Skip to main content

Realiti Pejuang Muda

Sudah norma hidup bergelar pejuang, tidak akan ada episod mudah yang dilalui. Setiap kemanisan yang dirasai pasti jua disulami kepahitan yang tiada perinya. Andai tiada kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan pasti sudah lama dunia perjuangan ini ditinggalkan hanya kerana ingin mengejar menjadi kupu-kupu dunia. Hidupnya lama di dalam pupa barulah matang lantas mengibarkan sayapnya indah. Tak berapa lama hidup di dunia lalu berkubur di alam barzakh.

Usia yang masih muda, kadang-kadang terasa seperti sudah tua benar. Buktinya, tika rakan seusia sedang bergembira bersama pacar mereka, berseronok dengan percutian di sana-sini, berhibur bersama teman dan keluarga tersayang, tenang di dalam pelayaran pendidikan mahupun kerjaya, NAMUN hidup seorang pejuang muda yang masih mentah ini sudah berkerut seribu dahinya memikirkan masalah ummah dan masyarakat. Memikirkan solusi dan mengatur perancangan demi sebuah keberjayaan strategi. Tidak mengapa, semoga ini menjadi suatu pelaburan yang lebih mahal dari emas dan perak. Lalu, ucapkanlah alhamdulillah.



Tapi, hidup pejuang ini tidak berseorangan. Ada penemannya. Ada sahabatnya. Ada pembantunya. Cuma, kadang-kadang peneman, sahabat dan pembantu tak selalu ada. Kerana hidup perjuangan ini begitu sukar, lantas kewujudan peneman ini juga seumpama ombak di pantai. Bila ia datang menghempas pantai, basahlah pantai. Bila ia pergi ditarik arus, maka keringlah kembali pantai itu. Lantas, pantai harus kuat bertahan dan bergabung bersama ombak yang datang dan pergi demi menyajikan sebuah pemandangan indah untuk tatapan manusia yang mengunjung. Lalu, ucapkanlah subhanallah.

Berjuang tidak senang. Tidak berjuang itu lebih senang. Tetapi, perjuangan ini suatu urusan jual-beli dengan Maha Khalik. Sudah tentu barang jualan yang elok dan bermutu tinggi disukai Maha Khalik. Lantaran itu, semoga penjualnya sabar dan ikhlas menjual produknya iaitu sebuah perjuangan. Jangan dengki dan irihati melihat kelapangan masa orang lain kerana apa ada pada kelapangan jika tiada redha dari Allah. Moga-moga, kesempitan masa dan kekurangan tenaga yang mendapat redha Allah itulah yang lebih baik. Lalu, ucapkanlah Allahuakbar.
 

surah as-Saff (10-11)


Semoga baginda dan sahabat-sahabat tersenyum puas melihat masih ada lagi keturunan mereka yang masih mahu berjuang.


Lensa Che Long: Benar, Palestin sedang disimbah darah tapi mereka punya tanah diberkati Allah, perjuangan didoakan malaikat, alangkah untungnya mereka. Kita, apa yang ada? 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi...

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belak...

TEMUDUGA ONE OFF SPP JAWATAN DG41

Esok bertarikh 11/10/2021 adalah hari penentuan CL setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Adakah cita cita sedari kecil untuk menjadi seorang pendidik bakal dicapai atau tidak, kita serahkan pada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang Allah takdirkan, sudah tentu itu adalah yang terbaik insha-Allah. CL bukanlah graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari mana-mana IPT. CL hanyalah seorang graduan ISM Kejuruteraan. Tapi, minat mendalam dalam bidang pendidikan tak pernah padam, tak pernah lekang di jiwa. Ia sentiasa membara dan meluap-luap seperti lava di dalam kerak bumi di gunung berapi Sinabung. Peluang untuk temuduga esok hari perlu CL manfaatkan sebaiknya supaya beroleh peluang untuk berkhidmat dan menumpahkan bakti buat nusa bangsa. Selepas berhempas pulas menyambung pengajian dalam DPLI UniSZA, mungkinkah ini bakal menjadi titik permulaan suatu sejarah baharu? Kita tunggu dan lihat nanti. CL masih ingat mutiara kata seorang pensyarah yang amat CL segani d...