30 Julai 2014 bersamaan dengan 3 Syawal 1435H , secara rasminya CL menyandang gelaran isteri kepada seorang pemuda yang baik berasal dari negeri Terengganu Darul Iman. Beberapa detik sebelum akad Setelah segala hempas pulas proses membina masjid (taaruf, merisik dan tunang), akhirnya dengan sekali lafaz, sahlah CL menjadi sang isteri. Alhamdulillah.. Wali CL adalah adik lelaki tunggal sendiri (sedih sebenarnya sebab arwah Abah tiada bersama). Waktu lepas akad, sempat CL kerling Umi, nampak matanya merah, hampir menangis tapi ditahannya. CL pun tahan rasa, malu nak keluarkan air mata. Hehe.. Perasaan selepas akad? Takut dan cemas. Dan syukur. Takut kalau-kalau tak mampu menjalankan amanah Allah ini dengan baik. Cemas kalau-kalau CL bukanlah yang terbaik untuk dia. Bersyukur kerana Allah memberi rezeki jodoh. Berharap agar dengan ikatan ini akan membawa CL dan keluarga lebih dekat kepada redha Allah yang didambakan selama ini. Orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan adal
Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itu kampung abadi. Blog ini mengandungi nukilan pengalaman hidup penulis, perkongsian pendapat, karya seni dan petikan tazkirah. Semoga nukilan-nukilan ini memberi manfaat kepada semua lantas menjadi saham akhirat buat penulis. Amin!