Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Ole-ole Maulidur Rasul 1432H

seperti yg dijanjikan..walaupun agak lambat..tapi, janji tetap janji..inilah ole-ole yg ku bawa pulang dari sambutan Maulidur Rasul pada minggu lepas.. Tanggal 12 Rabiul Awal 1432H bersamaan 15 Februari 2011M , ambo bangun awal pagi, semangat betul. Sebelum tidur, dah teringat esok adalah hari istimewa. Entah kenapa terasa syahdu je.. Terasa seperti melewati saat-saat keputeraan sang baginda yang mulia. Bersiap-siap, solat subuh, baca al-Quran. Kemudian, call kawan. Nak merempit ke majlis sambutan maulidur rasul anjuran MATIN. Cewahh..seronok sangat, entah kenapa. (^_^) Majlis akan bermula jam 9.00pagi. Jam 8.30pagi, bertolak dari rumah. Tunggu 2 orang kawan lagi. Tunggu punya tunggu, lambat la pulak. So, kami pun gerak dulu. Wah, pagi tu indah sungguh.. Bayunya sejuk dan damai sekali. Hamparan padi hijau, kuning indah sekali. Sesekali, nampak sekawanan burung berterbangan, mencari rezki mereka agaknya. Kelihatan juga, petani mula turun ke bendang. Tak kurang, ramai peniaga menj

Kelahiran agung yang dinanti

Mari kita hayati bersama saat-saat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w... Siti Aminah binti Wahab sang bonda Nabi yang suci. Abdullah nama ayahanda Nabi yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana tika itu. Saat itu ialah malam isnin di bulan Rabiul awal pada 12 haribulan bertepatan dengan Masehi 570, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa di alam ini, lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sihat badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu di bersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih. Pada saat nabi di lahirkan itu banyak terjadi perkara perkara yang tidak pernah di duga oleh akal manusia. Keajaiban itu terjadi di seluruh alam. Dari depan mata Siti Syifa hinggalah ke tepi dunia dan kelapisan langit yang ke tujuh. Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad Ketika dilahirkan, bayi

Bobby ku sayang..

Dah lama sebenarnya ambo berkenan kat Bobby nih. Masa nak beli spesimen 'lab rat' kat pet shop hari tu. Nampak Bobby dan teman-temannya. Sedang bersuka-ria dalam air tu. Tengok Bobby, terus jatuh cinta. Rasa macam nak pegang Bobby, tapi rasa macam geli lagi waktu tu. So, mengidam dari jauh saja la. Duit pun tak cukup nak beli Bobby. Dah berazam, lepas habis FYP nanti, nak beli Bobby. Beberapa bulan kemudian, kawan serumah bawak pulang seekor kura-kura kecil. Wau! Dats Bobby! Die beli sebab katanya, adik lelakinya minat betul dgn kura-kura. Jeles ambo, tapi tak pe.. Nanti suatu hari, ambo nak beli jugak dua ekor. Hehe.. Cayang Bobby. Dah tak geli pegang Bobby. Bobby jalan-jalan atas tangan.. Tapi, tak lama dengan Bobby. Masa cuti semester hari tu, kawan dah bawak pulang Bobby tersayang. Tak leh tengok Bobby yang pemalu lagi.. Tak leh bagi makan Bobby lagi. Oh, Bobby.. Bawah ni, kenangan bersama Bobby.. -Bobby yang pemalu. Suka sembunyi di sebalik batu- -Bobby