Skip to main content

Posts

Orang pengsan tak dikenali. Apa nak buat?

Bismillah.. Selepas balik dari kelas, CL keluar untuk beli air RO di mesin kat area taman. Hanya bawak purse yang ada duit syiling. Helmet pun tak pakai sebab dekat sangat. Sampai kat mesin RO water, CL nampak dua orang sisters tgh duduk tepi mesin tu sambil duk cakap-cakap dengan sorang sister yg duduk tepi longkang. Mula tu, CL ingatkan depa tgh pujuk budak tu apa kebenda.. Muka sister tu macam muram je, so CL assume dia maybe tgh sedih or menangis sebab baru break-up ke, dapat berita mengejut ke..  Tapi, pelik jugak la, kenapa la pegi duduk tepi longkang a.k.a kaki lima kedai sedangkan orang duk lalu-lalang kat situ. Tak malu ke.. Kenapa la tak pegi duduk atas motor ke, atau mana-mana tempat yg lebih sesuai dari tepi longkang tu. Pikir sensorang sambil tuju ke mesin RO-water.. Nampak tak? Negative-thinking tu CL! Adui... Sambil duk tunggu isi air dlm botol, CL duk usha tanya depa tiga tu. Rupa-rupanya, sis yang tgh terduduk tu takleh bangun. Bukan kecewa baru break-...

Siapakah Laksamana Sunan abad ini?

Ramlee Awang Murshid a.k.a. RAM That's it! His novels always being my top choice for eye-scanning each time I'm hooked up at book store. Hehe, really loved 'em.  Selain dari tulisan RAM, novelis J.K. Rowling juga antara my top choice. Hehe, sape lagi kalau bukan pengarang world-popular series, Harry Potter tu. Dua novelis ni je yang CL sanggup habiskan duit untuk beli buku-buku depa. Yang lain2 tu biasanya pinjam dari library atau kawan2 atau sepupu jek. Karya A.Samad Said pun kadang-kadang CL layan jugak la, tapi banyak yang tak faham, sastera dia guna tinggi sangat (ampun pak, hehe..). Tapi sebenarnya novel dia sarat dengan nilai-nilai murni dan sindiran terhadap kebobrokan sistem dalam negara kita. I like that part! Kalau nak baca novel yang berkisar kaya dengan nilai-nilai kemasyarakatan Melayu pulak, CL suggest baca tulisan Khadijah Ibrahim. Tulisan dia pun bagus, boleh nangis baca tang part sedih tu. Umi CL kalau bagi baca novel tulisan Khadijah ni,...

Muaz: My beloved...

U got the style kid.. Kesian kat Muaz, demam.. Olololo~ hensemnya.. Sejak kecil lagi, anak ini sudah didedahkan dengan dunia pendidikan oleh uminya (Uminya seorang pelajar Sarjana). Muaz cukup minat dengan buku dan komputer. Muaz ditocang rambut oleh CL. Zaman beliau berambut panjang. Marah ler tu.. Ada gaya ulamak tak? Lensa Che Long: Muaz dah dapat adik baru. Khaulah... Nantikan debut baby Khaulah pulak lepas ni..InsyaAllah kalau sempat masa, hehe.

How to be a multi-tasking person?

Bismillah.. Ada orang tanya CL, tak penat ke kerja siang malam? Dengan study pun tak habis lagi. Kerja-kerja Islam lagi. Hurm..Penat memang penat. Kita manusia, bukan robot. Ada masa, demam jugak. Ada masa, terseliuh situ-sini. Ada masa, sakit pinggang. Ada masa, stress sampai menangis. Ada masa, kecewa dan terkilan dengan layanan orang sekeliling terhadap kita. CL pegang pada dua prinsip ni:- 1. Bekerjalah seolah-olah kamu nak hidup 1000 tahun lagi. Beribadahlah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari. 2. Tiada istilah rehat dalam diari seorang pejuang. Kerehatan hanya ketika mati. Kadang-kadang perasaan penat dan mahu bermalas-malasan itu tetap juga berkunjung tiba. Itu tak dapat dinafikan. Jadi, macam mana caranya kita nak hadapi situasi ini? Jawapannya, cari satu TITIK MOTIVASI dalam diri kita untuk kita terus move-forward in this challenging world. Ada sesetengah orang meletakkan titik motivasinya, Keluarga. Wang dan aset. Tahap akademik. Kekasih hati. Jawatan d...

PETUA RAWAT DEMAM

Assalamualaikum.  Fuhhhh.....! Tiup sikit habuk yang bersawang di blog ni. Hehe.. Maklumlah busy sikit YB ni ha.. Tambah pulak baru kebah demam. CL kali ni nak share satu kaedah untuk ubati demam tanpa makan ubat panadol/paracetamol atau segala jenis drugs la. (Kalau demam panas tu tak berani jamin la sebab CL tak pernah kena lagi). Ini untuk kes demam selsema atau flu biasa-biasa je tu. Walaupun biasa-biasa mahu baring atas kat tilam 2, 3 hari jugak kan??? Dulu-dulu, CL kalau demam je telan panadol. Paling suka telan menda Actifast nu ha.. Ye la kan, terpengaruh dengan iklan nak sembuh cepat macam dalam TV duk tayang selalu tu la. Tapi, sebenarnya kalau sahabat semua nak tahu, semua jenis drugs ni akan kekal dalam badan kita untuk jangka masa yg lama sebelum dia akan fully dissolve dari badan kita, especially si paracetamol tu ha.. Banyak link ttg bahayanya paracetamol ni. Antaranya:- 1. http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/tahukah-anda-ba...

Cinta Pendosa (Part 2)

"Mimi.. La tahzan. Jangan sedih.." Tenang Aida menuturkan bicara. Mimi sekali lagi termanggu dengan tutur kata  Aida. Begitu aneh rasanya ungkapan itu buat situasi dirinya kini. "Mimi nak tahu tak kenapa Allah bagi awak perasaan tersepit ni?" Aida cuba menyelami isi hati gadis di depannya itu.  Mimi hanya diam tak berkutik, bulat matanya menunggu. "Sebab... Allah sayangkan awaklah dia campakkan rasa tu dalam hati awak. Mimi sebenarnya beruntung tau, sebab Allah masih lagi beri peluang  untuk rasa bertaubat pada-Nya. Perasaan yang hadir dalam hati Mimi tu sebenarnya adalah fitrah.."  "Apa maksud akak? Fitrah? Saya tak faham." Mimi akhirnya meluahkan apa yang tersimpul di hati. "Kalau Mimi nak tahu, setiap manusia yang diciptakan ke dunia ni dibekalkan dengan fitrah untuk rasa bertuhan. Fungsi fitrah nilah yang akan pandu manusia  supaya dapat membezakan antara baik dan buruk. Dosa dan pahala. Sebagai contoh, pernah tak bila M...

Untukmu Muslimah

Dipetik dari buku "Buat Bakal Isteriku" tulisan Ibnu Rijal. Biar dibenci, biar ditohmah, Dikau dikritik, dikau difitnah, Walau dianggap insan yang lemah, Abdi pada Rabbmu tetap kau istiqamah, Tirai maruahmu di sebalik jubah, Hiasan rupamu di sebalik purdah, Walau yang lain sibuk mendedah, Usah kau peduli, usah kau endah, Kerna dikau hiasan terindah, Anugerah Allah SWT di bumi bertuah, Buat dikau pewaris Jannah. La Tahzan! Wahai Muslimah..