Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Guru KAFA Perlis (Ganti)

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. ::PERMOHONAN:: Dua bulan yang lalu, CL ada hantar borang permohonan untuk menjadi guru KAFA ke JAIPs (Jabatan Agama Islam Perlis). Sebenarnya tak mengharap sangat pun untuk dapat tawaran sebab terang-terang dalam borang tu dah tulis 'keutamaan diberikan kepada anak Perlis'. CL bukan orang Perlis walaupun dah bermukim di sini dekat 6 tahun. Tapi, kita cuba je la kan. Mana tahu ada rezeki.  Sebenarnya, CL dapat maklumat dari seorang kawan yang mengajar KAFA tentang permohonan jawatan ni boleh apply bila-bila masa ja. Katanya, kalau zaman SPM dulu dapat result Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tinggi yang cemerlang jadi bolehlah try apply. Alhamdulillah, dulu CL dapat cemerlang, so tanpa berlengah CL ke JAIPs mintak borang kosong, isi, dan hantar. Staf kat JAIPs tu cakap, kalau CL lulus saringan pegawai diorang, CL akan dipanggil untuk interview. Kalau lulus interview tu, InsyaAllah dapat la kerjanya. Tup-tup, awal bulan Jun lepa

Peratus CINTA itu bagaimana?

Che Long ingat lagi kata-kata ustaz zaman sekolah menengah dulu. Katanya, insan dan CINTA tak dapat dipisahkan.  Tapi, pandai-pandailah kita menyusun atur CINTA kita. Jika diumpamakan CINTA itu 100% dari hati kita, maka:- 20% untuk keluarga kita (Ayah, Emak, Adik-beradik dll.) 20% untuk suami dan anak-anak. 60% untuk Allah dan Rasul. HIKMAH: Tatkala berlaku apa-apa kekecewaan (mati, bercerai, hilang dsb) yang melibatkan bahagian hati yang 20%, hati kita yang remuk-redam tu takdelah terlalu terkesan kerana kita masih ada bahagian hati yang 60% segar-bugar untuk meneruskan hidup sebelum pulang ke kampung abadi. SINIS: Kalau cinta pada boipren atau gelpren pulak lagu mana? Erk....jika tak termasuk dalam peratusan di atas, maka tak payahlah susah-susah nak buat. Kalau Islam memang tak suruh, kenapa gatal sangat nak buat jugak kan? Uhuk! CL amat percaya yang CINTA itu amat indah dan suci jika ianya HALALAN TOYYIBAN. Ehehe.. Ye la, bayangkan eh. Benda halal, kita nak buat

SYRIA, hatiku rawan.

Buka je Facebook, ada saja update terbaru dari Syam (Syria) yang menghiris hati. #Gadis Syria dirogol berulang-kali kemudian dibunuh kejam. #Kanak-kanak ditembak hingga pecah kepala. #Bayi dikelar-kelar sehingga mati. #Ribuan manusia terbunuh di bawah runtuhan bangunan disebabkan bom yang diletupkan di kediaman mereka. #Pemuda disembelih hidup-hidup. #Orang tua ditembak mati. #Kebuluran, kegelapan, ketakutan menyelubungi di mana-mana. #Bandar Aleppo sudah umpama ghost town. #Tembakan dan bom kedengaran jelas di dalam bandar. #Sejak Julai 2012 hingga bulan ini, angka terbunuh (statistik yang sempat dibuat) sudah mencapai 93,000 orang. Secara anggaran, 5.000 orang terbunuh setiap bulan. Bala apakah ini? Rejim Basyar laknatullah benar-benar mengamuk dan membantai rakyatnya sendiri. Tiada kompromi. Tiada perikemanusiaan. Aku terduduk, tidak tahu berbuat apa lagi. Saudaraku disiat-siat. Aku pedih dan pilu. Hatiku rawan. Namun, mujahid mereka juga sudah rama

Tarbiyah Seorang Kuli Kedai Makan

Bismillahirrahmaanirrahiim.. Tarbiyah.  Sebuah tarbiyah tidak semestinya didapati dan dipraktis di dalam sebuah usrah atau halaqah. Ia ada dalam kehidupan seharian kita, bergantung kepada bagaimana kita mahu mengolah hasil tarbiyah tersebut.  Siapa setuju?  **** Sebagaimana pembaca semua sedia maklum, CL ni bekerja part-time di sebuah kedai makan jual nasi Arab [ rujuk sini ]. Selepas habis waktu office hour (8am-5pm) di kluster tempat CL buat research untuk MSc, CL akan masuk kerja di kedai ini pulak. Tak dinafikan, memang penat yang teramat. -Di kluster, perah otak buat research. -Di kedai, perah kudrat seluruh tubuh sebagai kuli. -Kena bijak juga kawal emosi bila berurusan dengan pelanggan, majikan dan rakan sekerja. Sekadar gambar hiasan. Ehsan dari mr.Google. ** Bab kudrat diperah tu satu hal. Betul-betul menguji CL tentang '10 Muwasafat Tarbiyah' yang selalu CL duk bentang dalam usrah dan halaqah bersama dengan adik-adik dan sahabat tu. Kan antara mu