Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

1. Tidur lebih awal. 2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur 3. Tekad untuk bangun solat subuh 4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun 5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat 6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat 7. Mengguna saranan-saranan peringatan 8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur 9. Tidak tidur sendirian 10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain 11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap 12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat 13. Menyalakan lampu di saat bangun 14. Tidak berjaga malam terlalu lama 15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur 16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar 17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh 18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur 19. Tidur di siang hari (Qailulah) 20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib 21. Ikhl

Cedok Air Guna Raga..

Ada satu kisah yang cukup popular. Che Long pernah dengar kisah ini dari seorang murabbi yang amat dihormati. Kisah tentang seorang anak murid dan guru mengaji al-Quran yang zuhud. ***** A rakian bermula di sebuah kampung. Seorang anak murid yang sedang belajar mengaji al-Quran dengan seorang guru di kampungnya telah datang berjumpa gurunya pada suatu petang. "Apa guna saya mengaji kalau saya tidak tahu makna al-Quran, Tok?" Tanya murid tersebut dengan sedikit nada tidak puas hati.      "Bacalah dahulu perlahan-lahan, nanti Tok akan ajarkan maknanya kemudian," jawab gurunya dengan baik.      "Tapi Tok, saya rasa jemu dan tak berfaedah kalau saya belajar tanpa faham maknanya," jawab si murid.      "Baiklah, hari ini kita berhenti sekejap belajar mengaji dan Tok akan ajar sesuatu yang mungkin berguna buat kamu.," kata Tok guru. Sang murid kembali ceria mendengar jawapan gurunya.      Tok guru lalu menyerahkan kepada murid

Jiwa Kacau

BENAR kata-kata orang tua, " suka lawannya duka ". Hari ni, CL happy sangat-sangat. Gelak pun tak ingat dunia. Melawak tak tentu hala. Tengok-tengok sebelum nak pejamkan mata nih, ada kesedihan dan keberatan yang amat berat melanda jiwa. Tambah dengan musim ABC (Allah Bagi Cuti) a.k.a haidh ni lagilah jadi jiwa kacau dibuatnya. AMANAH dan tanggungjawab adalah satu benda yang Maha Berat. Jika dipikulkan ke bahu kita dan kita melaksanakan dengan sambil lewa, nantikan soal-balas di depan Tuhan di akhirat kelak. Sangat pedih adzab dari Tuhan buat hamba-Nya yang tidak amanah. Tiada berkat di dalam hidupnya. Jika menjadi pimpinan atasan, lagilah DAHSYAT dan BERAT dugaan yang datang melanda. Lagi berat jika orang bawahan menuntut haknya di akhirat kerna ketidak-puasan hatinya terhadap kita. Buat salah dengan Tuhan, masih boleh bertaubat. Tapi, jika berbuat salah dengan manusia, tiada redha-Nya selagi tidak meminta maaf dari yang punya hak. Jika hati dan jiwa tak terasa terusik

Listen, Listen, Listen!

Fuh, panas..panas..!  Isu yang cukup panas melanda negara kita. Isu seorang pelajar India yang bernama Bawani di' diam 'kan oleh seorang Presiden SW1M dalam sebuah forum di sebuah IPT di utara Malaysia iaitu UUM. Syukur sebenarnya dengan pendedahan video ni. Sekurang-kurangnya masyarakat sedar betapa selama ini mahasiswa diperkotak-katik oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Jujur, perkara sebegini bukan hanya berlaku di UUM sahaja tetapi di seluruh IPT di Malaysia dan masih berterusan hingga sekarang. Tak percaya? Silakan buat survey dan poll.. Mahasiswa yang selama ini TAKUT, GERUN dan BIMBANG akan tindakan AUKU yang bakal dikenakan jika mereka terlebih melawan pihak atasan/pihak penganjur, kini mereka bagaikan menonton kembali betapa mereka selama ini diperlaku seperti kanak-kanak tadika dan taska. Betapa maruah dan kredibiliti mahasiswa dijatuhkan sebawah-bawahnya. Diperkudakan. Diperlaku umpama lembu dicucuk hidung. Open your eyes and see! Ye, benar Ci

Dakwah itu tanggungjawab semua

Bila nak pakai baju, mesti nak cari yang cantik dan bergaya. Bila nak beli rumah dan kereta, mesti nak cari yang selesa dan mewah. Bila nak cari pasangan hidup, mesti nak cari yang tampan atau jelita. Bila nak makan, mesti nak cari yang menyelerakan dan sedap. Bila nak berdakwah, nak buat yang amar maaruf aje tapi nahi mungkar tak mahu. Ingat semua benda kat dunia ni tentang kecantikan/keindahan je ke yang wujud? So, di mana kita nak sembunyi rumah usang di negara ni?  Pengemis yang duk mengemis minta sedekah tepi jalan/pasar malam/pasar tani nak sumbat mana? Lelaki atau wanita yang tak seberapa putih kulit/hidung mancung/kulit licin/model-body nak taruk mana? Baju koyak yang dipakai orang susah takkan nak ditarik dari badan mereka? Paling penting, sasaran dakwah seperti petani/nelayan/orang kampung/anak muda hisap dadah/pelacur lorong hitam yang sering dilupakan mana nak letak? Nak berdakwah jangan memilih. Jangan pilih yang perjuang