kudrat sendiri. Meminta hanya jalan terakhir. Sebab tu lah, bile kejadian ni berlaku, sudahlah prinsip hidup ambo tercalar, maruah ambo juga tercalar. Ambo bukan kisah sangat pun tak dapat duit tue. Langsung tak kisah satu zarah pun. Duit tak ada ambo boleh cari sendiri. Apa yang amat pilu dan sadis adalah kemana hilangnya keadilan dan amanah? Kenapa maruah orang-orang susah tidak terbela seperti mana zaman pemerintahan Islam dulu? Kenapa seteruk ini berlaku kezaliman? Kenapa? kenapa dan kenapa?
Sedar atau tidak, pembaca sekalian.. Inilah bahana kerenah birokrasi. Hanya kerana sejumlah wang yang mungkin menampung perbelanjaan sebulan dua, pelbagai jenis prosedur perlu dipatuhi. Perumpamaannya, lulus pegawai A; pegawai B, pegawai C dan pegawai D masih belum tentu akan meluluskan permohonan kita. Cukup rumit dan berliku-liku. Bila dah lulus, belum tentu jumlah sebenar permohonan yg diluluskan di peringkat paling atas akan sampai di tangan peminta dalam jumlah yang sebenar. Berlaku kebocoran dan ketirisan di beberapa tingkat. Semua ini berlaku apabila etika kerja yg digariskan dalam Islam tidak diikut. Islam ditolak ketepi. Contoh etika terbaik, Nabi Muhammad ditolak ke tepi. Murka Allah langsung tak diambil kisah. Diorang ingat ni iklan "Aiman tak kisah...." ke?
Persoalannya lagi. Katakan peruntukan yg diberi adalah merangkumi 100 orang pelajar susah. Tapi, permohonan yang diluluskan tak lebih 50%, jadi kemana hilangnya duit tersebut? ambo bukan nak tuduh, ada pihak yang makan duit tersebut. Tapi, bukankah sudah berlaku ketidakadilan di situ kerana duit tidak diagihkan dengan adil dan tepat? Atau, HEP sebenarnya percaya pelajar IPT-nya hidup senang belaka. Jadi, usah ambil kisah sangat tentang pelajar. HEY!!! Jangan begitu kawan...nanti di akhirat ALLAH akan persoal tahu!!!!! Kalau tak mampu nak buat pembahagian secara adil dan amanah, usah umumkan pada khalayak yg kita ni ada TABUNG AMANAH konon! Nanti, apa yg kita buat, makan balik diri kita, tahu!
Ingatlah sahabat2 sekalian:
Surah as-Saff ayat 2-3: "Wahai orang-orang yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg kamu tidak kerjakan."
ambo kata: Bilakah pemerintahan Islam yang adil dan suci akan kembali dinikmati? Bila zaman itu datang, bersediakah pula ambo dengan kiamat? allahuakbar!!!!
Comments
Post a Comment