Skip to main content

hukum manusia vs hukum Allah


Azilah, Sirul dihukum gantung sampai mati

09/04/2009 9:52am

KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita berusia 28 tahun itu di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 10 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 lalu. - Utusan


inilah akibatnya apabila hukum Allah (hukum-hakam Islam) tidak dilaksanakan di bumi Islam sendiri..

Perbandingan antara hukum manusia dan hukum Allah:-
-hukum manusia: seseorang itu dianggap 'bersalah' selagi tidak dibuktikan 'tidak bersalah'.

-hukum Allah: seseorang itu dianggap 'tidak bersalah' selagi tidak dibuktikan 'bersalah'.

p/s:betapa adilnya hukum Islam, tapi masih ramai yg menentang, berfikiran sempit dan benci akan hukum Islam itu sendiri walaupun mengaku dirinya KONONN adalah ISLAM..

p/s:ingatlah di akhirat kelak Allah akan tanya pada kita; "Hei manusia, kenapa sombong dan angkuh sangat kamu ini masa di dunia sehingga apa yg Aku perintahkan, kau buat tak endah dan ambil lewa saja? Adakah kau merasakan kau lebih hebat dari-Ku??"
ha...jawablah kita kat akhirat nanti..jangan tak jawab..ha, lu pikirlah sendiri!!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi...

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belak...

TEMUDUGA ONE OFF SPP JAWATAN DG41

Esok bertarikh 11/10/2021 adalah hari penentuan CL setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Adakah cita cita sedari kecil untuk menjadi seorang pendidik bakal dicapai atau tidak, kita serahkan pada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang Allah takdirkan, sudah tentu itu adalah yang terbaik insha-Allah. CL bukanlah graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari mana-mana IPT. CL hanyalah seorang graduan ISM Kejuruteraan. Tapi, minat mendalam dalam bidang pendidikan tak pernah padam, tak pernah lekang di jiwa. Ia sentiasa membara dan meluap-luap seperti lava di dalam kerak bumi di gunung berapi Sinabung. Peluang untuk temuduga esok hari perlu CL manfaatkan sebaiknya supaya beroleh peluang untuk berkhidmat dan menumpahkan bakti buat nusa bangsa. Selepas berhempas pulas menyambung pengajian dalam DPLI UniSZA, mungkinkah ini bakal menjadi titik permulaan suatu sejarah baharu? Kita tunggu dan lihat nanti. CL masih ingat mutiara kata seorang pensyarah yang amat CL segani d...