"Saya tak tahu macam mana nak lupakan dia kak. Saya dah cuba, tapi susah. Rasa sakit sangat hati saya setiapkali perasaan tu datang. Tolong saya kak.." Gadis itu bersuara lirih. Matanya tunduk ke bawah. Entah apa yang dipandangnya. Aida melipat kaki duduk bersila kemas di atas katil bujangnya. Cuba mengatur ayat yang paling sesuai buat gadis comel bermata bundar di hadapannya kini. Dengung kipas siling yang berputar ligat bertingkah suara dengan alunan perlahan lagu Zikir Terapi "Subhanallah" dari komputer ribanya. Gadis berusia 21 tahun itu seorang junior yang sering dibawanya dalam bulatan gembira . Gadis itu hadir membawa sekeping luka di hatinya untuk dirawat bersama. Luka di hatinya disebabkan seorang lelaki yang dikasihinya. Namun, kasih itu cerita terlarang. Terlarang kerana batasan agama. "Mimi, jangan cepat putus asa. Akak tahu, awak boleh lupakan dia punya. Yang penting, awak ikhlaskan niat di hati awak kerana Allah. Kalau awak paks
Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itu kampung abadi. Blog ini mengandungi nukilan pengalaman hidup penulis, perkongsian pendapat, karya seni dan petikan tazkirah. Semoga nukilan-nukilan ini memberi manfaat kepada semua lantas menjadi saham akhirat buat penulis. Amin!