Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Realiti Pejuang Muda

Sudah norma hidup bergelar pejuang, tidak akan ada episod mudah yang dilalui. Setiap kemanisan yang dirasai pasti jua disulami kepahitan yang tiada perinya. Andai tiada kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan pasti sudah lama dunia perjuangan ini ditinggalkan hanya kerana ingin mengejar menjadi kupu-kupu dunia. Hidupnya lama di dalam pupa barulah matang lantas mengibarkan sayapnya indah. Tak berapa lama hidup di dunia lalu berkubur di alam barzakh. Usia yang masih muda, kadang-kadang terasa seperti sudah tua benar. Buktinya, tika rakan seusia sedang bergembira bersama pacar mereka, berseronok dengan percutian di sana-sini, berhibur bersama teman dan keluarga tersayang, tenang di dalam pelayaran pendidikan mahupun kerjaya, NAMUN hidup seorang pejuang muda yang masih mentah ini sudah berkerut seribu dahinya memikirkan masalah ummah dan masyarakat. Memikirkan solusi dan mengatur perancangan demi sebuah keberjayaan strategi. Tidak mengapa, semoga ini menjadi suatu pelaburan yang lebih m