Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Panduan Menyambung Pengajian Master of Science (MSc)

Bismillah.. Ya Allah, sukarnya terasa perjalanan ini. Tak semudah yang CL sangka langsung. Personaliti diri yang mudah terganggu fokus turut menyumbang kemerosotan pencapaian dalam menyempurnakan pengajian. Allahurabbi, bantulah hamba-Mu ini. Matlamat mahu selesai pengajian dalam masa setahun, kini tersasar dari landasan. Perut mula bergelora kencang. Badai yang menghempas dada terasa memberat. Terasa semuanya serba tidak kena. ******************************************************************************** Nasihatku buat yang mahu menyambung pengajian sarjana terutama dalam bidang kajian (research mode), sebelum anda mendaftar dan mula terlibat dengan dunia ini, SILA:- 1. Pilih projek/tajuk yang anda minat dan mampu buat berdasarkan pengalaman dan ilmu asas anda. 2. Bincang sedalam-dalamnya dengan bakal penyelia anda termasuk risiko yang bakal anda hadapi semasa menjalankan projek tersebut nanti.  3. Bincangkan juga bersama bakal penyelia anda tentang aspek ke

Lempeng Tepung Beras

"Anda bujang dan sedang lapar? Malas nak keluar membeli di kedai atau warung?" Ini dia.... Resepi 'simple yet healthy' orang Kelantan buat lempeng.  Cuma CL modified sikit ikut selera sendiri. Masakan menggunakan tepung beras memang lembut. BAHAN-BAHAN:- Tepung beras (satu cawan) Tepung gandum (1/4 cawan) Telur (sebiji) Air (1 1/2 cawan) Bawang merah (2 ulas) Garam (secukup rasa) Esen vanilla (3 titik) Serbuk milo/koko (secukup rasa) CARA-CARA:- 1. Mayang atau kisar bawang merah. (Sesetengah anak-anak tak suka makan bawang, jadi amat berkesan jika bawang tersebut dikisar.) 2. Adunkan kesemua tepung beras, tepung gandum, telur, garam, air, bawang, esen vanilla dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati dan hilang ketulan gandum. 3. Cairkan mentega dalam kuali panas dengan api sederhana. Masukkan adunan lempeng dan goreng hingga masak. Tadaa!! Dah siap, boleh makan. 5 minit je.. Kalau ikut selera CL, akan cicah gula. Hehe, standard la tu orang Kel