Teringat zaman sekolah rendah dulu.. ambo pernah terlibat dengan cinta monyet..hahaha! sebenarnya bukan cinta monyet pun, tapi jadi secret admirer dari jauh. kelakar betul. waktu tu, kalau tengok yg mana kiut-miut sikit tu, mulalah ambo minat. biasanya budak yg paling popular kat sekolah la.. secret admirer pulak yg jenis setia gitu. tapi, kadang-kadang tu gaya ambo minat ala-ala stalker gitu. kalau petang-petang, sengaja baca buku atau buat latihan yg cikgu bg kat beranda rumah, bukan apa nnti senang nk tengok 'dia' lalu depan rumah ambo naik motor cabuknya sebab pegi buang sampah yg mak 'dia' suruh agaknya. hahaha... tengok 'dia' buang sampah pun sanggup. waktu tu, kalau terserempak dengan 'dia' bukan main dup-dap lagi hati. isk, dahsyat betul penangan cinta monyet waktu tu.
Masuk zaman sekolah menengah, ambo pindah ikut abah tukar kerja. ambo bersyukur sungguh dengan suasana sekolah mengah ambo, sebab sekolah yg ambo belajar adalah jenis sekolah
menengah agama arab. di situ ambo belajar banyak tentang agama. ambo belajar sirah, tafsir, hadis, quran, nahu dan soraf, mutalaah dan macam-macam lagi. memang patut semua anak-anak muda didedahkan dengan perkara sebegini. setidaknya, boleh jadi pegangan bila berda di dunia luar yg penuh dugaan kelak.
Kawan-kawan ambo masa sekolah rendah dulu ramai jugak yg masuk sekolah menengah biasa. hasilnya, pergaulan sosial bnyak yg tak terjaga mengikut lunas-lunas Islam. tak boleh salahkan mereka juga sebab acuan sekolah yg mendidik mereka jadi begitu. Tapi, ada jugak yang menjadi. Kadang-kadang lagi baik dari yang sekolah agama..
Sekolah menengah ambo tu, walaupun bercampur lelaki dan perempuan, tetapi pergaulan masing-masing ada mata yg mengawal (ustaz, ustazah). Tapi, biasalah gelojak hati orang muda ni kan.. ambo waktu tu, selera mula berubah. Kalau dulu, pantang tengok budak lelaki yg kiut-miut mula lah minat. tapi, di sekolah tu, pantang tengok yang alim dan baik perangai, mulalah taruh minat. ada la 2,3 orang yg ambo minat dari jauh, tapi sekarang ambo dengar ada yg antara ambo minat tu dah tunang dan bernak-pinak pun.. orang minat ambo pun ada juga, tapi ambo tak layan. entah la, memang style ambo gitu. ambo minat orang tak apa, jangan ambo tahu ada orang yg minat ambo. cukup tak suka. mesti orang yg sebegitu ambo reject awal-awal. suka memburu, tak suka diburu. orang zodiak Leo macam ambo ni memang perangai gitu kot..tah la..
Tapi tak lama lepas tu (selepas keputusan PMR), ambo pindah sekolah lagi sebab keputusan PMR yg agak cemerlang, 8A 1B (yang B tu mestilah subjek English, haha..). Kali ni, masih sekolah agama juga, cuma bezanya sekolah perempuan saja. Waktu tu, berlakulah 'turning point' dalam hidup ambo. tak ada lagi minat orang tu, minat orang ni.. jiwa dan raga fokus pada pembelajaran. sekolah tu pun agak elit, maka pelajarnya elit-elit belaka. tak dapat tidak, persaingan untuk mendapat tempat terbaik perlu di tahap optimum. sekolah tu ada sesi usrah yg wajib join. mula-mula ambo sebagai ahli biasa, lama-lama diangkat menjadi naqibah. pernah juga join pertandingan ceramah agama (secara bidan terjun je sebenarnya), alhamdulillah menang,hingga dijoloki nama 'Ustazah Bahiyah' sebab tiru cara die ceramah, bukan apa, waktu tu memang ambo betul-betul minat ustazah tu.. pernah juga join pertandingan bahas. tapi tak menang. namun alhamdulillah, krn semua tu memberi pengalaman dan ilmu yg berguna di masa depan ambo.
lepas SPM, ambo apply matrikulasi dan jugak UPU. tapi, rezeki ambo nmpaknya di matrikulasi. utara pulak tue.. sebenarnya ambo mmg minat duk kawasan utara ni. tu semua sebab penangan tengok movie Prof. Razak-Anak Mami The Movie tu la.. boleh kata, faktor utama ambo nak ke utara sebab suker tgk cerita tu. suker bahasa utara yg sama eksotik dgn kelate, terengganu. lagipun, ambo tak minat nak migrasi ke bahagian tengah dan selatan Malaysia..
Masa di matrik ni, banyak jugak cabarannya. Asal-asal dari sekolah agama perempuan, tiba-tiba keluar dari sekolah, macam-macam orang jumpa. Apa omputih kata.."culture shock" gitu.. Tapi, alhamdulillah, kat sana ambo join Persatuan Pusat Islam. Bila mata dan hati kadang-kadang tersasar dari landasaa, ada sahabat dan ustaz/ah yg mengingatkan. Berkenan org tu, org ni biasalah.. Terutama kalau yg jadi imam, ngajinya sedap betul. Tazkirahnya mantap. Hati mulalah berkenan. Nasib baik ada yang mengingatkan. "Innamal a'malu binniat.." Nak buat kerja dakwah, nak buat kerja Islam, hati kena jaga, kena bersih dari maksiat...
Alhamdulillah, sesi matrikulasi selama setahun pun berlalu..
Kini, ambo berada di IPT pula. Lagi utara... Kali ni bukan sebab movie lagi. Tapi sebab pilihan hati memang nak universiti dan kursus ni. Walaupun pd asalnya, ambo nak amik Senibina di UiTM, tapi rezeki bukan milik ambo. Lalu, pilihan kedua kursus ijazah ni, menetapkan ambo di bumi Perlis Indera Kayangan yg indah lagi permai ini...Alhamdulillah..
Di sini, tanggungjawab yg tergalas di bahu semakin terasa. Tanggungjawab sebagai anak sulung makin terasa. Tanggungjawab sebagai mahasiswa Islam dalam menongkah arus kelalaian duniawi makin terasa. Tanggungjawab sebagai salah satu umat Islam yg harus bangun menentang kekufuran dan menegakkan Islam semakin jelas di depan mata. Terngiang-ngiang di telinga ambo tentang satu kata azimat dari Saidina Abu Bakar yg pernah ustaz ambo ceritakan dulu:
"Takkanlah Islam mati ketika aku masih hidup lagi?"
Berderau darah muda ini, tatkala menyoroti maksud ayat ini. Mencacak bulu roma mengingatnya. Ambo nekad dan tekad. Tiada lagi istilah cinta monyet. Tiada lagi istilah mencari cinta makhluk. Cinta Allah dan Rasul yg paling hakiki. Itu yg perlu ambo kejar.
Bukan bermakna, ambo tak mahu bernikah kahwin. Tapi, jodoh, ajal, pertemuan itu kan sudah Allah tetapkan di Luh Mahfuz. Tak percayakah lagi ambo pada ketentuan Allah yg Maha Penyayang dan Maha Adil. Kejarlah cinta akhirat, pasti cinta dunia akan mengejar...
ambo kata: "Perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik.."
Comments
Post a Comment