Cewwah.. kali ni Che Long nak bincang bab menantu plak da.. Kalau kengkawan CL tahu ni, mesti diorang ingat CL dah ke arah nak bermentua dah. Padahal, bagi CL benda ni adalah isu normal dan sering diperdebatkan dalam masyarakat Melayu kita. Dan, of course lah sejak 2,3 menjak ni CL asyik dijemput ke kenduri walimatul urus kawan-kawan, CL jadi berminat untuk membincangkan soal ni. Tambah-tambah pulak, orang kata umur 20-an ni prime age to be getting married.. Dah tua rupanya CL ni. Apabenda tah dah CL sumbangkan untuk agama, bangsa dan negara tercinta ni..hurm...
Soalan popular bila perkenal bakal calon suami/isteri,
1. Cer tengok, bila si anak dara dirisik sang lelaki, pertanyaan yang cepumas sering ditanya ibu bapanya adalah,
"Orang mana?"
"Dia kerja apa?"
"Macam mana pendapatan dia?"
Begitulah juga sebaliknya jika sang lelaki memberitahu ibu bapanya tentang gadis pilihan hatinya.
2. Cuba bila bercerita dengan kawan-kawan pula tentang calon pilihan hati. Pada awal perkongsian kita dengan mereka, pasti kawan-kawan kita akan excited sebab terpilih untuk mendengar luahan rasa kita. Kemudian, bermulalah siri soalan cepumas yang seakan-akan sama dengan soalan ibu bapa kita,
"Dia keje katne skang?"
"Korang nak kawen biler?"
"Dia orang mana?"
Kalau calonnya jauh dari negeri kita, "Oh, jauhnya.. tak takut ke awak kawen ngan orang jauh-jauh ni? Susah nak balik raya nanti tau.."
"Korang nak buat tema majlis nanti macam mana? Warna apa? Goddies nak bagi apa? Nak pakai baju design macam mana?"
Dan banyak lagi la soalan2 cepumas yang aduhh tak larat nak jawab dan malas nak dijawab.
Kadang-kadang CL terfikir, kenapa agaknya pemikiran kita sering ke arah itu sahaja. Sedangkan pokok persoalan dalam pernikahan antara lelaki dan perempuan sepatutnya perlu fokus pada pegangan agama bakal pengantin. Kenapa jarang sekali orang tua dan bahkan teman baik kita akan bertanya soalan seperti ini,
"Dia solat 5 waktu cukup tak?"
"Bab-bab fardhu ain dia dah setel ke belum?"
"Macam mana pegangan agamanya?"
"Macam mana ahli keluarga dia bab agama ni?"
"Dia akan berikan laluan dan keizinan tak kalau awak nak terus berjuang fisabilillah ni?"
"Dia akan support awak tak untuk perjuangan fisabilillah ni?"
"Dia akan berganding bahu bersama awak tak dalam perjuangan ni?"
Anyway, pembaca sekalian, kita berkahwin ni untuk apa sebenarnya?
- Tentunya untuk mendapatkan pasangan yang dapat membimbing kita menuju redha Allah.
- Tentunya untuk kita saling berkasihan dengan pasangan kita atas keredhaan Allah.
- Tentunya untuk kita menyambung silaturrahim antara keluarga kita dan keluarga mentua di atas dasar ukhuwwah Islamiyyah.
- Tentunya untuk menyediakan acuan keluarga muslim (baitul muslim) yang paling kondunsif untuk melahirkan zuriat keturunan yang berjuang untuk agamanya.
- Tentunya dengan adanya baitul muslim ini, kita dapat melahirkan masyarakat muslim.
- Tentunya dengan adanya masyarakat muslim, kita dapat melahirkan negara dan kerajaan yang muslim.
- Dan tentunya, khilafah Islamiyah yang kita rindui selama ini dapat kita tegakkan dengan adanya banyak baitul muslim yang memahami konsep perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Menantu beriman tapi tak berduit.
"Ye la.. saya tahu pasangan kita ni nak kena kuat pegangan agamanya. Tapi, awak tak rasa ke duit tu penting zaman sekarang ni? Takkanlah dengan tiket beriman saja dah cukup untuk buat awak bahagia dengan dia.."
"Tambah-tambah kalau kita anak sulung yang nak kena menanggung adik-adik yang ramai lagi. Awak rasa cukup ke dengan pendapatan calon awak sekarang ni untuk hidup bersamanya?"
Hahahaha.. Tu dia aih..soalan lagi cepumas/cepuperak/cepuplatinum semua ada.. Siap bagi penerangan lagi kalau bakal pasangan kita jenis tak berduit. Hmm, camner ek nak jawab soalan-soalan macam ni. Boleh gugah iman juga kalau hari-hari duk diasak soalan begini. Silap2 haribulan, suruh pasangan berhenti buat kerja2 Islam semata-mata nak hidup senang (nak merasa kereta besar, rumah besar, gaji lumayan, boleh melancong situ-sini, boleh pakai baju mahal-mahal, hantar duit ribu-ribu kat emak di kampung). Hehe..macam-macam kan.
Jawapan CL senang jer, kita ni hidup untuk puaskan nafsu kita yang tak puas-puas kah?
Bukankah kita hidup di dunia yang sementara ini untuk meraih reda Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
Bahagianya hidup kita itu terletak pada duitkah? Jika begitu, betapa ramai pula manusia berduit yang juga tak bahagia bahkan sengsara dengan pelbagai masalah hidupnya (suami yang curang, isteri yang nusyuz, anak-anak yang bebas pergaulan, etc).
Prinsip orang beriman, mereka tak percayakan duit boleh membuatnya tersenyum bahagia. Tetapi iman yang teguh dan mantap pada Allah dan Rasul, hanya itulah yang membahagiakan hatinya yang rawan. Orang beriman, takkan sekali-kali mendera ahli keluarganya sehingga rasa terseksa dengan sengsara dunia. Pasti dia akan berusaha untuk membahagiakan keluarganya di dunia dan akhirat. Tak ada duit tak mengapa, asalkan dalam hati kaya dengan iman dan takwa. Itulah kemanisan paling terbaik dalam kehidupan di dunia ini sementara menuju akhirat abadi.
"Habis tu, awak tak rasa bosan ke nanti nak kena diuji hidup dalam kesusahan lagi?. Ye la, sejak kecik lagi awak dah rasa hidup susah. Kemudian, sekarang awak nak kawen dgn orang tak berduit pulak. Awak nak ke anak-anak awak pulak rasa hidup susah macam awak dulu?"
Astaghfirullah al-aziim.. Beristighfarlah kita jika ditanya soalan sebegini. Kalau tak kuat, lagi gugah iman dibuatnya. Kerana apa? Kerana fitrah manusia sememangnya gementar dan trauma apabila dipersoalkan tentang sejarah hidupnya yang hitam. Sudah tentu, bagi manusia yang pernah melalui zaman kesukaran pada waktu kecilnya akan cuba sehabis daya untuk keluar dari kepompong itu. Namun, percayalah pembaca sekalian, Allah itu ada bersama hamba-Nya yang bertakwa dan sabar.
Susah sangat ke zaman kecil kita dulu? Sesukar zaman Rasulullah dan Bani Hasyim dipulaukan penduduk Quraisy kah? Sesukar zaman Rasulullah dan para sahabat menyebarkan syiar Islam yang dibenci kaum Arab kah? Sesukar zaman nenek moyang kita menentang penjajah negara inikah? Janganlah berbohong dengan diri kita sendiri. Sesukar zaman kecil kita, kita masih mampu tersenyum bermain alatan permainan yang pelbagai jenis berbanding dengan anak-anak kecil di Palestin, Bosnia, Iraq, Lubnan, Syria, Sudan dll yang menderita kudung kaki tangan dipermainkan tentera Zionis laknatullah.
- Dhaif sangatkah kita sedangkan setiap hari masih ada sebutir nasi yang pasti melalui tenggorok kita yang terhidang di atas pinggan yang sempurna?
- Dhaif sangatkah kita sedangkan setiap hari yang dilalui di sekolah masih mampu membeli sirap ais 20sen dan nasi lemak 50sen?
- Dhaif sangatkah kita sedangkan setiap petang selepas pulang dari sekolah, kita masih boleh menonton rancangan kartun kegemaran kita di TV?
- Dhaif sangatkah kita sedangkan bila tiba waktu malam, kita masih boleh berdengkur lena di selimuti gebar hangat dan di atas tilam ditutupi kelambu?
- Dhaif sangatkah kita sedangkan bila tiba hujung minggu, kita masih boleh mandi-manda di sungai belakang rumah penuh riang gembira sambil memetik sayuran di kebun nenek dan berkelah bihun goreng?
Jika kita sudahpun melalui saat-saat bahagia seperti itu dulu, usahlah dikhuatirkan anak-anak kita pula bakal sengsara lebih teruk dari kita. Jika benar, waktu kecil kita benar-benar sukar dan kita amat takut untuk mewariskan kesusahan kita pada anak-anak kita, ingatlah bahawa Allah beri akal pada kita, gunakanlah sebaiknya untuk mencipta keluarga mawaddah dan sa'adah. Pesan umi yang sampai sekarang CL pegang kukuh:
"Kak Long, biarlah kita tak berharta dunia. Asalkan hati kita kaya dengan ilmu dan iman. Umi takde harta nak diwariskan pada anak-anak, tapi umi nak anak-anak umi belajar sungguh-sungguh sehingga menjadi orang yang berguna. Itu lebih baik dari kaya harta tapi menyusahkan orang lain."
Sahabat, hidup ini sementara saja. Janganlah kita terpengaruh dengan godaan nafsu yang tak sudah-sudah. Jika mahu menikah, fikirkan tentang agama bakal calon kita dahulu. Buang dulu ketepi wajahnya, hartanya, keturunannya. Anda nak nikah dengan dia dan agamanya. Bukan dengan wajahnya, hartanya dan keturunannya. Fikirkan samada anda mahu melayari bahtera perkahwinan dengan kebahagiaan duniawi atau kebahgiaan ukhrawi? Fikirkan juga samada anda atau si dia dapat sama-sama membimbing antara satu sama lain menuju redha dan rahmat Allah s.w.t. Anda menikah bukan semata-mata memenuhi tuntutan fitrah manusia, INGAT jangan lupa niatkannya kerana ingin mengikuti sunnah Nabi s.a.w, semoga dengan itu perkahwinan anda lebih diberkati. Dengan itu, semuanya pasti sweetttt... (^_^)v
Lensa Che Long: Kan suwiit kalau Allah redha dengan pernikahan kita dan zuriat keturunan kita? Kan suwitt kalau baitul muslim kita dijemput berehat di syurga bersama Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.. Oh, suwittnyer kalau begitu.. amin..
tak sabar pulak saya nk terima abang ipar dari CL
ReplyDeletehttp://nurmencariredha.blogspot.com
hurm.. kalau gitu, sy pun tak sabar menimang adik ipar dari nur lah..hehe
Deletenur ni saper yer? maaf, kurang tahu..