Skip to main content

Pengalaman terkena denagn Swindler Top Up Phone Reload


Semester lalu, ambo pernah jual top up. Ambo baru je start jual top up autoreload pada 21hb Julai 2010 dengan sebuah syarikat yg ambo jumpa melalui internet..tgh hari tu ambo gi bank in duit kat Maybank dan Bank Islam rm200.. alhamdulillah agak laku..tapi, ada bnda sedih telah menimpa ambo.. amat sedih..
selepas 2orang(Wana dan Zaleha) membeli top up ngan ambo, maka bermulalah cerita MISTERI malam itu..

~21/7/2010~
1.15pg:
ada satu nombor yg tak dikenali yg mengaku nama sebagai Anis minta agar nombornya (1st no: 019-9204145) di'top up' sebanyak rm10..
Ambo tanya:"sapa awk ni Anis?"
Dia jawab:"kawan Ida.."
Ambo tnya lagi: "kawan Ida yang geng Hanim ke?"
Dia jawab:"ye..".
Ambo terlalu cuai..Oleh kerana ambo percaya bahwa dia mmg kawan kepada Hanim, maka ambo pun top up pada nombor die.. maka, di situ cerita misteri semakin berPUAKA..

1.23pg:
Anis meminta lagi top up ke nombor (2nd no: 019-9624611) sebanyak rm30.. ambo masih percaya pada dia..bodohnya ambo ni..
rupanya, MISTERI ini masih berlangsung..

~22/7/2010~
12.31tgh hr:
Anis minta lagi top up ke nombor beliau, rm30 lagi.. ambo dah mula hairan krna cepat benar dia guna top up. Tp, ambo pikir mungkin die duk bergayut ngn pakwe, sbb tu cepat habis top up..
Dengan sangkaan bhwa dia akan bayar duit tu ptg nnti melalui Hanim atau dtg sendiri bayar pd ambo kat umah ptg nnti, maka ambo pun top up ke nombor beliau..

7.53ptg:
Anis minta lagi top up ke nombor (3rd no: 014-8495365) sebanyak rm30.. ambo masih percaya pada dia walaupun hati ambo mula pelik dengan cara mesej beliau yg bunyinya agak mendesak!
tp, ambo masih percaya bahwa dia akn bayar selepas habis kelas ptg nnti..
MISTERI masih bersenandung..

10.13mlm:
Anis minta lagi top up ke 1st no., sebanyak rm10. Kali ini, dia minta supaya ambo hntr pin nombor pula. Ambo mula hairan, tapi ambo anggap dia juga sebenarnya berniaga top up dgn kawan2 dia dan beli melalui ambo.. Jadi, ambo pun bagi nombor pin top up lagi pada beliau..

~23/7/2010~
12:06tgh hr:
Anis minta lagi top up rm30 ke 1st no. Paginya, sewaktu ambo sibuk dengan kelas, bertalu-talu Anis mesej ambo meminta top-up tapi ambo tak sempat melayan. Ambo mula runsing kerana dia sudah berhutang dengan ambo rm14o dan belum membayarnya satu sen pun lagi. Ambo mula tnya di mana rumah dia, sebab senang nnti ambo nk pegi kutip hutang dia tu. Tapi, dia tak peduli dgn soalan ambo sebaliknya masih minta top –up.

12.35tgh hr:
Anis masih minta top up!! Agak SCARY kan? Tapi akaun top-up ambo dah habis, tinggal rm4 je..dah la Anis tak bayar lagi rm140 tu, mcm mana ambo nk bagi top-up yg seterusnya pada die?

2.00ptg:
Anis masih meminta top-up rm10 atau rm30 ke nombor beliau dgn gaya mesej yg bunyinya amat menDESAK!! Ambo mula geram krn dia seolah-olah langsung tak nak paham yg ambo dah kehabisan top-up.. tapi ambo masih sabar melayan kerenah beliau, sebab takut pelanggan lari.. baiknya ambo..MISTERI betul..

5.00ptg:
Anis masih hantar mesej minta top-up. Mesej yg menDESAK!! Cukup menggangu jiwa ambo! Ambo jelaskan pada dia, ambo perlu pegi ke bank utk tambah akaun top-up. Tapi, dia minta jugak ambo carikan kat mana-mana kedai samada rm10 dan rm30 dan hntr no pin tu kat die.
Ambo dah mula HOT!! Budak ni memang MELAMPAU!
Dah la hutang melambak, boleh lagi tak malu minta ambo cari top-up untuk die kat kedai pulak.. Pegi la carik sendiri kat kedai kan? Dah patah kaki sangat ke nak gi kedai? Geram sangat.. (waktu ni ambo masih assume dia budak kampus yg duk kat kolej kediaman sama dgn ambo.)

6.00ptg:
Anis masih minta jugak ambo cari top-up. Katanya, dia nak ambo cari sebelum pukul 7mlm. Ambo bgtau roommate ambo masalah budak ni. Roommate ambo kata jgn ikut kata si Anis tu. Suruh dia bayar dulu, baru boleh dapat top-up.
Jadi, ambo tnya lagi no rumah dia sebab ambo nak gi sendiri umah die nk amik duit yg die hutang dgn ambo. Tapi, dia lgsung tak layan soklan ambo tu, sebaliknya hnya nk ambo cepat2 carik top-up utk die. Ambo mula syak yg die ni mgkin kwn2 ambo yg saja nk wat April Fool ataupun dia mmg SWINDLER YG JAHAT DAN KEJAM!!

6.30ptg:
Ambo try call die, lansung tak angkat dan masuk voice message. Selepas bincang dgn roommate ambo ttg si Anis nih, kami mula rancang utk pasang perangkap utk tahu siapa si Anis ni sebenarnya. Ambo mula yakin dia bukan Anis, sebaliknya org yg cuba nk tipu ambo. MISTERI kan? Walaupun berdebar, tapi rasa cukup EXCITED utk jadi Detective Conan (heheh, biasanya baca je komik Conan tu, tp kali ini giliran ambo pulak utk jadi Conan).

6.45ptg:
Ambo gi kedai, cari top-up kad Celcom rm10 sebagai umpan pd Anis. Takut jugak sebenarnya, kot2 la memang Anis betul ke.. Pd masa yg sama, rummate ambo, Sima olok2 tersalah hntr mesej ke no Anis dgn menggunakan fon Sima sendiri.
Sima: Hi there, awak ada miscall saya ke tadi?
Anis: Bila?
Sima: Pg td.. Awak Wan kan?
Anis: Yup.
(haha, rahsia dia hampir terbongkar! Dengan ambo, dia mengaku nama Anis. Dgn Sima, dia mengaku nama Wan! So, sape sebenarnya dia ni?? MISTERI semakin menarik)

7.00ptg:
Ambo hntr msj kat die yg top-up dah ada dan suruh die dtg sendiri amik kat umah. Nak tahu? Sampai pukul 7.30mlm, die tetap tak datang. (mcm mana nk datang, die bukan Anis pun, entah2 lelaki..)
Pd masa yg sama, Sima hntr mesej kat Anis tu..
Sima:Wan, do u remember our meeting tomorrow?
Anis: Ye, top up ada..
(haha, die tak paham bahasa Inggeris rupanya..kami agak die bukan student nih..mmg SAH die ni SWINDLER!!)

7.45mlm:
Ambo berlakon masih layan mesej die yg masih minta top-up dari ambo. Ambo pakat dgn Sima utk perangkap dia lepas solat Maghrib.

8.00mlm:
Lepas solat, kami pakat untuk bawa bnda ni pada POLIS. Tapi, kami kene sediakan bukti yg KUKUH!
Ambo kata pada Anis, kalau nak juga top-up, ambo ada sorang kawan yg jual top-up. (padahal, no tu adalah no fon ke-2 Sima)
Nak tahu? Anis percaya dgn ambo! Dia pun mesej pada no ke-2 Sima, minta top-up.
Anis: Top-up rm10 celcom ada x?
Sima: Semua ada..maxis, celcom, digi..tapi, awak sapa dan umah kat mana? Nak bayar bile?
Anis: Hantar no pin celcom rm10 blh tak? Penting sangat ni.
Sima: Boleh tapi bayar dulu! Dats my rule! No money no top-up!
Anis: Boleh la..nnti mlm saya bayar..tlg ye..
Sima: --x reply mesej die--
(lepas tu, die tak hntr dah mesej kat no sima dan mesej ambo pula desak ambo supaya bgtau Sima agar top-up nombor beliau..haha, kelakar betul penipu tu, Sima bkn jual top up pun. Dia nak menipu akhirnya tertipu juga)

8.30mlm:
Sima try call 3rd no dgn mgunakan fon die. Nak tahu? Ada suara lelaki yg jawab, dan namanya FIRDAUS!!! Loghat Kelantan pulak tu..Ish, wat malu negeri je!
Ambo dan Sima mtk tlg kwn sekuliah utk pegi balai polis lepas Isyak nanti. Geram betul dgn perangai manusia tu! Jenayah yg die buat mmg tak boleh dilepaskan!
Walaupun mungkin bg sesetengah org, nilai rm140 tu sedikit sahaja, tapi bygkan kalau dia dah menipu 10orang, sdh rm1400 yg dia dapat. Itu, baru dalam masa 2hari.. kalau dah sebulan die buat kerja tu, setahun, 2tahun, bertahun2.. Buat bersama2 dalam satu geng pulak, satu SINDIKET pulak.. BAYANGKAN!!

9.15mlm:
Kami menuju ke balai polis utk membuat laporan. Agak lama di situ krn ramai yg mmbuat aduan. Nak tahu? Dia masih kontek ambo minta top-up, mmg PSIKO!
Di balai polis pula, polis pulak dah buat hal.. Diorang boleh gelak dgr aduan ambo! Geram betul! Siap kene marah lagi dkt sorang pegawai tu. Dia marah sebab kecuaian ambo yg terus-menerus bagi top-up pd org yg tak dikenali sehingga kerugian rm140. Ei, polis ni…mmg la silap ambo dan ambo mmg tahu pun tu silap ambo. Ambo buat aduan tu pun, supaya xde lagi orang yg tertipu mcm ambo. Tp, tak perlu nk marah ambo sampai gitu sekali..Geram2!! Tak berjiwa rakyat langsung! Apa nak jadi la dgn polis zaman sekarang ni.. Kurang akhlak mahmudah betul… Kalau mcm ni la caranya, baik tak payah adu pada polis. Patut la jenayah kat Negara ni makin berlambak, x setel2…isk,isk..
Slogan tak serupa bikin: Mesra, Cepat, Betul, konon!!

11.00mlm:
Baru sampai kolej. Dah letih badan, lapar pulak tu.. Makan nasi goreng. Buat kerja rumah skit dan tido.. Penipu top-up tu tak kontek dah.

~24/7/2010~
11.00pg:
Ambo try call lagi si Penipu tu, dah tak dapat dah, masuk voice message.. Nasib baik mesej deliver.. Jd, ambo pun hntr la mesej dan jugak voice message pada si Penipu tu..
Ambo:“Saya dah tahu rahsia awak yg tipu duit sy sejak maghrib semalam lagi. Saya takkan maafkan awak selagi awak tak minta maaf dgn saya. Mungkin RM140 tu bukan rezeki saya, tapi ucapan maaf dari awak mmg HAK saya! Jadi, awk save la nombor saya ni supaya senang awk nk minta maaf dgn saya kelak. Saya doakan moga awk INSAF dan Allah bagi HIDAYAH pada awk utk berubah menjadi manusia yg lebih SOLEH.. kalau ikut Hukum Hudud ni, awk dah patut kene potong tangan tahu. Tp, saya btul2 doakan moga awk berubah! Amin..!!”
Akhirnya, MISTERI pun setel..Begitulah pengalaman ambo sejak menjual top-up ni..
Apapun, ambo tetap akan jual top-up, biasalah berniaga ni ada pasang surutnya. Yang duit rm140 tu, ambo sedekah saja la, dapat juga pahala..Mungkin juga kifarah dosa ambo dan ingatan dari ALLAH, alhamdulillah..
Pesanan ambo utk Dealer Top Up semua agar lebih berhati-hati supaya pisang tak berbuah 2x..

Ambo kata: Marilah kita pakat doakan moga2 si Penipu Top Up tu INSAF dan berubah menjadi lebih SOLEH! Aminnnnnn!!! Ya Allah, kurniakanlah hidayah-Mu pada si Penipu itu.. juga pada Geng2 Polis tu..huhu~~~
yang paling penting, ambo dpt pengajaran besar dalam kes kali ini agar tidak cuai lagi, dan juga apapun hal yg berlaku, sabarlah kerana ia hanya ujian dari Allah.. tidak beriman seseorang itu selagi tidak diuji..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang