Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Sahabat: Umpama mencari serpihan kaca di celahan ais.

Musim PRU-13 ni normalnya musim orang duk bercerita tentang politik tapi CL nak berjiwang skit, hehe. Kita bercerita isu sahabat. Penting gak sebenarnya. Kalau takde sahabat sejati, susah woo nak kekal lama dalam perjuangan yang panjang dan melelahkan ni. So, layanzz.... Bismillahirrahmaanirrahiim.. Sungguh sukar bercerita tentang sahabat. Kita takkan mampu mendapat seorang sahabat jika kita tidak menjadi sahabat. Sahabat yang sanggup bersusah payah bersama kita walau dalam senang dan susah. -Ketika  kita membuat silap, dia menegur kita kerana dia sayangkan kita ikhlas kerna Allah s.w.t. -Ketika kita berbuat kebaikan, semangat diberikan demi melihat kita terus kekal istiqmah dalam jalan kebenaran itu. Takkan ada lagi sahabat sesetia dan seindah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Keakraban mereka sungguh tiada tandingannya. Kasih dan sayang mereka qudus kerna Allah s.w.t. Cinta mereka demi agama. Kemungkaran tidak dibiarkan. Kemaarufan disuburkan. Dalam dunia yang penuh dengan

3 APRIL 2013: Parlimen Malaysia Dibubarkan Secara Rasmi

Tarikh Bersejarah! 3 APRIL 2013. Pagi tadi PM buat pengumuman pembubaran parlimen Malaysia. Secara LIVE melalui TV3. Gembira bukan kepalang CL rasa. Hehehe..Akhirnya,. pilihanraya yang sudah lama ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Ini merupakan kali pertama CL akan mengundi. Huish, nervous la pulak rasa hati ni. Tak sabar-sabar pun ada. Pilihanraya kali ni merupakan yang ke-13 diadakan selepas negara ni merdeka. Rasanya, semua lapisan rakyat negara ni sudah dapat melihat betapa sengitnya pertarungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menentukan mandat pemerintahan kerajaan baru kali ini. Boleh dikatakan bahawa, inilah pertarungan yang bakal menentukan samada negara ini akan jatuh merudum atau maju ke hadapan disebabkan oleh pilihan rakyat sendiri. Nasihat CL untuk kawan-kawan semua yang dah layak mengundi tu, TOLONGlah mengundi dan pilihlah kerajaan yang terbaik untuk memimpin negara dan rakyat dengan acuan yang diinginkan Islam. Jangan pula buat UNDI ROSAK dan bers