Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

kematian itu amat dekat

Vroomm.. bawak motor cabuk ambo tgh gerimis hujan di bawah langit kelam menuju ke rumah sewa. baju hujan  pulak takdak, duk harap baju jaket tu aje la..nasib baik tebal sikit. sambil pulas minyak tue, duk teringat kat budak-budak yg ambo baru sudah mengajar kat tempat tuisyen tue. best betul diorang, muda2 lagi dah kenal erti tuisyen. ambo dulu mana mampu nak gi tuisyen luar, paling tinggi pun join kelas tambahan malam2 yg cikgu buat kat sekolah. beruntung betul diorang. moga2 masuk la dalam kepala diorang apa yg ambo duk ajar tue. moga2 menjadi ilmu yg berguna buat mereka semua. uih...sejuk betul bawak motor dalam keadaan hujan camnih. nak rempit laju2, takut pulak. jalan licin, maklumlah..kang tak pasal2 pulak eksiden. cek poket jaket, telefon dah basah. dalam hati terlintas kejap, kalau2 la ambo eksiden, kurang2 henpon kena berfungsi, senang orang nak kontek kenalan ambo nanti. lambat pulak nak sampai umah nih. lampu motor pulak tak terang mana, huhu sabau aje la.. kereta

Cerita Seorang Muslimah

Arakian, nun jauh di utara negeri, tinggallah seorang mahasiswi muslimah menuntut ilmu bagai tiada sudahnya. Meredam air mata sudah. Menimba keringat pun sudah. Sehari-hari tiadalah yang ditatapnya melainkan gurunya tercinta. Cehh..puitis la pulak. Ini sebingkis cerita tentang seorang muslimah yang bergelandangan di bumi Allah dengan secubit iman. Zaman sekolah; Suasana pembelajaran di sekolah agama yang cukup menjaga norma-norma murni kehidupan membuatnya lahir sebagai seorang manusia yang cukup menjaga. -Jika bercakap dengan lelaki ajnabi, semua saranan Rasulullah s.a.w cuba diikutinya sebaik mungkin. Suara ditegaskan, pandangan dijaga, hanya bercakap apa yang perlu sahaja. -Bila outing pada hari weekend, sanggup buang spek mata biar rabun pandangan sebab nak jaga pandangan dari benda-benda lagha. -Bila tengok drama, filem atau apa2 rancangan TV; bila tiba babak-babak yang kurang senonoh atau hampir mendedahkan aurat pelakon, cepat-cepat dialihkan pandangan. -Bila balik ka

Kebejatan Sosial-Siri 1

Jom kita renungi sebantar kebejatan sosial yang berlaku di negara kita pasca-merdeka ini:- STATISTIK ANAK LUAR NIKAH:- Pecahan mengikut negeri: Selangor = 12,836 orang Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang Sarawak = 617 oran Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang. Baca lagi di:  http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/ STATISTIK PERMOHONAN MURTAD:- STATISTIK PENAGIHAN DADAH:- DATA PENAGIH TERKUMPUL DI MALAYSIA SEMENJAK TAHUN 1988 SEHINGGA 2005 ADALAH SERAMAI 289,763 orang Statistik   Januari  -  Disember  2005    ( Sumber  AADK) TABURAN PENAGIH MENGIKUT NEGERI BARU BERULANG JUMLAH Johor 2181 1729 3910 Kedah 1215 1391 2606 Kelantan 1533 981 2514 Melaka 274