Skip to main content

Posts

What a hectic day!

Penat siot..! Itulah kata-kata yg mungkin bebudak sekarang ni akan sebut bila duk di kondisi ambo nih. Starting last month until now, I'm having hectic days! Dari hari ke hari amatlah penat.. Setiap hari isnin hingga jumaat (8.30pagi-5ptg) : Ambo ke kluster untuk buat research.. (Ambo sambung MSc/PhD sekarang nih). Setiap hari isnin hingga khamis (5.30-6.30ptg) : Ambo mengajar Quran untuk kelas wanita dewasa di NEC.. Setiap hari isnin hingga jumaat (7ptg-8.30mlm) : Ambo meniaga kecil-kecilan untuk bebudak yg dtg ngaji Quran dan Fardhu Ain di NEC tue.. (NEC=Nisa' Educare Centre) Setiap malam Ahad dan malam Isnin (8-9.30mlm) : Ambo mengajar tuisyen Add Math di Tuisyen Yaqeen. Setiap Ahad (10pagi hingga 12.30ptg) : Ambo mengajar Quran dan Fardhu Ain di RKKA (Rumah Kanak-kanak Arau). Setiap Isnin malam : Ambo ada wat discussion group dengan adik-adik. (Bincang bab akademik la..) Setiap Rabu malam dan Khamis malam : Ada kuliah maghrib yang kalau ...

Kartunis Hina Islam!

Malas ambo nak ulas banyak-banyak kartun kat atas nih. Kalau korang nak baca lebih lanjut, boleh klik sini: http://www.malaysiakini.com/news/167035 Tapi, apa yang ambo nak tekankan kat sini adalah, takkan la ustaz tu bodoh sangat nak biarkan wanita yang dirogol tak terbela dengan adil. Apa kartunis ni ingat dia hebat sangat ke ilmu agama sampai tak leh nak beza antara kes rogol dan zina? Saksi untuk zina memang la kena 4 orang saksi. Rogol lain pulak ceritanya, ia tertakluk kepada pemerintah untuk membuat analisis dan hukuman walaupun tak cukup saksi. Lain kali, belajar dulu, bukan pakai HENTAM saja.. Tak syak lagi kartunis ni nak fokus pada isu 'Anwar-video porno' yang heboh seluruh negara ni. Tapi, masalahnya, cara dia nak ulas isu ni macam tak pakai akal, ilut emosi je. Kononnya seni dan kreativiti ni berjiwa bebas ek? Pigi da... Lain kali kaji dulu, jangan syok sendiri. Yang ambo heran tuh, boleh pulak penerbit Utusan membiarkan lulus je kartun ni. Diorang ni terlepas panda...

Isteri layan Suami macam PELACUR Kelas ATASAN???

'Layan macam pelacur'? Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar ? KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama ’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed. Dr Rohaya Mohamed. “Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang. “Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanit...

Cilok sana... Cilok sini..

Sibuk dengan video, BN naik harga minyak Harakahdaily KUALA LUMPUR, 5 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar. Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain. Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara. Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN. “Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga,” katanya kepada Ha...

Mai kita pakat pikiaq sikit...

Harga naik: Mahasiswa berfikir di mana 1Malaysia Ubaid Abd Akla Minggu lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga barang 4 dalam 1. Kenaikan yang tidak masuk akal ini menyebabkan bebanan yang besar kepada rakyat Malaysia apatah lagi musim persekolahan akan bermula pada awal Januari hadapan. Pastinya rungutan dan rayuan rakyat tidak dan tidak akan didengari oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih malang lagi, kesannya bakal dirasai oleh seluruh mahasiswa di Malaysia apabila semester baru akan dibuka menjelang hujung Disember ini. Alasan pengurangan subsidi harga barang amat tidak relevan apatah lagi kenaikan barang baru sahaja berlaku tidak sampai 6 bulan lepas iaitu pada 15 Julai yang lalu. Di sini, mahasiswa secara jelasnya mampu dan boleh berfikir di mana prinsip 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kerajaan selama ini. Jika betul rakyat didahulukan, kenapa kenaikan berlaku dalam masa 6 bulan? Hal ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat terutamanya...

Jom kita buang budaya birokrasi

Birokrasi: Mahasiswa sokong pandangan Timb. Menteri Harakahdaily Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP-GMUKM) berpandangan yang jelas dan sama dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin bin Abdullah yang semalam menyarankan supaya pihak pentadbiran IPT tempatan supaya 'membuang amalan karenah birokrasi yang masih mengekang kebebasan para pelajar' dan segera menerapkan budaya 'Inovasi Demokrasi'. Jelas beliau, budaya inovasi merujuk kesediaan berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam kehidupan. “Dari segi konsep, budaya inovasi merangkumi kreativiti dan inovasi yang menjadi penggerak kepada pertumbuhan dalam setiap bidang." Menurut beliau, budaya inovasi adalah satu daripada nilai dalam gagasan 1 Malaysia. Akan tetapi malangnya walaupun banyak pelan transformasi telah dilancarkan, malangnya pelajar masih dikekang oleh karenah birokrasi walaupun nilai ini jelas dikehendaki kerajaan untuk dicapai. Beliau memberi contoh karenah biro...

PTPTN dah mula merisik...

PTPTN: Anak muda mesti sokong PR Mohd Aizat Mohd Salleh ISU pembayaran balik semula PTPTN sentiasa menjadi ‘igauan’ kepada penuntut yang sudah menamatkan pelajaran di universiti masing-masing. Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah, selepas 6 (enam) bulan bergraduasi, mereka wajib membayar semula pinjaman tersebut, sama ada sudah bekerja atau tidak. Dengan ditambah kos pentadbiran sebanyak 3% (dahulu), dan 1% (Ujrah), maka jumlah bayaran balik pinjaman akan meningkat, dan tidak berkurang. Jika peminjam meminjam sebanyak RM19,000, maka ditambah kos pentadbiran 3% sebanyak RM3,800, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM23,000. (Secara purata). Jumlah ini yang menjadi ‘hantu’ kepada para pelajar hari ini. Mungkin bagi mahasiswa, mereka belum merasai lantaran masih berada di universiti dan sedang ‘enak’ berbelanja dengan wang saku mereka. PTPTN dalam ‘Buku Jingga’ Seperkara yang tidak dibuat dan tidak diusahakan pun oleh kerajaan BN pada hari ini ada...