sedih hati ambo ni rasanya..nak tau kenapa?
sebabnya ambo mendengar suatu berita yg cukup menyayat hati ambo..
'kisah kematian seekor anak kucing yang comel'..
ambo berkenalan dengan anak kucing ni sewaktu ambo di program PrOMAS(Program Motivasi Anak Soleh) anjuran NEC (Nisa' Educare Centre).. anak kucing ni ambo nak namakan ia sebagai Kuning. hari pertama (18.12.2009) ambo sampai di program ni, Kuning adalah antara yg menyambut kedatangan ambo di kaki tangga penginapan urusetia. Kuning kurus badannya, mungkin kerna sudah ditinggal ibunya walaupun masih kecil lagi.. Kuning cukup manja dengan kami semua.. waktu kami mendengar ceramah di dalam dewan, Kuning pasti akan menggesel-gesel badan kurusnya di dinding dewan, Kuning tak susahkan orang.. waktu kami makan, Kuning tak akan masuk dekat walaupun kami tahu dia cukup lapar.. Kuning hanya diamkan diri menunggu sisa-sisa makanan dari kami.. waktu malam yg sejuk, Kuning turut naik ke penginapan kami, ingin menumpang haba dari kami semua..
hari terakhir (18.12.2009), ambo rasa adalah org yg plg lama bersama dgn Kuning.. sebabnya, ambo hanya berada di penginapan utk menyiapkan tayangan montaj bg majlis penutup.. Kuning yg menemankan ambo yg keseorangan di dalam rumah itu.. waktu pagi yg sejuk itu, Kuning berkongsi haba badannya di atas paha ambo.. bila ambo leka, Kuning mula memanjat naik ke atas laptop ambo ini.. ambo turut berkongsi kek Apollo dan nasi goreng ambo dgn Kuning..
bila siap montaj yg ambo buat tu, ambo mula bersiap utk ke dewan.. Kuning turut ambo bawa turun bersama.. bila selesai majlis penutup, semua dijemput makan.. ambo pun join makan brsama.. lps basuh tangan, ambo tercari-cari mana Kuning.. rupa-rupanya, Kuning naik semula ke tempat penginapan, lalu ambo bawa Kuning turun.. ambo bagi Kuning makan sisa-sisa tulang ayam yg masih berisi.. cukup berselera Kuning makan.. ambo cakap dengan Kuning: "nanti bila kami dah balik, kau makan la kenyang-kenyang makanan yg masih ada lagi ni ye.." tak tahu kenapa, tapi ambo cukup sayu menuturkan kata-kata itu.. habis program, ambo bertolak balik ke rumah, selamat tinggal Kuning..
malam ini, ambo dapat khabar berita dari kawan ambo yg sedikit lewat pulang dari program tu, mengenai kematian Kuning.. ambo cukup terkejut!! Kuning mati dipijak tayar kereta Kak Mie!
menurut kawan2 ambo yg pulang lewat tu, Kak Mie dah jenguk kepala ke luar kereta utk memastikan Kuning tidak berada di bawah kereta.. malang tidak berbau, tayar kereta Kak Mie menggilis kepala Kuning.... tengkorak kepala Kuning pecah..hidungnya berbuih darah merah, Kuning menggelupur kesakitan.. Kak Mie dan yang lain kaku tanpa kata, terlalu terkejut melihat apa yg berlaku pada Kuning di depan mata.. Kuning yg masih nyawa-nyawa ikan dibawa pulang ke rumah Kak Dila utk dikebumikan dengan sempurna.. air mata menitis sayu mengenangkan Kuning yg setia menemani kami semua sepanjang program itu..
Begitulah akhirnya riwayat seekor anak kucing yg tiada beribu.. Hayatnya cuma beberapa hari sahaja. Walaupun hanya sekejap Kuning bersama kami, ia cukup meninggalkan kesan yg mendalam di hati kami.. ambo yg biasanya tidak kisah dengan makhluk bernama kucing, kini terasa cukup sayu.. sayu sangat-sangat.. entah kenapa..
Kuning, ambo percaya Allah telah menempatkan kau di tempat yg terbaik.. ambo pula, masih terkial-kial mencari keredaan Allah di atas muka bumi ni.. semoga kita berjumpa di akhirat kelak..
Comments
Post a Comment