Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Kartunis Hina Islam!

Malas ambo nak ulas banyak-banyak kartun kat atas nih. Kalau korang nak baca lebih lanjut, boleh klik sini: http://www.malaysiakini.com/news/167035 Tapi, apa yang ambo nak tekankan kat sini adalah, takkan la ustaz tu bodoh sangat nak biarkan wanita yang dirogol tak terbela dengan adil. Apa kartunis ni ingat dia hebat sangat ke ilmu agama sampai tak leh nak beza antara kes rogol dan zina? Saksi untuk zina memang la kena 4 orang saksi. Rogol lain pulak ceritanya, ia tertakluk kepada pemerintah untuk membuat analisis dan hukuman walaupun tak cukup saksi. Lain kali, belajar dulu, bukan pakai HENTAM saja.. Tak syak lagi kartunis ni nak fokus pada isu 'Anwar-video porno' yang heboh seluruh negara ni. Tapi, masalahnya, cara dia nak ulas isu ni macam tak pakai akal, ilut emosi je. Kononnya seni dan kreativiti ni berjiwa bebas ek? Pigi da... Lain kali kaji dulu, jangan syok sendiri. Yang ambo heran tuh, boleh pulak penerbit Utusan membiarkan lulus je kartun ni. Diorang ni terlepas panda

Isteri layan Suami macam PELACUR Kelas ATASAN???

'Layan macam pelacur'? Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar ? KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama ’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed. Dr Rohaya Mohamed. “Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang. “Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanit