KES I:
'Eh, mana pulak kertas assignment aku nih hilang nih? Rasanya semalam lepas dah siap buat tu, aku letak dlm fail ni la, atas meja ni je..mana pulak hilangnya. Aduh..dah la nak kena hantar petang ni kat lecturer, mampus aku..' Gumam Noni sendirian.
Gelabah si Noni cari kertas dia yang hilang. Nak tanya housemate ttg kertas tu, semua tak ada kat bilik. Ulang-alik dia ke tandas buang air sebab gabra kertas hilang. Bersengkang mata si Noni menyiapkan assignment sampai jam 4 pagi semalam. Bangun pagi, tiba-tiba kertas hilang.
Pukul 2 petang ni deadline hantar assignment tue. Noni pikir mungkin ada kawan-kawan dia yang pinjam assignment tu, tapi SIAPA??? Bengang betul Noni.. Jam 12 tgh hari, tak ada lagi tanda-tanda orang nak hantar balik, jadi Noni buat keputusan untuk buat semula assignment tue. Terpaksalah..kalau tak nak buat macam mana lagi. Jam 1 petang, masa Noni tengah ralit re-do assignment dia, kawan serumah merangkap kawan sekelasnya balik ke rumah.
Noni tanya, "Mina, ada nampak kertas assignment aku tak? Semalam aku letak dlm fail atas meja ni jer. Pastu, pagi tadi, hilang.."
"Ha'ah. Aku lupa nak bagitau kau, pagi tadi aku amik kertas tue. Nah.." Mina dengan muka tak bersalah menghulur balik kertas assignment tue, dan berlalu ke bilik.
Aduss...bengang si Noni dgn perangai Mina. Dah la amik tak mintak izin, bila pulangkan balik kertas tue, sepatah 'terima kasih' pun takde. Mina selalu begitu. Waktu Noni tengah bersengkang mata siapkan kerja2 rumah, Mina sudah lama diulit mimpi. Bila tak siap kerja, Noni lah yg menjadi mangsa.
'Harap-harap, dia tak tiru 100% jawapan aku ni, kalau tak mampus la kena dgn lecturer nanti...' Noni mula berpikir buruk.
Seminggu kemudian....
Di akhir lecture, entah kenapa lecturer asyik duk membebel tak puas hati dengan hasil kerja assignment pelajar-pelajar. Isu yang plg mendebarkan hati Noni, bab tiru-meniru assignment. Lecturer bagi amaran yg dia akan potong markah kedua-dua peniru dan pemberi tiru. Noni kerling Mina, tapi takde apa2 respon dari Mina. Noni cuba tenteramkan hatinya sendiri. Bila dah habis kelas, Noni jumpa lecturer. Noni tanya status assignment dia. Berita buruk dari lecturer. Sah, assignment Noni dipotong markah separuh kerana hasil tiru! Puas Noni menceritakan kepada lecturer yg dia menjadi mangsa, lecturer tetap berkeras dgn keputusan potong markah. Noni sedih sekali. Bengkek hati Noni tak tau nak cerita. Si Mina masih tetap dengan perangai lama.
Ambo kata: Sudah la kawan yg jenis tak berbudi bahasa, tak bertanggungjawab pulak.
KES II:
"Eh, Lan kau ada softcopy nota kuliah En.Majid?!" terkejut Mazlan yg tgh ralit mengadap PC, menyiapkan minit-minit akhir tugasan kuliah. Sedikit kurang senang dengan cara Gani yg kurang beradab. Rasa-rasa Mazlan, sejak sejam lebih tadi lagi Gani masih di depan laptop-nyer ber'chatting ' dgn makwe macam tak ingat dunia. Bila dah lewat malam macam ni baru kalut nak minta itu, ini. Isk, geram pulak rasanya.
"Ha'ah ada.." Mazlan menjawab acuh tak acuh kerana sedikit rasa geram dengan perangai Gani.
"Aku nak." Gani bersuara lagi sambil berlalu pergi dari meja Mazlan. Tercengang Mazlan dibuatnya. Datang tak beradab, balik tak bertanda.
"Mana pendrive-nyer..aku punya kawan pinjam nih." Mazlan sedikit merungut. Masih mengawal ton suaranya.
Gani datang kembali ke meja Mazlan. Tangannya menghulurkan pen-drive, tapi muka dipalingkan ke arah lain. Macam menyampah dengan Mazlan. Dan, Gani berlalu ke mejanya kembali. Pening Mazlan dengan perangai Gani. Dlm hati, Mazlan beristighfar panjang menyabarkan hati yg panas dengan sikap Gani. Mazlan copy semua folder yg mengandungi nota kuliah En.Majid ke pendrive Gani.
"Dah siap dah copy." Mazlan memberitahu Gani. Mazlan malas nak berganjak dari mejanya kerana masih nak menyiapkan sedikit lagi kerja-kerjanya. Mazlan menghulur pendrive ke arah Gani yg hanya sejarak dua buah meja.
"Hm, mekasih." Gani seperti tadi juga, tangannya mengambil pendrive yg dihulur, tapi muka dipalingkan ke arah lain. Mazlan menggumam sendirian. Geram dgn perangai Gani yg seperti 'kurang adab'. Langsung tak reti courtesy. Mazlan beristighfar lagi di dalam hatinya 'Astaghfirullah al-aziim, sabarkan hati aku Tuhan...'
Mazlan mula mengemas mejanya nak masuk tidur kerana tugasan2 sudahpun disiapkan. Tika Mazlan hampir saja nak tekan butang off PC-nyer, Gani bersuara lagi. "Eh, kau dah siap ke tugasan tu?"
"Ha'ah dah siap. Kau dah siap belum?" Mazlan berbasa-basi.
"Belum. Tak yah tutup PC kau tu. Nanti aku nak tengok camne kau buat tugasan tu. Aku tak reti buat." Gani menjawab.
Terkedu Mazlan dengan jawapan Gani. Mazlan tak tahu nak bezakan jawapan dari Gani itu sebagai sebuah permintaan ataupun sebuah arahan. Dari tadi ber'chatting' dgn makwe, ingatkan dah siap kerja. Rupanya, Gani hanya nak ambil jalan mudah. TIRU! what kind of....!?? Kalau pakat buat bersama-sama tadi, kan lagi bagus. Ni, pakai nak tiru je kejenya...
Mazlan malas nak pikir banyak. Ditinggalkan PC-nyer dan berlalu ke bilik air. Ambil wudhuk, baca surah al-Mulk dan tidur.
"Hm, biarkan luncai terjun dengan labunya..." Mazlan merungut sebelum matanya lena.
Ambo kata: Budi bahasa budaya kita. Jangan memalukan bangsa sendiri dengan sikap yg memalukan ini.
p/s: Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yg hidup ataupun yg sudah meninggal dunia.. peace yo!
Comments
Post a Comment