Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Teringat zaman dulu kala yang nakal..

Ambo ni masa kecik-kecik dulu, kalau nak kata golongan 'nakal giler babas' tu takde la sangat. Degil tu ada la..  Kena rotan, pukul, marah ngan umi tu memang ada. Zaman 90-an tu memang mengandungi banyak memori kanak-kanak yang tak dapat ambo lupa. Zaman tu, umi ambo memang cukup garang. Huish, takut.. Pagi-pagi, cukup liat ambo nak bangun tidur. Tapi, umi bukan jenis membebel. Dia jenis 'action-styled'. Sekali, dua kali dia panggil dari dapur, kalau hanya sahutan suara je yg kedengaran, no more third time calling. Umi ke katil kami adik-beradik (zaman tu, tidur guna kelambu putih yg beli kat penjaja Siam tue..), selak kelambu dan dengan pantas 'cubitan ketam maut' hinggap di peha. Untuk hasilkan cubitan berbisa ini, haruslah menjepit dengan hujung ibu jari dan jari telunjuk yg nak dekat2 kuku tu. Cubit dan tarik kulit ke atas. Aduh, memang sakit giler! Histerialah ambo di pagi hari tu. "Arkkk, yo..nak bangun doh nih..!!" Selagi tak tercacak berdiri,

Tahun baru Islam tiba lagi

Dua hari lagi akan masuk bulan Disember Tahun Masihi. Tapi, hari ini sudah 4 Muharram. Ambo dah tanam azam baru. Antum? Kenapa kita perlu sibuk2 sangat tanam azam baru ni? Penting ker? Well, ambo rasa penting.. Sebab dengan adanya azam, maknanya kita ada target dalam hidup. Penting ke ada target ni? Of course la sayangku.. Tanpa target, kita ni umpama mayat hidup. Hidup namun tak bernyawa. Bergerak namun tak berupaya. "he, he..akulah zombi itu.. nak makan otak~~! nak makan otak~~!" So, target apa yang kita nak kena letak dalam hidup kita ni supaya lebih bermakna dan bernilai. "Kerna dirimu begitu berharga", ha gitu..( chuckle ). Adakah cukup sekadar dengan target yg bersifat duniawi? No way! it is not enough dear.. Kita kena ada target yg berunsurkan ukhrawi. Apa itu ukhrawi? Ukhrawi itu adalah bahasa Arab yang kalau diterjemah ke BM bermaksud akhirat. Olo..apesal pulaks nak citer bab akhirat ni, we all muda lagi la u.. Ape? ingat orang muda tak mati ke?