arakian ceritanya begini..
pernah ambo join satu program motivasi..
motivatornya adalah seorang wanita.. sungguh hebat motivasi kali itu. itulah motivasi yg pertama kalinya benar2 menjentik hati dalam ambo..
Antara isi-isi penting yg ambo nak kongsi bersama pembaca budiman sekalian:-
1. Sebaik-baik motivasi adalah solat sunat tahajud kerana waktu itu sungguh tenang dan damai sekali. Tak percaya, cubalah hayati maksud doa sunat tahajud. Pasti kita merintih syahdu.
2. Bahasa itu bukan untuk difahami tapi untuk dirasai-Shahnon Ahmad.
Contoh: Engkau ni bengong!
--> apa perasaan kita?
3. Manusia itu punya hati yg amat halus sekali. Ia perlu disentuh dengan belaian yg halus jua. Namun, kita hanya mampu menyentuh kerana hati-hati itu berada dalam genggaman Allah s.w.t. Dialah yg akan mekarkan atau kuncupkan hati-hati itu.
4. Setelah sudah letih dicerca dan dihina dalam berdakwah tentang agama-Nya, janganlah sedih dan kecewa kerana Allah masih bersama membelai dan mengusap kita yg kelelahan.
5. Apapun yg kita buat mesti ikut teori DUIT:
D-doa
U-usaha
I- istiqamah
T-tawakkal
"Doa itu senjata orang mukmin"
6. Bila rasa lemah, ingatlah Allah dan Rasul.
7. Kasihnya Rasul pada umatnya AGUNG sekali. Islam yg diperjuangkan Rasulullah s.a.w bukan untuk umatnya pada zaman tersebut sahaja, tapi untuk bekalan kita hingga kini. Masa zaman Nabi-nabi terdahulu, Islam xde pon..Zaman Nabi Muhammad je ada..
Berdarah luka demi Islam untuk umatnya.
Berlapar dahaga demi Islam untuk umatnya!
Letih lelah demi Islam untuk umatnya!
Berjuang dan berjuang demi umatnya!
Bayangkan kalau Nabi kata cmni: 'lantak la apa nk jadi ngan umat kemudian, yg penting umat pada zaman aku ni setel' BAYANGKAN!! tentu kita entah di mana-mana skang ni..
Tapi, Rasul bukan manusia sebegitu. Hingga pada detik-detik pemergian baginda dari dunia ini, bukan sanak saudara yg diingat, isteri yg 13 orang lagsung tak ingat, anak cucu langsung bukan prioriti, bukan jua sahabat2 yg dikasihi baginda sebaliknya,
UMMATI,UMMATI,UMMATI!!!
UMATKU,UMATKU,UMATKU!!!
Allahu rabbi, AGUNGnya kasih Nabi buat kita.. Kita bagaimana???? satu persatu buang Islam dari hidup kita.. Pakaian, percakapan, pergaulan, budaya hidup, akademik, pekerjaan, keluarga, ekonomi, perundangan, psikologi, politik dan lain-lain lagi; bukan lagi Islamik style. Semua HANCUSS!!
Kalau Rasulullah bertandang ke zaman kita ketika ini, tentu remuk redam hatinya.
Sampai hati kita buat Rasulullah begini..
Tiada makna kah apa yg Rasulullah buat untuk kita ini?
Hancur habis usaha baginda..Allahu Rabbi
Malulah dgn Rasulullah..
Atau kita mmg langsung tak mau mendapat syafaat baginda di akhirat kelak? Dah hebat sngat dah? Dah kompem masuk syurga ke..
Allahurabbi..
Sabda Nabi s.a.w:
Ada segolongan umatku yg amat kukasihi... Sahabat jeles dan bertanya: Siapa wahai Rasulullah?
Sabda:- Umatku di akhir zaman yg mana mereka tak pernah melihatku tapi amat merinduiku..
Persoalannya: Adakah kita termasuk yg Rasulullah kasihi.. Kalau ye, alhmdulillah.. kalau tak, rugi besarlah kita ini..malu mahu mengadap Rasul kelak.. Allahu Rabbi..
ambo kata: kasih sayang Rasulullah lagi hebat dan agung dari kasihnya ibu pada anak2..
Comments
Post a Comment