Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Kini Menjadi Penduduk Bumi Sejati

Pernah tak berlaku dalam hidup korang, korang tersilap buat keputusan yang amat besar sekali nilainya untuk hidup korang terutamanya benda yang akan efek masa depan korang nanti sehingga rasa nak sebut, "Damn!!! What a big mistake that I had done!".  ~~Sebab masih ada iman, sering menenangkan hati dengan kalimah H.I.K.M.A.H.~~ Tapi, sebab dah tak ada choice untuk betulkan balik kesilapan korang tu, so korang just go on with that hell-life until you feel like vomiting . Takleh vomit, sedut balik, sedut balik.. Tapi kemudiannya, bila korang dah rasa stuck sangat2 dah (seolah-olah tak pijak bumi dan jugak tak capai langit) tetiba ada sesuatu yang tarik korang untuk berpijak di bumi yang nyata dan menyedut udara segar di bumi. Kemudian, pelan-pelan korang nampak ada tangga yang selama ni korang tak pernah nampak pun  untuk naik ke langit secara berperingkat dan istiqamah. "Uuh, what a nice feeling...!" ~~Say what? Alhamdulillah, syukur pada Allah..~~ Sy

NOW, I'm A Part-Timer at Ummi Corner!

Alhamdulillah. Akhirnya sawang di blog CL ni dapat jugak dikemaskan. Hehe.. Bukan takde idea nak menulis, tapi tak sempat. Lately, CL seriously busy-bee.. Akhirnya, dengan berat hati CL bertukar kerja part-time pulak. Dulu kerja cleaner tak berapa sesuai dgn CL. Sebabnya? 1. Agak jauh dari kluster (Susah nak ulang-alik buat research--sakit pinggang & punggung nek motor lelama wo..). 2. Masa cleaning services tak tetap (Susah jadinya nak susun planner CL yg mantopp tue..) 3. Payah nak jaga aurat (Bila nak mop lantai, kena buka stokin sbb basah. Kalau takde org laki masa cuci tu takpela, kalau ada? Naya la CL....) 4. Nak jaga ikhtilat (Kadang-kadang guest yg nak masuk homestay tu lelaki, so kalau CL tgh duk mencuci lagi masa tu, kan tak manis tue..) Gud-bye cleaner history..huhu Memang dalam hati ni rasa bersalah sangat dengan my ex-employer tu, sebab dah menyusahkan dia utk carik pengganti tapi nak buat camne kan.. Harap sangat dia paham kondisi CL yg nak foku

Rungutan Pejuang (Haprak vs Hebat)

"Argh... malas giler.. Asyik-asyik aku jer kena buat. Mana orang lain nih? Kata pejuang, tapi time buat keje semua hilang. Time picnic, time jalan-jalan, time suka-suka, baru nampak muka. Time program, usrah, liqa', sumer hilang.. Nyampah la gini. Borink! Malas dah nak join lepaih nih!" rungut Timah seorang pegawai jabatan kerajaan yang sudah 15 tahun aktif dalam persatuan Islam pabila melihat kehadiran AJK program yang semakin berkurangan dalam sebuah mesyuarat. # "Huh! Selalu ada program. Masa hujung minggu orang nak cuti ni la program nak buat. Nak bercuti dengan anak bini pun susah. Malas la nak join minggu ni. Aku nak cuti...! Hehehe.. Sekali-sekala wat jahat dakpe kot.. Lagipun ada orang lain boleh cover jobscope aku" bisik Ramli seorang guru sekolah menengah yang sudah 10 tahun terlibat aktif dalam persatuan Islam pabila mendapat mesej dari salah seorang sahabat seperjuangannya. # "Eh, diorang ni tak jemu-jemu ke duk ajak aku join

Realiti Pejuang Muda

Sudah norma hidup bergelar pejuang, tidak akan ada episod mudah yang dilalui. Setiap kemanisan yang dirasai pasti jua disulami kepahitan yang tiada perinya. Andai tiada kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan pasti sudah lama dunia perjuangan ini ditinggalkan hanya kerana ingin mengejar menjadi kupu-kupu dunia. Hidupnya lama di dalam pupa barulah matang lantas mengibarkan sayapnya indah. Tak berapa lama hidup di dunia lalu berkubur di alam barzakh. Usia yang masih muda, kadang-kadang terasa seperti sudah tua benar. Buktinya, tika rakan seusia sedang bergembira bersama pacar mereka, berseronok dengan percutian di sana-sini, berhibur bersama teman dan keluarga tersayang, tenang di dalam pelayaran pendidikan mahupun kerjaya, NAMUN hidup seorang pejuang muda yang masih mentah ini sudah berkerut seribu dahinya memikirkan masalah ummah dan masyarakat. Memikirkan solusi dan mengatur perancangan demi sebuah keberjayaan strategi. Tidak mengapa, semoga ini menjadi suatu pelaburan yang lebih m

Tarbiyah Sekeping Not RM10

Teringat kata-kata Umi CL suatu ketika dulu ketika kami adik-beradik merungut Umi dan Abah tak boleh memenuhi kemahuan materialistik kami walau sekadar sebuah alat mainan terkini, atau beberapa hari percutian keluarga, atau beberapa sampul duit raya, atau set persekolahan baru di setiap musim baru buka sekolah. "Anak-anak ni gini la.. Dia ingat senang ke nak cari duit? Dia ingat buat duit tu macam cabut daun di pokok ke?" Mom & Dad whom never stop loving and caring for ya~~ Masa tu, selaku anak sulung CL cuba sedaya upaya untuk memahami kata-kata parents. Tapi CL hanya sekadar faham bahawa cari duit memang susah. Setahap mana susahnya CL tak dapat gambarkan. Ada juga terlintas soalan bodoh CL masa tu,  'Apa yang susahnya cari duit? Kerja je la..  Sesukar manapun kenalah usaha memenuhi keperluan anak-anak..  Tu kan memang tanggungjawab ibu-bapa? '  Alhamdulillah.. nasib baiklah juga tidak disuarakan secara lantang. Kalau tidak, tentu CL menyesal.

Modul Usrah: Oh, My English!

Ok, hari ni CL nak share lagi satu modul yang sesuai untuk kanak-kanak atau remaja. Boleh buat utk kelompok yang ramai ataupun dalam bilangan yang sedikit. Modul ini khas untuk BI. Tapi, kalau nak buat ke BM pun ok. TAJUK:- Oh, My English! BAHAN:- -Kad yang mengandungi perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Untuk satu modul mungkin memerlukan 10-15 keping kad klu. OBJEKTIF:- -Menguji keluasan vocab Bahasa Inggeris pemain. -Menguji semangat kerjasama antara kumpulan. -Menguji kepantasan dan kreativiti para pemain. CARA-CARA:- 1.   Sebuah kumpulan memerlukan lebih dari 2 hingga 5 orang. Boleh dibuat pertandingan siapa yang paling tepat dan cepat menjawab klu. 2.  Si A diperlukan untuk memegang kad klu tanpa melihat kad tersebut. 3. Si B akan menerangkan perkataan di gambar tersebut dalam bahasa Inggeris. Si C, D dan E dibenarkan membantu dalam bahasa Melayu sahaja. 4. Si A akan cuba meneka apakah perkataan yg cuba diterangkan oleh si B. Jika berjaya

Part Time Cleaner

Alhamdulillah hari ni CL dah dapat lagi satu kerja part-time. Sebagai cleaner ataupun BM-nyer 'tukang cuci'. antara tools yang diperlukan.. Okayh, actually, nervous bkn main lagik sebab tak biasa buat part-time sbg cleaner sblm nih. Sebelum ni CL dah pernah jadik:- ~ Kerani syarikat pangkalan pasir; lepas SPM sementara tunggu panggilan masuk matrik. ~ Pembantu kedai makan ; masa cuti semester zaman degree dulu. Sekarang duk jadik: ~ Guru tuisyen Matematik Tambahan (2 tahun jugak la pengalaman) sampai sekarang. ~Bakal jadi cleaner plak, hehe.. CL dapat info pasal keje ni di Mudah.my [ http://www.mudah.my/ ]. Bagus site nih. Banyak info pasal kerja, jualan, servis dll.  Kalau nak beli barang murah, leh try sini, Kalau nak cari kerja, leh try sini, Kalau nak cari perkhidmatan homestay, servis apa2 pun leh try sini gak.. inilah rupanya screen-capture Mudah.my tue.. Actually, CL apply kerja kat kedai 24hrs; my-Kiosk . Dah pergi interview. Tap

Lagu Dataran Tahrir..

Best sangat lagu ni.. Entah bila pembuat muzik negara kita boleh buat muzik yg melodi dan liriknya setanding ini. CL hanya mampu menanti dan mencari sebab xde basic dalam muzik. Anyway, org kata jgn jadikan itu sebagai alasan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Well, maybe satu hari nanti ke CL akan.... Anyway jom enjoy dan hayati lagu ni dulu.. يا يا الميدان كنت فين من زمان معاك غنينا و معاك شقينا و حاربنا خوفنا و دعينا ايد واحدة نهار و ليل و مفيش معاك شئ مستحيل صوت الحرية بيجمعنا خلاص حياتنا بقي ليها معني مفيش رجوع صوتنا مسموع و الحلم خلاص بقي مش ممنوع يا يا الميدان كنت فين من زمان هديت السور نورت النور لميت حوليك شعب مكسور اتولدنا من جديد و اتولد الحلم العنيد بنختلف و النية صافي اوقات الصورة مكنتش واضحة حنصون بلادنا و ولاد ولادنا حق اللي راحوا من شبابنا يا يا الميدان كنت فين من زمان معاك حسينا و ابتدينا بعد ما بعدنا و انتهينا لازم بايدينا نغير نفسينا اديتنا كتير و الباقي علينا ساعات بخاف نبقي ذكري نبعد عنك تموت الفكرة و ن

Jawapan Sejarah Paling Kelakar

Jawapan sejarah yang budak ni tulis memang kelakar giler. Tak pernah lagi CL baca satu artikel yg boleh buat CL ketawa sampai sesak nafas. Hahahaa.... jom kita release tension skit. Kredit to:  nurizspace.com 1-Agaknya soalannya adalah "Bagaimana Islam mempengaruhi masyarakat Melayu?" 2-Sambungan dari agama Islam tadi.. 3-Agaknya soalannya adalah "Bagaimana fahaman Confucious dan Shinto mempengaruhi tamadun China dan Jepun?" 4-Sambungan yg atas tadi.. Kalau macam nilah gayanya budak jawab soalan Sejarah, CL setuju kalau Sejarah dijadikan subjek lulus SPM. Lensa Che Long: Kita kena tekankan betul-betul subjek Sejarah kat budak-budak sekarang ni. Kalau dak, filem, animasi, manga, imiginasi yang akan jadi rujukan fakta mereka. 

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Pt 2)

Bersambung dari kisah cabut gigi bongsu yg dulu tu... atoiiii.. syakitnyer.... CL balik kluster konon nak sambung buat kerja. Tak sampai 15 minit duk depan beloved lappy, tetiba kepala bahagian kanan terasa berdenyut. Nyut, nyut, nyut, nyut... Sakit bukan main lagi.  Efek ubat kebas dah mula hilang.  Efek belahan pisau tajam si dentist mula menunjukkan belangnya.  Tenaga semakin susut.  Darah makin banyak. Nak telan geli, tapi bila kumur makin banyak darah keluar.  Berjejeran air liur di atas bibir bawah yang masih kebas.  CL memang dah tak tahan. Hampar toto dalam kubikal dan baring.  Ke kiri sakit, ke kanan sakit, menelentang sakit apatah lagi meniarap.  Duduk sakit, berdiri sakit, bertinggung sakit, berjalan pun sakit.  Betul-betul tak tahu nak buat apa dah.  Telan painkiller pun dah tak ada kesan. Nak menangis tak keluar air mata.  Nak mengerang tak keluar suara.  Sentuh pipi sendiri pun rasa sakit. Sakit bercampur kebas yang bukan main lagi pel