Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Dipetik dari blog Nik Abduh

KELANTAN DAN MAKSIAT Salam Palestin, Jika mereka bertanya saya, apakah yang paling manis sepanjang 8 tahun saya sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)? Saya akan menjawab, bersama menikmati usaha-usaha ke arah memantapkan perlaksanaan Islam di perbandaran Kota Bharu bersama para ahli majlis dan pegawai kerajaan di peringkat atasan dan bawahan yang begitu ikhlas, konsisten dan tanpa menghiraukan penat dan lelah. Jika pula mereka bertanya saya, apakah yang paling pahit dan mengecewakan pula? Saya akan menjawab, ketika bungkam dan hilang kata-kata memerhati kerenah segelintir ahli majlis dan pegawai kerajaan juga, atas dan bawah yang begitu lunak cakapannya, lebat hujahnya dan bersimpang siur liatnya untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar! Paling manis, bila saya turut menyumbang buah fikir dan turut menyertai perlaksanaan program dan projek yang baik dan berguna untuk warga MPKB dan rakyat Kelantan umumnya. Paling pahit, bila keengganan it

Anak-anak Kelahiran 80-an

-SEKOLAH- Dulu.. Kalau pegi sekolah, umi bagi duit 50 sen sebagai duit belanja. Waktu rehat, pegi kantin, beli nasik lemak sepinggan 30sen, yg kuantitinya sama macam sebungkus nasi lemak RM1 sekarang. Lagi 20sen, ambo beli air sirap. Dan, ambo pun makan dengan hepinyer.. Naik darjah 6, ada dua adik yang ambo kena jaga, Kak Ngah (Djh 3) dan Abe Chik (Djh 1). Umi pun bagi la duit lebih sikit. Rm2.00. Boleh beli nasi lemak dua pinggan yang harganya 50sen sepinggan, kedua-duanya untuk adik-adik ambo. Beli air sirap tiga bungkus yg harga 20sen sebungkus. Pastu beli kuih-muih dua biji untuk ambo sendiri, 20sen satu. Tapi, saiz kuih zaman tu macam saiz kuih-muih yg harga 50sen sebiji zaman sekarang. Kini.. Kalau pegi sekolah, mesti bawa paling kurang RM2.00. RM1.00 tu baru boleh lepas lepas. Tapi, adik ambo yg masih sekolah katanya, nasi dah naik harga. Sekarang sudah RM1.20 sebungkus. Air sirap ke, oren ke, paling murah harga 50sen sebungkus. Baki duit, samada baw

Tazkirah Untuk Para Pengundi

PUISI KE NI? Politik negara parah sudah, Lautan pimpinan hisap darah, Yang berulang adalah sejarah, Kroni satu persatu mahu jajah, Hipokrasi bersandiwara pembangunan ummah, Residen lembik ingat mereka gagah. Aku sedar aku bukan sebenar pejuang, Tapi, kepada pertiwiku tidaklah petualang, Bukan senang-senang melepas peluang, Undi setiap penggal akan ku galang, Biar berpatah arang, jangan berputih tulang. Momokan si lidah bercabang menyengat jitu, Orang kata tiada faedahnya undi itu, Aku langsung pelik dan ajaib dengan akal sebegitu, Nak keluar rumah sendiri tak jumpa pintu, Orang bagi bernyawa, nak cari hantu? Orang kata aku bodoh. Kata mereka: Buat apa menyokong manusia yang gila kuasa? Kata aku: Kita bukan gila kuasa. Tapi, kita kena ambil kuasa dari orang gila. Kalau tak mampu ambil sendiri, apa salahnya membantu dari belakang tabir? Cerekarama ringkas: "Awe..ado saing Tok buwi RM100 ni ko mung. Gi beli la buku ko, gapo-gapo la

UMNO kata: PAS kata undi PAS masuk syurga

Assalamu alaikum wbt, Dalam PRK demi PRK yg menyaksikan calon-calon PAS turun ke lapangan membawa risalah melalui PAS, tidak henti-hentinya pihak lawan mengulang-ulang lagi lama yang mereka cipta dan dituduh kepada PAS. Kali ini terbit pula poster kempen yang berisi lambang PAS dengan tanda pangkah ditambah tagline "UNDI PAS, MASUK SYURGA". Sudah tentu ia ada poster ciptaan parti lawan untuk membuat sakit hati pengundi dan mengalihkan pilihan mereka kepada lawan. Bangkita dari isu ini, ana bangkitkan semula satu artikel yang pernah ditulis oleh mantan jurubicara PAS, ketua Penerangan yang lalu, Hj Subky Latif dalam blog beliau : =============== Thursday, March 04, 2004 UMNO KATA UNDI PAS MASUK SYURGA JIKA dulu UMNO kata PAS kata UMNO kafir, maka mulai tahun 2004 ini UMNO kata PAS kata undi PAS masuk syurga. Hingga SPR ikut terperangkap dalam usaha UMNO memerangkap PAS dalam kempen pilihan raya sekarang. SPR berjaya memperaturankan bah