Vroomm.. bawak motor cabuk ambo tgh gerimis hujan di bawah langit kelam menuju ke rumah sewa. baju hujan pulak takdak, duk harap baju jaket tu aje la..nasib baik tebal sikit. sambil pulas minyak tue, duk teringat kat budak-budak yg ambo baru sudah mengajar kat tempat tuisyen tue. best betul diorang, muda2 lagi dah kenal erti tuisyen. ambo dulu mana mampu nak gi tuisyen luar, paling tinggi pun join kelas tambahan malam2 yg cikgu buat kat sekolah. beruntung betul diorang. moga2 masuk la dalam kepala diorang apa yg ambo duk ajar tue. moga2 menjadi ilmu yg berguna buat mereka semua. uih...sejuk betul bawak motor dalam keadaan hujan camnih. nak rempit laju2, takut pulak. jalan licin, maklumlah..kang tak pasal2 pulak eksiden. cek poket jaket, telefon dah basah. dalam hati terlintas kejap, kalau2 la ambo eksiden, kurang2 henpon kena berfungsi, senang orang nak kontek kenalan ambo nanti. lambat pulak nak sampai umah nih. lampu motor pulak tak terang mana, huhu sabau aje la.. kereta
Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itu kampung abadi. Blog ini mengandungi nukilan pengalaman hidup penulis, perkongsian pendapat, karya seni dan petikan tazkirah. Semoga nukilan-nukilan ini memberi manfaat kepada semua lantas menjadi saham akhirat buat penulis. Amin!