Assalamu alaikum wbt,
Dalam PRK demi PRK yg menyaksikan calon-calon PAS turun ke lapangan membawa risalah melalui PAS, tidak henti-hentinya pihak lawan mengulang-ulang lagi lama yang mereka cipta dan dituduh kepada PAS.
Kali ini terbit pula poster kempen yang berisi lambang PAS dengan tanda pangkah ditambah tagline "UNDI PAS, MASUK SYURGA". Sudah tentu ia ada poster ciptaan parti lawan untuk membuat sakit hati pengundi dan mengalihkan pilihan mereka kepada lawan.
Bangkita dari isu ini, ana bangkitkan semula satu artikel yang pernah ditulis oleh mantan jurubicara PAS, ketua Penerangan yang lalu, Hj Subky Latif dalam blog beliau :
===============
Thursday, March 04, 2004
UMNO KATA UNDI PAS MASUK SYURGA
JIKA dulu UMNO kata PAS kata UMNO kafir, maka mulai tahun 2004 ini UMNO kata PAS kata undi PAS masuk syurga.
Hingga SPR ikut terperangkap dalam usaha UMNO memerangkap PAS dalam kempen pilihan raya sekarang. SPR berjaya memperaturankan bahawa barang siapa bercakap tentang janji syurga dalam pilihan raya adalah satu kesalahan dan jika calonnya menang nescaya kemenangan itu boleh dibatalkan.
Jika dalam isu kafir mengkafir, PAS bercakap tentang batas-batas iman dan kubur; bagaimana iman seseorang boleh tergelincir, maka dalam era isu janji syurga ini, PAS bercakap tentang konsep pahala dan dosa dalam politik.
Dengan menggunakan isu kafir mengkafir, UMNO berjaya mengelirukan orang ramai kononnya PAS kata UMNO kafir sedang UMNO yang kata PAS kata UMNO kafir. Dengan tipu daya politiknya itu, PAS berjaya dipencilkan dari masyarakat umum setiap kali pilihan raya.
PAS menyedari ia diperangkap dan tahu bahawa perangkap UMNO itu banyak merugikan PAS, maka bodohlah PAS kalau ia mencipta dan menggunakan isu mengkafirkan UMNO. Masakan PAS suka menggunakan isu yang boleh memencilkan dirinya dari masyarakat. Setiap kali menjelang pilihan raya maka isu kafir mengkafirpun hidup semula.
Tetapi isu itu tiba pada kemuncaknya apabila UMNO di bawah Setiausaha Agungnya, Tan Sri Sanusi Joned dan Presidennya Dr. Mahathir tahun 1983 mencabar PAS berdepan di TV secara langsung dengan tajuk yang UMNO bagi iaitu PAS kata UMNO kafir. PAS membeli cabaran itu dengan menyanggupi tajuk yang UMNO beri dan syarat yang UMNO sediakan.
PAS bersedia turun untuk memberi tahu, bukan PAS kata UMNO kafir tetapi UMNO yang kata PAS kata UMNO kafir. Akhirnya Yang Dipertuan Agong bersetuju memerintahkan debat itu dibatalkan.
Tidak dinafikan ada juga orang PAS yang tidak terkewal, masuk perangkap UMNO menggunakan kata-kata UMNO yang mengata UMNO kafir. Tetapi mereka sekalian sudah masuk kaki lima UMNO dan makan gaji dengan UMNO.
Maka PAS selepas itu membebaskan dirinya dari perangkap UMNO tidak mahu terlibat, tidak kata UMNO kafir dan tidak mahu kata UMNO tidak kafir.
Sekarang timbul pula isu UMNO kata PAS kata undi PAS masuk syurga. Pemimpin-pemimpin tidak kata dan tidak akan kata mengundi PAS dijamin syurga. Sama dengan masuk Islam tidak dijamin syurga, maka tiada dijamin syurga sekadar mengundi PAS.
Yang dijamin syurga ialah para nabi, para syuhadak, para sidiqin dan solihan yang antaranya sepuluh sahabat nabi serta para malaikat. Sekadar masuk Islam boleh masuk syurga tetapi tidak terjamin. Tetapi tidak masuk Islam sah tiada tempat di syurga.
Mengundi PAS boleh dapat pahala kalau niatnya kerana Allah, tetapi kalau niat solat, puasa dan zakat tidak kerana Allah, tidak dapat pahala juga. Sama dengan sahabat yang hijrah kerana Allah dapat pahala hijrah, tetapi yang hijrah kerana perempuan, nescaya dapat perempuan saja. Begitu juga solat dapat pahala tetapi tidak dijamin syurga, tetapi tidak solat dapat dosa dan sah menempah tempat di neraka.
Oleh kerana politik sebahagian dari hidup dan kehidupan, seperti ikrar dalam doa iftitah: solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah, berpolitiklah kerana Allah.
Berpolitik kerana Allah nescaya dapat pahala. Tetapi tanyalah majlis fatwa, berpahala atau tidak kalau berpolitik bukan kerana Allah? Berpolitik kerana Allah juga sama seperti solat dan puasa ada syarat sah dan batalnya. Kalau hukum-hukum yang Allah tentukan tidak dihiraukan, boleh batal poliltik kerana Allah itu.
Memandu bas dengan niat ibadat berpahala. Kalau memandu bas saja-saja, ada yang tidak berdosa tetapi tidak berpahala. Orang Islam diajar jangan membuat kerja tidak berfaedah. Kerja yang tidak berfedah ialah kerana yang tidak berpahala. Kalau sesuatu kerja itu ada peluang membuat pahala, mengapa kita harus membuatnya tetapi tidak dapat pahala. Dari bekerja tidak berpahala dan tidak berdosa, baiklah membuat kerja yang sama yang berpahala.
Seorang Tok Guru memberi tahu saya, ‘Ana tak mahu kerja yang tidak berpahala walaupun ia tidak berdosa.
Atas dasar supaya orang Islam dapat sebanyak pahala, maka dinasihatkan supaya orang-orang politik berfikir tentang konsep pahala dan dosa dalam berpolitik. Oleh kerana Islam tidak terlepas dari menyebut syurga dan neraka, maka ia terpaksa disebut dari semasa ke s emasa supaya orang ingat dan mendapat manfaat. Tetapi manusia tidak menjanjikan syurga. Syurga itu milik Allah. Demikian juga negara adalah miliknya.
MIN AINA
04/03/04
ambo kata: ramai sangat duk wat fitnah, ambo jadi geram weh.. kebenaran mesti ditegakkan walaupun ia sepahit jadam.

Comments
Post a Comment