Skip to main content

Saya Melayu, Dia Cina, Saya OK!

Che Long baru balik dari kampung, Qlate. Bukan ada saudara-mara yg chinese untuk diraikan pun sebenarnya masa cuti Chinese New Year ni, tapi saje amik peluang cuti lama skit sebab nak jumpa famili. Kalau tak balik time ni, nampak gaya kena tunggu time raya posa bulan 8 nu ha.. Huk aloss, tak best lah gitu kan.. Rindu sama famili tgh membuak-buak ni. Cewah, macam org lain xde famili jer kan..

Che Long ajak adik cuti sama. Dia okeh jer.. So, kitorang pun planning la nak balik. Kebetulan Miz Winnie (kawan se-kluster bangsa Cina) pun nak balik gak cuti ni, so apalagik? Nak join ler.. 

Pagi tu, selepas puas Miz Winnie cari rumah sewa Che Long, sesat lorong tu la, lorong ni la.. Akhirnya terjengul jugak kereta Saga Aeroback-nya di depan umah Che Long.. Uh, hepinya.. Angkat bagasi masuk dlm bonet. Lompat masuk kereta. Bismillah.. dan vrommmm...

Che Long duduk sebelah Miz Winnie. Adik Che Long duk blkg. Tepi adik Che Long ada dua ekor lagi penumpang (2 ekor guinea pig) yg totally kiut mangat..pemalu skit depa ni. Namanya lupa lak apa.. Seyes, Che Long memang FAIL bab menemani pemandu ni. BECAUSE?? Sebab Che Long ni memang mudah layu kalau naik kenderaan. Naik la apa jenis kenderaan pun, mesti Che Long dulu la yg akan 'syahid'.. Sejak zaman kecik lagi, habit yg amat susah nak dibuang. Arakian pun bermula.....


'Kan best kalau motor ada compartment utk tido camni..'
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, waktu tu Abah takde kereta lagi. Sebijik motor Honda tu la kenderaan kami sekeluarga (Abah, Umi, Che Long dan adik) ke mana-mana pun. Ada satu kali, Abah nak bawak Che Long gi umah nenek. Umi plak tak ikut sekali. Takdelah jauh mana pun umah sewa kami dari umah nenek (jarak beberapa buah kampung jer). Tapi, itu ler..Che Long memang tak reti nak kontrol habit tidor ni. Sebelum naik motor, Abah dah pesan  kat Che Long jangan tidor atas motor nanti. "Lor..mana penah Kak Long penah tidor pon..jgn risau la." ceh, tak ngaku tue. Hmph! Tak sampai lima minit atas motor tu, mata Che Long dan layu dah, kena pulak angin sepoi-sepoi tu kat muka, macam didodoi-dodoi ha.. Tiba-tiba. "Kak Long, tido ke tue?" Abah menepuk bahu Che Long dari depan (Che Long duk belakang Abah time tu). "Eh, tak..tak.." bohong lagi tu. Abah teruskan pemanduan. Tiba-tiba. Che Long rasa nak melayang ke belakang. Tangan Che Long dah terlepas pegangan dari pinggang Abah. Che Long dah hampir terlentang ke belakang motor dah. Cepat-cepat Abah berenti motor tepi jalan. Geram punya pasal, Abah ambik kain pelikat dia dalam beg baju yg dibawak sekali tu, ikat Che Long ke pinggang dia kemas-kemas dan meneruskan kembali perjalanan. Che Long pun tidorlah dgn lenanya atas motor tue.hahaha..Sampai je umah nenek, tang-tang tu jugak hilang mengantuk dan boleh bermain-main dgn sepupu-sepapat dgn gumbiranya..

'Ginilah rupanya bas mini PC Halim'


'Kalau dah tido, mmg x sedor diri'
Masa zaman sekolah menengah pun gitu jugak. Ratu Tidur dalam bas. Masa zaman sekolah rendah tak payah naik bas sebab sekolah dekat jer dgn rumah. Biasalah zaman sekolah tu..Kalau tak berebut-rebut memang sah takkan dapat punya kerusi. Berdirilah jawabnya. Kalau dapat duduk tu memang untung sangatlah tu. Paling malang kalau kena duduk/berdiri kat tangga bas (fuh, bahaya giler time tue..dgn pintu bas pun tak tutup). Tapi Che Long tak kisah sangat bab kerusi tue. I'm okay at anywhere, anytime. Hehe.. Biasanya, bila bas mula bergerak meninggalkan kawasan sekolah, tak sampai 10minit Che Long dah mula rasa ngantuk. So, masa tu kalau tak dapat nak bersandar di kerusi orang yg dah diduduki tu, apa yg Che Long buat adalah cari tiang-tiang dalam bas tu. Then, Che Long peluk tiang tu, lentok kepala dan tidurlah dgn lenanya Che Long dalam keadaan berdiri gitu. Lain halnya pulak kalau dapat time dapat kerusi untuk duduk. Kalau dapat duduk, memang lagi lenalah Che Long atas bas tu. Banyak kali Che Long terlajak ke kampung lain sebab tak sedar dari tidur. Sedar-sedar dah sampai umah Pak Cik Halim (driver bas), tinggal Che Long sorang jer dah atas bas tu. Terpaksalah PC Halim call Abah suh dtg amik anaknya ini di rumahnya. Sebab tulah, sampai sekarang pun, driver bas tu  masih ingat kat Che Long. Setiap kali terjumpa dia masa balik kampung, mesti gelak ngan dia. Hahaha..


Ok, back to the real title. Seperti yg dijangkakan, pengsanlah Che Long sepanjang perjalanan dari Kedah sampai ke Gerik. Lepas berenti lunch skit kat Gerik, naik kereta, tak sampai setengah jam, Che long pengsan lagik.. Huhu, kesian Miz Winnie..Ada sesekali tersedar waktu kereta lalui jalan yg agak teruk. Pastu, lena balik. Bila sedar, minta maaf dgn Miz Winnie sbb tertidur. Adik Che Long jenis tak tido atas kenderaan tapi dia pulak jenis senyap dgn org yg tak berapa rapat. So, sunyilah sepanjang perjalanan tue. Lagu yg Miz Winnie pasang pulak adalah lagu-lagu Cina, mananya Che Long nak terhibur, tak paham apebenda pun.. Tu yg menambah bosan dan ngantuk tu. Nasib baik Miz Winnie jenis yg dah biasa bawak alone. Dia jenis yg tak perlukan peneman cakap utk hilangkan ngantuk. Tapi, bila dah nak masuk sempadan, mata pun dah hilang kantuknya. Segar-bugar. excited sebenarnya sebab dah masuk Kelantan. hehe... Kelantan, I'm back..!!! Barulah rancak perbualan dgn Miz Winnie. Borak pasal famili, kegemaran kami baca komik *hello, org mcm Che Long pelik ke kalau minat komik?* Sekolah..mcm2 lah..

Dah masuk kawasan Bukit Bunga, tiba-tiba ada roadblock polis. Seb baik dah pakai tali pinggang. ada sorang Uncle Polis  bermisai tebal tu suruh kami berenti.
"Nak gi mana ni?" Dia tanya Miz Winnie dgn muka ketat sambil mintak IC dan lesen. *Hmph, benci tgk muka gitu. Tak mesra alam langsung.* 

"Nak balik kampung pak cik.." Mizz Winnie jawab tenang sambil ambik balik lesen & IC.

"Kampung kat mana? Tu plak sape?" Uncle Polis tu tanya lagi Miz Winnie dgn pelik sambil tunjuk pd Che Long. *Apa pesen punya soklan ni pak cik..? Banyak tanya la pulak...* --muka Mizz Winnie dah lain mcm time tu..

Che Long pun tlg jawab, "Kami kawan sekerja pak cik..Kampung dia KB, saya Kuala Krai.." (muka polis tu masih pelik mcm tak puas hati..)

Che Long jwb lagik dgn sengih kerang busuk terpaksa.., "1 Malaysia kan pak cik.." *walaupun Che Long tak suka guna istilah tu tapi terpaksalah..* Akhirnya, barulah polis tu lepas kami pergi..

Apalagi, bertimbun ler komen kami berdua pastu kat polis tu. Iyelah, org lain senang jer lepas dari roadblock tu, apasal kami ni ditahan mcm suspek penjenayah plak? Heran betul..

Hello..! Takkanlah kalau Che Long ni org Melayu+pakai tudung labuh+baju muslimah+pakai stokin, x boley nk kawan dgn org Cina+tak pakai tudung+pakai seluar ketat+baju kecik??? Pelik sangatkah persahabatan ini?

Patutlah Islam susah sangat nak masuk dalam hati org non-Muslim ni. Rupa2nya sebab adanya golongan manusia yg jenis macam Uncle Polis tadi. Hulalala... Tolonglah ubah paradigma anda wahai masyarakat Malaysia.


Lensa Che Long:  "Saya Melayu, Dia Cina, dan Saya OK!"

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang