Fuhh.. Hari ini betul-betul memenatkan. Seriously! Penat tapi bahagia. Hari ni, ambo jadi sukarelawan dekat satu majlis perasmian sekolah tahfiz. Tolong bahagian jamuan. Agak penat sebab tetamu ada dalam 2000 orang. Sukarelawan lain pun penat juga tapi, kami saling bantu-membantu buat kerja. Apapun, kami bahagia sebab walaupun tak dapat menyumbang dari sudut kewangan, at least ada juga syer kami utk sumbangkan tenaga muda ni. "Jika kamu tolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu" . Kan sekolah tahfiz ni untuk mendidik anak-anak muda untuk jadi huffaz Quran.. Bila dah jadi huffaz, isi Kitabullah pun pasti terjaga, insyaAllah. Orang yang menjaga agama-Nya pula, Allah amat kasih dan sayang. Oleh kerana, ambo ni masih tak berpeluang lagi untuk hafal Quran secara sistematik macam adik-adik kat sekolah tu, sekurang-kurangnya, ada la jugak syer kami di akhirat nanti dari sudut sokongan moral ni. Harapnya Allah terima kerja kami yang seciput dan se' coet ' ni.
Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itu kampung abadi. Blog ini mengandungi nukilan pengalaman hidup penulis, perkongsian pendapat, karya seni dan petikan tazkirah. Semoga nukilan-nukilan ini memberi manfaat kepada semua lantas menjadi saham akhirat buat penulis. Amin!