Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Bagaimana mahu bermotivasi?

Alamak, sayu la pulak hati Che Long malam ini. Baru balik dari ngajar tuisyen Sains, Tingkatan 2. Penat. Tidur sekejap di rumah. Hidupkan motosikal Suzuki, rempit ke kluster di tengah kesejukan malam. Sekarang berada di kluster semula, menyambung perjuangan yang tak sudah-sudah. Che Long tenung lama folder kerja Master yang berpuluh-puluh folder lagi terkandung di dalamnya. Penat. Letih. Bosan. Bingung. Bengang. Tiada semangat. Hampir putus asa. Lalu, Che Long buka blog ini meluah rasa di hati. Nak berbicara dengan Tuhan, uzurlah pulak.. Nak berbicara dengan suami, tak ada la pulak (opss...sempat lagi tu!). Nak mengadu dengan umi atau naqibah disayangi, tertinggal handphone kat rumah la pulak. Huhu.. sedihnya cenggini.. Status frust dan putus asa Che Long di fb dah mencanak-canak naik bilangan komen dari kawan-kawan. Che Long bukan saja-saja nak update status kat situ mengharap perhatian dari siapa-siapa. Target Che Long cumalah, daripada Che Long bengang kemudian meletopp sendir

Nasi Lemak Umi

Hari tu balik kampung waktu cuti sekolah jap, teringin plak nak buat Nasi Lemak. Dah lama tak buat.. Senang jer nak buat. Kena la start belajar memasak. Dah tua bangka ni pun tak reti lagi masak tak tahu la nak cakap apa lagi..Hehe.. Nampak je simple gini, tapi sedap nih..hehe. um..yummy, yummy. tambah 3 pinggan makan ni.

Teringat zaman dulu kala yang nakal.. Part II

Ini sambungan kisah Che Long zaman kecik-kecik dulu.. ::EPISOD: LARI DARI RUMAH:: Ada satu kali tu, Che Long kena penangan 'tali pinggang' sebesar 3 jari orang dewasa oleh umi Che Long.  Belt tu yg pak sedara Che Long punya. Alkisahnya, sebab Che Long dan adik telah mematah-duakan katil mak sedara Che Long.. Huiyoo, dahsyat! Masa tu, Che Long darjah 3 rasanya. Biasalah budak-budak kalau jumpa katil, suka lompat-lompat atas katil tue. Tambah plak, tilam jenis spring, lagilah mantop daya lompatan tue.  Pagi hujung minggu. Umi tengah basuh kain kat bilik air. Tok Mek (nenek) tengah buat apa tah.. Abah tgh 'taking nap'-letih baru keluar hutan, kerja kontrak. Kami dua beradik memang syok la duk lompat-lompat atas katil tu. Katil tu actually katil baru beli untuk majlis perkahwinan Che Pah (our aunties). Sebab Che pah dah balik umah suami dia, so katil tu jadi macam milik kami berdua la, hehe.. Punya la syok dapat katil, sebab sebelum ni tidur atas tilam biasa

Kita rasa kita malang??

Kadangkala kita rasa hidup kita amat malang. Pelbagai dugaan dan cabaran melanda hidup kita. Kita rasa kita sudah diuji hebat oleh Allah. Padahal, kita tak tahu ada lagi yang lebih hebat diuji Tuhan.. Kenapa Che Long cakap cenggini? Sudah dua hari Che Long demam. Tak larat betul rasanya nak ke kluster (tempat buat research). Kepala jadi pusing. Hingus dan kahak membanjir. Batuk dan bersin betul-betul menyeksa. Kepala membengkak panas rasanya. Lemah saja badan, asyik terbaring dan tidur. Bangun sekadar untuk solat dan bersihkan diri. Kemudian ke tilam lagi. Hairan betul Che Long dgn kesihatan diri sendiri. Kalau org lain, demam itu pasti ada, tapi tidaklah seperti Che Long yang pastinya setiap bulan akan demam. Rasa malang betul diri ditimpa ujian sebegini. Handphone dicampak ke tepi, malas betul rasanya melayan segala panggilan dan sms yg masuk. Akaun FB sesekali saja dijengah, menanti apa-apa berita yang mungkin penting. Ya, benar! Selepas zohor, Che Long buka akaun