Insiden berdarah bergolak kembali di Mesir. Setelah sekian lama Mesir mendambakan demokrasi yang akhirnya mereka dapati tika Presiden Morsi diangkat sebagai ketua negara, kini demokrasi yang rakyat Mesir pilih itu direnggut kasar oleh pimpinan kudeta yang sadis. Tanpa belas kasihan terhadap saudara mereka sendiri. Bahkan di bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia, tanpa segan-silu mereka tetap menghancurkan dada dan kepala saudara mereka dengan api, peluru, gas beracun, molotov, bom dan segala jenis senjata yang membunuh. Sedangkan rakyat lemah tanpa senjata. Rakyat sendiri ditindas dan dibunuh? Apa jenis kekejaman ini? Adakah sejarah jahiliyyah manusia sedang berputar kembali filemnya? Lebih malang lagi, ada segelinitir 'manusia bodoh' yang menyalahkan demonstran. Kata mereka, memang patut tentera/polis membunuh demonstran/penyokong Morsi kerana mereka yang memberontak. Kata mereka lagi, demonstran ini sendiri yang memilih jalan celaka. Jalan kematian. Sungguh mereka ti
Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itu kampung abadi. Blog ini mengandungi nukilan pengalaman hidup penulis, perkongsian pendapat, karya seni dan petikan tazkirah. Semoga nukilan-nukilan ini memberi manfaat kepada semua lantas menjadi saham akhirat buat penulis. Amin!