Bismillah.. 20 Ramadan 1434H. Maka malam ini adalah malam pertama. Malam pertama dari 10 malam terakhir Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh Allah untuk menghirup udara Ramadhan pada tahun ini. Namun, entah kenapa dada ini terasa sesak kali ini. Sesak mengingatkan betapa selesanya aku di sini jika dibandingkan dengan saudara-saudaraku di negara lain. Masih mampu ke bazar pada waktu petang mencari juadah ifthor. Menikmati ayam percik, kuih akok, air tebu di waktu berbuka. Masih mampu membaca al-Quran di dalam suasana rumah yang selesa walau hakikatnya sejuzuk sehari pun kadang-kadang tak mampu dihabiskan. Masih mampu membawa beg tangan cantik untuk diisi kain telekung untuk solat terawih di masjid walau hakikatnya kadang-kadang solat tidak khusyuk pada Allah. Masih mampu duduk bersila selesa di dalam masjid berhawa dingin untuk mendengar tazkirah Ramadhan selepas terawih walau hakikatnya ada juga pesanan tuan guru yang tidak lekat di kepala kerana fikiran ralit men
Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itu kampung abadi. Blog ini mengandungi nukilan pengalaman hidup penulis, perkongsian pendapat, karya seni dan petikan tazkirah. Semoga nukilan-nukilan ini memberi manfaat kepada semua lantas menjadi saham akhirat buat penulis. Amin!